Minyak zaitun selalu digunakan untuk kecantikan, kesihatan dan juga dalam masakan. Namun perlu tahu minyak zaitu ada jenis-jenisnya. Bukan semua sesuai dan boleh digunakan untuk memasak. Ada yang sesuai dimasukkan dalam salad, ada yang sesuai untuk masakan dibakar dan ada yang sesuai untuk digoreng atau tumis.
Nak tahu lebih lanjut baca tip yang dikongsikan ini.
TAK SEMUA MINYAK ZAITUN BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMASAK
Ramai yang masih buat kesilapan dalam penggunaan minyak zaitun / olive oil. Dibawah saya kongsi sedikit berkenaan jenis-jenis minyak zaitun:
1️.EXTRA VIRGIN OLIVE OIL
Hasil pertama dari buah zaitun dan memiliki kualiti yg paling bagus dibanding jenis olive oil yang lain. Olive oil jenis ni tak sesuai untuk memasak kerana mudah teroksida. Apabila terkena panas, zat-zatnya mudah menjadi lemak berbahaya.
2️.ORIGINAL VIRGIN OLIVE OIL
Jenis ini diperolehi daripada proses memerah buah zaitun, sebab tu lagi murah dari extra virgin. Jenis ini digunakan untuk memanggang.
Ads
3️.LIGHT/EXTRA LIGHT OLIVE OIL
Jenis ini digunakan utk proses memasak dengan suhu tinggi seperti menumis. Walaupon ia melalui proses penyulingan lebih dari sekali, jenis ini lebih sihat dibandingkan minyak goreng biasa.
Rupanya ada cara mudah untuk kita membersihkan tilam secara ‘deep clean’. Malah boleh dijadikan rutin setiap 4 bulan sekali. Bukan apa, selain kerap tukar cadar dan sarung bantal, tilam yang bersih bebas kuman, bakteria, habuk dan hama mampu membuatkan tidur lebih lena, selesa dan jarang mengalami penyakit seperti selesema mahupun batuk.
Tilam ni tempat biak banyak kuman kan, macam kita tengok iklan febreez tu..kita habiskan masa secara puratanya 5-8 jam sehari atas tilam, so deep clean sangat perlu ok.
Nak angkat tilam jemur memang tak larat la kan nak-nak kalau tilam 12 inci tu. Jadi boleh guna cara ni untuk buat deep clean mattress. Boleh cuba buat dalam 4 bulan sekali or time ade family members yang demam ke sakit.
Bahan-Bahan Diperlukan:
Baking Soda
Cuka
Vacuum
Cecair Dettol
Cara Membuat :
1. Vacuum tilam guna kepala vakum yang kecik muncung tirus tu (tak guna untuk vacuum lantai).
2. Hilangkan stain (kesan kotoran) pada tilam : terpulang la pakai cara apa pun. Saya lebih suka letak baking soda, sembur dengan cuka biarkan seketika, gosok dengan kain (boleh skip step ni kalau tilam tak kotor).
3. Tabur baking soda biarkan dalam 4-6 jam untuk serap kelembapan dan bau.
Mingguan Wanita: Jadi sesekali memang kita perlu bersihkan tilam secara mendalam untuk hilangkan kuman mahupun bakteria yang ada, yang boleh menjadi punca pelbagai penyakit. Tidur pun jadi lebih selesa bila tilam bersih dan bebas hama.
Memang ada benarnya, jika ‘bebird’ anak tersepit zip seluar, mak ayah mahupun cikgu di sekolah janganlah panik. Ada caranya untuk ‘lepaskan’ ia supaya tidak cedera.
Memang ngilu apabila membayangkan kulit nipis tersepit pada zip seluar. Situasi sebegini selalu terjadi bagi anak-anak kecil yang baru masuk ke sekolah rendah dan mula memakai uniform seluar yang mempunyai zip. Malah ‘tragedi’ ‘bebird’ anak tersepit zip seluar ini mudah berlaku lebih-lebih lagi jika anak tidak memakai seluar dalam.
Baca perkongsian daripada Pakar Perubatan Kecemasan, Dr Ahmad Zakimi Abdullah apabila dalam situasi sebegini.
“Doktor! Doktor! Tolong murid saya doktor!” Jeritan seorang guru bergegas masuk ke Jabatan Kecemasan. “Nape ni cikgu?” Tanyaku. “Tersepit ni! Tersepit!” Cikgu tersebut kelihatan panik. “Apa yang tersepit ni cikgu? Bertenang… bertenang,” ujarku sambil menenangkan cikgu. “Bebird… bebird anak murid saya ni tersepit kat zip seluar, doktor.” “Ohhh. Takpe cikgu. Nanti saya usahakan. Mana mak ayah dia?” “Ayah dia on the way ke sini, doktor”
Kelihatan murid darjah 1 yang dibawa menangis teresak-esak. Sakit sangat barangkali. Kami tau macamana sakitnya tu. Perempuan apa tau. Ngilu tau.
Begitulah. Banyak juga kes-kes kemaluan khususnya kanak-kanak lelaki tersepit atau tersangkut zip seluar. Biasa kanak-kanak pra-sekolah sehingga darjah 3 ada saja. Dalam tempoh ini mereka belum berkhatan.
Senang tersepit adalah bahagian kulit hujung zakar atau kita panggil ‘preputial skin’. Risiko tersepit pada yang belum khatan berbanding yang sudah berkhatan.
Aku terangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan jika zakar anak-anak tersepit zip seluar;
1. Ibubapa atau guru jangan panik. Tenangkan mangsa.
2. Jangan gunting atau tanggalkan seluar. Minta pertolongan atau bawa ke klinik atau hospital yang berdekatan jika tak pasti atau tak mampu lepaskan zakar yang tersepit.
3. Jika mahu cuba, kalian boleh terus baca kaedah atau teknik dibawah.
Ada beberapa kaedah atau teknik untuk lepaskan zakar tersepit zip jika kalian yakin untuk lakukan. Kalian boleh rujuk gambar kedua untuk tahu anatomi zip.
KAEDAH LEPASKAN SECARA MANUAL
1. Sapukan minyak zaitun atau mineral dengan kadar yang banyak dibahagian kulit zakar dan zip. Biarkan selama 10 minit.
2. Cuba buka zip perlahan-lahan.
3. Jangan cuba membuka zip seluar dengan cara memaksa yang boleh mengakibatkan avulsi atau luka pada kulit.
4. Jika tak berjaya mencuba sila bawa ke Jabatan kecemasan dengan kadar segera.
KAEDAH PEMOTONGAN ‘MEDIAN BAR’
Jika kulit tersepit di antara ‘slider’ dan gigi zip.
1. Potong ‘median bar’ zip dengan pemotong wayar jenis heavy-duty.
2. Plat depan dan belakang zip akan terpisah dan kulit yang terperangkap juga akan terlepas.
Jika kulit zakar tersepit di antara dua gigi zip.
1. Potong ‘median bar’ pada ‘slider’ zip.
2. Tarik dua-dua baris gigi secara manual untuk melepaskan kulit yang terperangkap.
KAEDAH MEMOTONG KAIN SEKELILING GIGI ZIP (rujuk gambar kelima)
Kaedah ini boleh dilakukan jika kulit terperangkap di antara dua gigi zip dan jika tiada pemotong wayar.
1. Gunting kain bahagian memegang zip pada seluar (garis putus-putus panjang seperti dalam gambar).
2. Potong kain di antara gigi yang memerangkap kulit dengan menggunakan gunting kecil (garisan putus-putus kecil seperti dalam gambar).
3. Pisahkan gigi dan bebaskan kulit yang terperangkap.
Di hospital, biasanya kami guna ubat bius (kebas) jenis sapuan dan ada juga bius secara suntikan sebelum prosedur dilakukan.
Jika bahagian kulit zakar tercedera barulah kami akan pertimbangkan untuk khatankan.
Secara dasarnya lebih baik kita pakaikan seluar dalam untuk anak-anak bagi mengelakkan ‘bebird’ tersepit. Burung adik tersepit, insyaAllah Dr Zek bebaskan ya.
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak ayah mahupun cikgu, jika ‘bebird’ anak tersepit pada zip seluar, janganlah panik iya. Kekal tenang dan cuba teknik mahupun cara yang dikongsikan oleh doktor ini.
Tak dinafikan setiap kali mencuci sayur-sayuran dan buah-buahan kita akan risaukan saki baki racun serangga yang masih ada atau melekat. Takut memberi mudarat pada kesihatan diri dan keluarga. Ada juga yang menyarankan menggunakan sabun pencuci khas untuk mencuci sayur dan buah-buahan ini. Sebenarnya ia adalah tidak digalakan sama sekali.
Untuk faham lebih lanjut mengenai cara cuci sayur sebaiknya, fahamkan perkongsian daripada CHM Dr Fatimah Salim, Pensyarah Kanan Kimia & Penyelidik UiTM ini.
Menurut badan regulasi yang bertanggungjawab melindungi kesihatan dalam memastikan keselamatan dan keberkesanan sebarang produk kegunaan awam iaitu Food and Drug Administration (FDA), mencuci buah dan sayuran dengan sabun atau produk pencuci khusus komersial adalah TIDAK digalakkan.
Ini kerana saki baki sabun atau pencuci khas sukar untuk dibersihkan sepenuhnya dan mungkin tertinggal pada buah dan sayuran. Bahan kimia yang tertinggal pada permukaan atau diserap oleh sayuran dan buah ini boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit terutamanya kepada individu yang sensetif.
Cara Sebaiknya Cuci Sayur & Buah
Apa yang anda perlu lakukan ialah merendam, kemudian mencuci dan menggosok sayuran dan buah di bawah air yang mengalir. Boleh juga menggunakan berus penggosok khas yang bersih untuk menanggalkan lapisan perlindungan pada buah seperti epal, labu atau timun. Dan untuk mereka yang risaukan saki baki bahan kimia racun serangga, mungkin boleh merendam seketika dengan air garam atau soda bikarbonat sebelum mencuci dengan air yang mengalir.
Sekiranya buah dan sayuran tidak dimasak terus, keringkan permukaannya dengan kain atau tisu yang bersesuaian. Ini bertujuan untuk menghalang lembapan berlebihan yang boleh menyumbang kepada kemandirian kuman yang mungkin berbaki pada permukaan sayuran dan buah sebelum penyimpanan. Keadaan yang kering ini juga akan membuatkan sayuran dan buah tahan lebih lama.
Nota: Biasanya sayur berdaun macam bayam, saya akan kacau dan rendam seketika (3 minit) dengan air secukup yang buat sayur terapung. Ini untuk pastikan pasir atau tanah betul-betul tertanggal daripada sayur. Biasa saya ulang 3 kali. Dan lihat air basuhan terakhir untuk puas hati. Semasa siang juga saya cermat.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi cara mudah dan selamat untuk mencuci sayur, memadai rendam sayur seketika dengan air garam atau soda bikarbonat dan cuci bersih berulang kali. Tak perlu menggunakan sabun atau produk pencuci khusus komersial.