Hamil luar rahim, bahayakan nyawa ibu hamil. Kehamilan luar rahim atau lebih sinonim dengan nama ektopik yang bermaksud ‘di tempat yang salah’.
Kehamilan luar rahim bukanlah sesuatu yang asing dan ada wanita mengalaminya selepas mengandung kali pertama. Ada juga ketika anak kedua atau seterusnya. Dalam sesetengah keadaan walaupun ia membahayakan nyawa ibu hamil, wanita yang mempunyai sejarah kandungan luar rahim masih berpeluang hamil pada masa akan datang.
Seperti mana yang dikongsikan sebelum ini pelakon Shima Anuar memberitahu dirinya terpaksa menempuhi dugaan apabila berdepan kandungan ektopik.
“Saya tak tau kehamilan ektopik ini teruk sampai boleh hilang nyawa rupanya,” begitulah luahan yang ditulis oleh pelakon yang membintangi drama yang kini sangat hangat ditayangkan di TV3, Suamiku Lelaki Pendosa.
Malah Shima juga berkongsi keadaan dirinya pada waktu itu yang dimaklumkan doktor.
“Kami hampir kehilangan awak. Awak telah kehilangan 2.5L darah. BP awak ialah 60/30 dan muka menjadi putih pucat,” kata doktor.
Wanita yang cukup kuat ini memberitahu, dirinya melalui detik ngeri apabila tidak sedarkan diri selepas pembedahan.
“Ia sangat ngeri, memang sakit sangat-sangat.
“Sampai tak boleh bergerak tak boleh bercakap.
“Selepas pembedahan, saya dah tak sedarkan diri.
“Sebab itu kena masuk ICU dan buat pemindahan darah,” kata Shima.
“Syukur alhamdulillah sekarang semua selamat. Cuma sakit jela. Kena potong dekat tempat pembedahan dulu.
“Tapi sakit sekarang lagi sakit daripada pembedahan.
“Boleh bayangkan tak? But it’s ok, anggap je ini ujian dan dugaan. Saya reda.
“Sekarang ni tak sabar nak balik rumah jumpa Sophia dan adik. Sekarang kita sambung panggil Imaan adik jela sebab baby adik dah tak ada,” sambung Shima yang reda dengan takdir yang menimpa dirinya.
Disayangi rakan-rakan artis, ramai yang mendoakan Shima agar segera sembuh!
Menarik Lagi : Hamil Luar Rahim Shima Anuar Terpaksa Gugurkan Kandungan, Sedih Tiada Rezeki Timang Anak Ketiga
Shima Anuar Hamil Anak Ketiga “Doakan Saya, Bayi Supaya Sihat dan Selamat”
Shima Anuar Bebas Covid, Kongsi Rutin “Makan Vitamin C, Minum Air Panas Bersama Lemon”
Tahukah anda seperti mana yang dipetik menerusi PORTAL MyHEALTH kehamilan ektopik terjadi kerana embrio tidak sampai ke rahim, sebaliknya ia tertanam dalam lapisan tiub fallopian dan menyebabkan pendarahan.
Saiz embrio yang semakin membesar menyebabkan tiub fallopian meregang dan lalu pecah. Ini boleh menyebabkan pendarahan yang teruk dalam abdomen dan mengancam nyawa maka diagnosis awal dan rawatan amat diperlukan.
Tanda Dan Gejala
Kebanyakan kehamilan ektopik menunjukkan tanda atau gejalanya pada minggu kelima hingga kelapan kehamilan. Jika anda hamil dan mempunyai tanda dan gejala berikut, segera berjumpa doktor:
Sakit bahagian bawah perut, pada salah satu bahagian (sama ada kiri atau kanan)
Pendarahan faraj yang tidak normal dan darah berwarna lebih gelap
Sakit hujung bahu (yang disebabkan oleh pendarahan intra-abdomen)
Kadang-kala cirit-birit atau sakit ketika membuang air besar
Jika gagal dikesan pada peringkat awal kehamilan; tiub fallopian boleh pecah, menyebabkan pendarahan berlebihan. Pada peringkat ini, anda mungkin mempunyai gejala berikut:
Mingguan Wanita : Alhamdulillah semuanya selamat. Tak apa Shima, insyaAllah ada hikmah di sebalik dugaan ini.
Sumber : Instagram Shima Anuar
Sumber : Portal My Health
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura