
Setiap episod Ratu Hijabista perlu menjalani beberapa tugasan, antara tugasan yang telah dilalui oleh ratu-ratu adalah melawat Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah, Bandar Baru Bangi.
Darul Insyirah merupakan pusat jagaan dan pendidikan warga emas di Bandar Baru Bangi. Perkhidmatan yang disediakan ialah jagaan harian, mingguan dan bulanan. Secara tidak langsung kehadiran dan gelagat ratu-ratu hijabista mencerikan penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah.
Bukan sekadar lawatan beramah mesra, ratu-ratu juga ditugaskan untuk mengemas kawasan yang menjadi tempat tinggal bonda-bonda yang tinggal di pusat jagaan ini.
Peluang ini digunakan sebaik mungkin oleh ratu-ratu semua kerana aktiviti sebegini agak jarang mereka berkesempatan. Selain mengemas Kawasan surau, mereka juga kelihatan sibuk mengemas Kawasan sekitar pusat jagaan.
Dalam masa yang sama, ratu-ratu turut melakukan permainan dengan penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah dengan memakai mereka tudung.

Suasana ini menimbulkan keceriaan di kalangan penghuni di sini. Selain ratu-ratu, Puan Sri Normala Samsudin turut turun padang dalam merealisasikan episod ini.
Selamat maju jaya dan semoga berjaya buat ratu-ratu yang bakal berdepan peringkat akhir pada hari rabu nanti.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Padah Kali Pertama Makan IKAN BUNTAL, Isteri Maut Suami Masuk ICU

Isi Kandungan
TogglePadah Kali Pertama Makan IKAN BUNTAL, Isteri Maut Suami Masuk ICU. Sungguh malang tidak berbau, gara-gara ingin merasa hidangan ikan buntal buat pertama kalinya, seorang wanita maut manakala suaminya dimasukkan ke Unit Rawapan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) selepas makan hidangan ikan buntal tersebut.
Ikan buntal iaitu sejenis ikan yang juga disebut ‘ikan fugu’ tergolong dalam satu daripada jenis racun semulajadi yang paling bahaya dan mematikan di dunia, dibeli menerusi laman Facebook dari pembekal di Batu Pahat yang mendapatkan bekalan dari nelayan di Endau.
Gejala Sesak Nafas & Menggigil
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon, berkata mangsa yang mengalami gejala sesak nafas dan menggigil, pada jam 5 petang Jumaat lalu kemudian disahkan maut dua jam kemudian.
Beliau berkata, suami mangsa turut mengalami gejala sama kira-kira sejam selepas isterinya mendapat gejala berkenaan.
“Kerajaan Johor dan Jabatan Kesihatan Negeri mengambil maklum satu pelaporan keracunan makanan yang menyebabkan satu kematian di daerah Kluang.
“Ia membabitkan sepasang suami isteri yang tinggal di Jalan Sin Tiam Chamek, Kluang yang mendapatkan bekalan ikan buntal dari penjual secara pra tempahan melalui aplikasi Facebook.
“Bekalan diterima pada pagi 25 Mac lalu, dibersihkan dan digoreng untuk dibuat makan tengah hari bersama sayur dan daging babi.
“Kedua-dua pasangan itu dibawa oleh anak mereka yang tinggal berasingan ke Jabatan Kecemasan HEBHK pada jam 5 petang,” katanya menerusi satu kenyataan.
Kali Pertama Makan Ikan Buntal
Beliau berkata, difahamkan ini adalah kali pertama pasangan berkenaan makan masakan berasaskan ikan buntal.
Racun yang dikenali sebagai Tetrodotoksin yang terdapat di dalam ikan buntal adalah racun yang boleh menyerang sistem saraf dan sangat mematikan.
Racun ini didakwa lebih mematikan dibandingkan racun sianida (cyanide). Memakan sekitar 1-2 miligram racun tetrodotoksin asi sahaja sudah dapat membuat nyawa melayang kesannya.
15 Kilogram Ikan Buntal Di Jual
Katanya, siasatan lanjut mendapati ikan berkenaan diperoleh dari nelayan di Endau sebelum diambil oleh pemborong untuk diproses di Batu Pahat.
“Penjual yang mengedarkan ikan buntal ini juga berasal dari Batu Pahat, membuat edaran kepada pelanggan berdasarkan tempahan yang dibuat melalui aplikasi Facebook.
“Sebanyak 15 kilogram ikan buntal dijual di sekitar Chamek iaitu empat pelanggan, Paloh (empat Pelanggan) dan Yong Peng (satu pelanggan) pada hari tersebut.
“Selain dari pasangan terbabit, semua pelanggan lain masih belum memakan ikan buntal yang dibeli,” katanya.
Beliau berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Kluang dan Batu Pahat telah mengambil sampel ikan itu dari pelanggan yang dibeli dari penjual berkaitan.
“Sampel ini telah dihantar ke makmal untuk tujuan analisa. Sehingga kini tiada lagi pelaporan baru berkaitan dengan ikan buntal,” katanya.
Hati-Hati Memilih Makanan
Di negara Jepun sendiri pernah dilaporkan dimana ada sekitar lima hingga 10 kes keracunan ikan buntal setiap tahun dan ada juga kes keracunan akibat ikan buntal yang masih dapat diselamatkan dengan rawatan segera oleh doktor perubatan.
Beliau berkata, mengingatkan orang ramai sentiasa berhati-hati di dalam memilih makanan terutama jika ianya mempunyai risiko yang telah diketahui.
“Kerajaan Johor bersama Jabatan Kesihatan Negeri akan terus memantau dan memastikan keselamatan makanan,” katanya.

Bahaya Racun Tetrodotoksin Ikan Buntal
Proses membersihkan ikan buntal perlu berhati-hati kerana racun jenis tetrodotoksin tersimpan di dalam hati, kelenjar kelamin, kulit dan usus ikan buntal.
Cara membuang organ tersebut harus dibuang secara hati-hati dengan teknik khusus agar daging ikan tidak tercemar dengan racun tersebut.
Selalunya ikan buntal hanya dihidangkan dengan selamat dimakan oleh restoren yang pakar membuatnya sahaja.
Racun tetrodotoksin tidak akan hilang walau ikan buntal dimasak atau dibekukan. Jika tidak diproses dengan betul maka racun dari organ tubuh ikan buntal boleh menyebar dan terserap ke dalam dagingnya.
Mesti Baca:“Rebah Seorang Demi Seorang, Mulut Berbuih, Berdarah.” Malang 9 Beranak Termakan Kulat Beracun
Baca Lagi Di Sini:Kejang Bibir, Air Liur Menitik Tanpa Henti Gara-Gara Pokok Beracun!
Artikel Menarik:Daun Pudina Banyak Jenis, Salah Pilih Ada Yang Beracun
Mingguan Wanita:Salam takziah buat keluarga mangsa atas kejadian ini. Semoga lebih berhati-hati dan elakkan untuk mencuba hidangan atau ikan berisiko sebegini.
Sumber: Bharian
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Alhamdulillah.. Bibir Xandra Cantik Kejadiannya’ Begini Sheila Urus Parut Sumbing Anak

Isi Kandungan
ToggleTahun lalu, sekitar Mei anak bongsu penyanyi terkenal, Lan Solo, Nur Amna Quxandra jalani pembedahan pemulihan sumbing bibir. Baru ini, isteri Lan, Sheila Razlan berkongsi bagaimana cara penjagaan bibir anaknya selepas pembedahan.
Sebab, selepas setahun lebih kesan parut itu hampir tiada. Jadi, mak ayah yang berdepan masalah luka parut anak terutama bibir klef boleh cuba tip yang dikongsikan Sheila ini.
Tulisnya,
KY banyak dapat DM lately bertanya pasal kesan operation Baby Xandra dulu.
Jahitan tu nampak cantik dan kemas dan sekali pandang macam tak nampak dia sumbing/klef.
Yes, Alhamdulillah bibir Xandra cantik kejadiannya.
Guys, especially parent yang ada anak klef, yang baru lepas operation. Jangan lupa URUT 100 KALI SEHARI.
KY memang tak tinggal DERMATIX cream. Mula-mula pakai yang ULTRA. Lepas dah nampak kesan jahitan tu semakin menipis, pakai pulak yang ADVANCE.
Yes cream ni sedikit mahal.. but insyaAllah hasilnya memuaskan.
Sila Kedekut Baby Untuk Bagi Orang Pegang
Dan yang PALING PENTING.. had kan baby dari berjumpa orang dan sila kedekut baby untuk bagi orang pegang. Sebab baby klef ni sangat sensitif dengan persekitaran dia.
Elakkan cium dia.
Bukan anak klef je.. mana-mana baby pun sebaik-baiknya begitu la.
Yang datang melawat pun harapnya faham ye. Baby klef ni jahitannya LUAR DALAM kene jaga.
Memang sangat-sangat mudah untuk dapat infection.
And now.. KY sangat berpuas hati dengan kesan jahitan bibir Xandra. Tunggu besar sikit je lagi. Kita akan start follow up gusi dia pulak.. doakan tau.
Jangan Takut Budak Sumbing, Bukan Berjangkit Pun..
Pastu, yang tengah preggy atau baru preggy.. toksah la beria benar takut tengok budak sumbing ni. bukan berjangkit pun.

Kalau dah Tuhan nak bagi.. family kau tak de sumbing pun dia tetap bagi.
Sebab KY ada jumpa orang yang wife dia preggy takut tengok Xandra masa kat sepital dulu. Katanya sebab wife dia preggy.. choii!
Kemon.. itu la kehebatan kuasa DOA.
So, teruskan doa benda yang baik-baik k.
Ini Cara Sheila Urus Luka Pembedahan Anak
Klik link : Untuk lihat panduan Sheila kongsi cara urus luka pembedahan anak.
“Cara letak plaster dengan betul.. cara sapu oitment & dermatix dengan betul.
Kepada yang DM luahan hati pada KY pasal baby cleft ni.. tu nanti KY cerita pada next post ye.
Atau kat blog.”
Sumber/Foto : Sheila Razlan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Mudah Jernihkan Keadaan “Apa Pun Saya Sanggup Demi Dapatkan Balik Keluarga & Kebahagiaan” Shuk

Isi Kandungan
ToggleSebelum ini kisah rumah tangga pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar menjadi bualan hangat apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah atau Sera mendedahkan kecurangannya bersama wanita lain menerusi media sosial pada Sabtu lalu.
Selepas beberapa hari mendiamkan diri, Shuk akhirnya tampil mengakui kesilapannya dan menyatakan bukan sesuatu yang mudah untuk menjernihkan keadaan yang berlaku.
Shuk Akui Bukan Mudah Jernihkan Keadaan
Perkongsian menerusi sebuah hantaran video di akaun Instagramnya, Shuka atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar menerusi kapsyen yang ditulis tidak menafikan bukan mudah untuk menjernihkan semula air yang keruh, namun sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan semula keluarganya.
Pada video tersebut juga Shuk berwajah sayu sambil memeluk dua orang anak kesayangannya, Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimy, 2 tahun.
Dia dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah. Dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

“Setiap orang melakukan kesalahan… dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya.
“Ya, bukan senang dan bukan mudah untuk menjernihkan semula air yang telah keruh.
“Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagian saya,” luahnya menerusi Instagram miliknya.
Rakan Selebriti & Pengikut Instagaram Beri Kata Semangat
Bukan itu saja malah rata-rata pengikut Instagramnya termasuk rakan selebriti di ruangan komen turut memberi kata-kata semangat dan ada yang berharap Shuk benar-benar belajar daripada kesilapannya.
Baca Disini Juga:
“Hidup Perlu Diteruskan, Ada Dua Anak Sera Nak Kena Tanggung” Isteri Shuk Sahar
Naluri Isteri Tidak Pernah Salah, Luluh Hati Isteri Bila Shuk Sahar Curang Lagi

Khidmat Sebagai Penyampai Hot FM Digantung
Malah akibat daripada pendedahan yang penuh kontroversi itu, ramai mendesak agar khidmat Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung.
Dan pada Isnin lalu, Hot FM memaklumkan Shuk digantung serta merta buat sementara waktu. Pihak pengurusan stesen radio Hot FM telah mengesahkan tindakan tersebut diambil terhadap Shuk menerusi satu kenyataan media.
“Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial.
“Perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai,” katanya.
Sumber Foto: Instagram Shuk Sahar
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI