
Diam tak diam, hampir sebulan Wanna Ali bergelar isteri kepada Khairil Amri Khalid selepas sah dinikahkan pada 9 Februari lalu. Tahun ini, pastinya kedatangan Ramadan dan Syawal berbeza buat Wanna Ali sebagai seorang isteri.
Ramadan pertama bergelar isteri, jauh dari rumah yang pernah menjadi tempatnya membesar, pastinya memberi satu perasaan yang bercampur-baur.
“Alhamdulillah, seronok sangat. Saya rasa, semua yang baru berkahwin turut merasakan perasaan sama seperti saya juga. Perbezaannya, sekarang saya duduk di rumah suami selepas 27 tahun saya duduk bersama ibu saya,”ujar Wanna yang ditemui Mingguan Wanita di preview fesyen Raya Petra baru-baru ini.
“Sejak berkahwin, sudah tentu saya gembira menjalani kehidupan bersama suami. Tapi, sudah tentu saya rindu suasana atau momen berharga dalam hidup seperti rindu suasana bilik tidur di kediaman keluarga,”ujar Wanna lagi.
View this post on Instagram
Menyentuh alam perkahwinan yang baharu ditempuhi, Wanna turut melahirkan rasa syukur dikurniakan ibu mentua, Puan Sri Datin Sri Imran Ibrahim yang amat penyayang. Tambah Wanna lagi, kini dirinya dikelilingi dua orang wanita yang istimewa serta menjadi tulang belakang untuk dirinya yang masih ‘hijau’ dalam asam garam rumah tangga.
“Alhamdulillah ibu mentua Wanna seorang ibu mentua yang baik dan menerima kehadiran Wanna di dalam keluarganya. Antara cara Wanna amalkan untuk mendekati hati ibu mentua ialah dengan berkunjung ke kediamannya untuk berkumpul bersama keluarga di hujung minggu,”ujar Wanna berkongsi dengan Mingguan Wanita.
Wanna Seronok Jalani Kehidupan
Meskipun sudah tidak sebumbung dengan ibu, Dato Ayu Puteh, Wanna tetap meletakkan kedua-dua wanita ini istimewa di hatinya. Alasan tinggal berasingan daripada ibu tercinta bukan bermaksud melupakan tanggungjawab terhadap ibunda tercinta, sebaliknya satu peluang untuk lebih menghargai dan mendidiknya mengenai tanggungjawab dan keindahan membina rumah tangga sendiri.
Pesan Wanna lagi, apabila sudah berkahwin tidak bermaksud dia ‘melupakan’ tanggungjawab terhadap keluarga terutamanya ibu tersayang. Dia sering meletakkan keluarga sebagai keutamaan dirinya dan saling berhubungan antara satu sama lain untuk memastikan perkembangan kedua belah pihak dapat diketahui.
“Saya faham sebab saya dan ibu memang rapat. Saya memang tak pernah keluar rumah atau duduk asing. Bila dah kahwin, ibu pastinya gembira, tetapi dia ada beritahu dia sedih pula. Ibu-ibu memang begitu. Tetapi itulah antara momen yang saya rasa indah untuk dikongsi antara ibu dan anak,”ujar Wanna lagi.
Dengan sekali lafaz, pelakon Wanna Ali selamat bergelar isteri kepada Khairil Amri Khalid dalam sebuah majlis tertutup baru-baru ini.

Wanna atau nama sebenarnya Norsyazwana Mohd Ali 28, dinikahkan jurunikah, Ustaz Abdus Salam Mahmud dengan berwalikan bapanya, Mohd Ali.
Pengantin lelaki turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran daripada pihak pengantin lelaki tidak dikongsi kepada umum.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI