Keguguran kandungan sulung, Rafidah Ibrahim sedih namun reda. Begitulah berita sedih yang dikongsikan oleh pelakon ini menerusi akaun Instagramnya. Rafidah juga memaklumkan bahawa dia mengakui berasa amat sedih, namun reda dengan takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya.
Perkhabaran duka tersebut sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam buat Rafidah dan suaminya, Shahzemir Shahzulkarib.
Keguguran Kandungan Sulung, Rafidah Ibrahim Sedih Namun Reda
“Kehilangan bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga mahupun yang telah lama menantikan cahaya mata adalah suatu perkara yang amat menyedihkan.
“Begitu juga buat saya dan suami. Tapi sebagai hambaNya, apalah daya kita untuk menolak takdirNya.
“Pilihan pertama itu pilihan kami, manakala pilihan kedua itu adalah daripada Allah s.w.t. Sudah tentulah sang pencipta lebih mengetahui yang terbaik buat kami.
Sesuatu (Berbentuk Pejal) Telah Keluar
“Sedikit perkongsian yang ingin saya lakukan walaupun saya yakin ramai lagi para wanita & para ibu di luar sana yg diuji jauh lebih hebat.
“Pada hari Isnin baru-baru ini saya telah ke hospital untuk membuat pemeriksaan atas sebab pendarahan yg berlaku, pada hari yg sama saya telah diberikan temujanji lagi 2 minggu untuk pemeriksaan pada perubahan kantung yg ada, tapi selang beberapa hari, pada hari Rabu tanggal 10hb Nov, saya kembali semula ke hospital untuk memberitahu bahawa pada malam sebelum itu sesuatu (berbentuk pejal) telah keluar ketika saya berhadas kecil.
“Hari Rabu itu saya ke hospital untuk pemeriksaan dan hasilnya doktor terpaksa membuat proses cuci akibat keguguran.
Ads
“Saya yakin setiap ujian dan ketentuan yg datang daripada Allah S.W.T itu adalah sebahagian daripada proses dan perjalanan dalam kehidupan saya dan suami dalam berkeluarga.
Bersyukur Nikmat Kegembiraan Yang Dipinjamkan Sementara
“Alhamdulillah kami bersyukur dengan nikmat kegembiraan yg dipinjamkan sementara itu.
“Pastinya perancangan Allah buat kami itu jauh lebih baik.
“Saya yakin, jika saya mampu melalui ujian ini dengan sabar, ramai juga wanita hebat di luar sana boleh.
“Semoga Allah s.w.t merahmati setiap kaum wanita yang sedang menghadapi ujian yang dilalui dengan sabar,” kongsi Rafidah.
Sebagai seorang ibu muda yang mendapat anak pertama serta kurang pengalaman dalam perkembangan tumbesaran anak pastinya pelbagai perkara yang perlu dipelajari. Pengalaman daripada orang-orang tua yang lebih ‘makan garam’ adakalanya menjadi rujukan dalam pembesaran anak-anak.Sama ada ia mitos ataupun mungkin hanya satu kebetulan.
Baru-baru ini pelakon Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar,33 ada berkongsi satu status dilaman instagramnya bertanyakan, sama ada benarkan bila bayi dah mula menyembur, memberi kesan pada keguguran rambut si ibu.
“Budak belon ni sekarang suka jelir lidah..sembur-sembur (bubbles) agaknya gusi gatal nak tumbuh gigi. Orang tua-tua cakap kalau baby sembur-sembur ni rambut mummy akan gugur banyak!Tapi memang gugur tak hengat ni. Mommies lain pun mengalami keguguran rambut jugak ke? .”
Rupanya pertanyaan dan pengalaman Lufya ini mendapat respon yang sama daripada para pengikutnya.Rata-rata ramai yang bersetuju dan mempunyai pengalaman keguguran rambut apabila anak mulai ‘menyembur’ dan mahu keluar gigi baru.
syazleenzawawi@lufyalaana aah..gugur…tiap kali anak nak keluar gigi baru…rambut saya gugur.
aimi.munirahh Samaa @lufyalaana..macam orang leukimia dah..sedih tengok rambut sendiri,pastu bersepah satu rumah.
izzatihaifasiratSaya anak first rambut gugur banyak sampai rambut depan dah jadi botak sebab banyak sangat gugur. Nak sikat rambut pun takut.
syafaBetul, baby aaqil dah masuk 5month now, suka sembur-sembur, rambut mama ya ampun macam dah kena kimo.
fauziahgeeyahSama sis,sampai potong pendek dah rambut,macam musim luruh dah anak saya pun asyik main air liur pastu jelir-jelir lidah, rupanya tumbuh gigi sebatang dah.
Terdahulu pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 26 November 2016, setelah bertunang selama 4 bulan pada tahun yang sama. Lufya telah berkahwin dengan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharom,28 dan dikurniakan seorang puteri yang comel Laana Haura yang kini berusia 7 bulan.
Mungkin ia hanya satu kebetulan. Tidak dapat dipastikan kaitan dan kajian saintifik bila anak mulai menyembur-nyembur, rambut mak-mak mengalami keguguran. Tapi pengalaman mak-mak sendiri bagaimana? adakah alami perkara yang sama seperti Lufya ini?
Rezeki ini bukan dilihat dari sudut ada anak saja, kalau tak ada anak lagi pun itu sebenarnya satu rezeki buat pasangan suami isteri menikmati hidup berdua. Boleh pergi berjalan-jalan dan mungkin beli apa yang dia nak.
Tetapi kalau ada secebis prasangka dan asyik mengeluh ‘kenapa aku masih tak ada anak’, itu namanya tak bersyukur. Walhal, Allah bagi dia nikmat dan rezeki lain. Cuba berlapang dada dan renungkan perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini…
Rezeki Anak, Kalau Tak Ada Pun Masih Ada Rezeki Lain
Anak…
Mula-mula kita kawin, kita memang mengharapkan sangat-sangat kehadiran anak. Si isteri akan melalui fasa menunggu agar period tak datang. Tapi setelah berbulan-bulan kahwin, tak ada lagi tanda-tanda akan mengandung, malah period plak datang macam biasa setiap bulan.
Dah mula rasa tertekan…
Bila la nak mengandung ni, kawan-kawan lain yang kawin lambt dari kita dah mengandung. Ada yang lepas pantang je terus hamil lagi. Mudahnya, senangnya.
Kenapa kita ni, belum diberikan rezeki anak lagi ye.
Lumrah dan dah terbiasa, kita suka letak “anak” itu sebagai titik kebahagiaan rumah tangga kita. Memang tak dinafikan, kehadiran anak dapat membuatkan kita gembira dan bahagia sebab mereka adalah penyambung keturunan kita.
Tapi kita cepat sangat lupa, Allah boleh bagi bahagia dengan pelbagai lagi cara sebenarnya.
Jangan tertekan sangat bila tak ada anak lagi, kita beranggapan anak-anak ni akan sentiasa buat kita gembira tapi kita tak tahu betapa besarnya amanah yang kita kena pikul lepas ada anak. Bukan saja nak kena jaga kebajikannya dan membesarkan dia, kita juga kena didik dia dengan agama.
Macam Mana Dari Sudut Kewangan
Mampukah kita sebenarnya?
Kita rasa kita dah sediakan kewangan yang mencukupi, rasa kita dah mampu, jadi sepatutnya kita memang dah layak dan bersedia untuk ada anak sendiri. Tapi Allah lebih tahu akan apa yang kita perlukan dalam hidup ini. Allah nak kita guna rezeki untuk bahagian yang lain dahulu sebelum diberi rezeki itu kepada anak.
Ada pasangan yang hidup gembira berdua dapat pergi bercuti ke sana sini tanpa perlu fikir soal anak. Sekarang mungkin kita fikir, kita akan rasa seronok dapat duduk rumah jaga anak, tapi ada pulak pasangan yang bosan sebab asyik kena duduk rumah jaga anak.
Sementara Allah beri rezeki dan peluang nak berjalan sana sini, buat apa saja tanpa ada halangan ni, nikmati dan syukurilah. Sementara diberikan kesempatan.
Allah nak bagi sekarang atau belum lagi, itu semuanya atas kehendak dan kekuasaanNya. Kita tak perlu banyak mempersoalkan apa yang Allah SWT dah rancangkan untuk kita.
Usaha dan doa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selalu kita mengeluh dan rasa rezeki tidak pernah cukup. Maklum sahaja, belum habis bulan, duit mula berkurangan dan terpaksa berjimat cermat.
Bila rasa rezeki tidak cukup, mulalah emosi tidak stabil dan rasa ingin marah, bila tegur ada saja yang tidak kena. Belum lagi, bila anak-anak nak bermanja, dimarahinya.
Kadang-kadang kita terfikir kenapa sesuatu perkara terjadi pada diri dan keluarga kita. Sedangkan orang lain cukup gembira dan penuh kasih sayang. Kita pula, asyik dengan berselisihan faham dan ada saja yang tidak kena bila bersama pasangan mahu pun keluarga.
Sebenarnya, setiap pasangan dan keluarga ada cara tersendiri untuk bahagia. Cuma, kita leka dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Lebih-lebih lagi, tempat kediaman untuk kita dan keluarga kita berteduh.
Mungkin kita rasa rezeki kita sempit bukan sebab kita tidak berusaha bersungguh-sungguh, tapi kita kena lihat apa yang ada di rumah kita sendiri. Inilah yang dihuraikan oleh Liza Idris tentang apa yang dikatakan punca rezeki kita sempit.
Saya tertarik dengan satu artikel berkenaan punca rezeki sempit. Saya baca dan huraikan kembali.
1. Tandas Kotor
Kita tahu tandas tempat tinggal syaitan dan jin. Di situlah tempat makhluk itu berpesta. Lagi kotor lagi membiak sakan makhluk tu. Jadi pastikan tandas di rumah selalu dibersihkan.
2. Pinggan Mangkuk Bertimbun Dalam Sinki
Dekat sinilah jin dan syaitan mencari makanan. Jangan biarkan sisa makanan dan benda kotor dalam singki. Pastikan semua pinggan mangkuk dicuci sebelum tidur. Tak kira letih macam mana pun, singki mesti dalam keadaan bersih. Ikat segala sampah sarap dalam tong sampah dan tutup rapat.
3. Rumah Bersawang
Selalunya rumah bersawang adalah rumah kosong yang tak ada penghuni. Maka, jin dan syaitan pun turut bersawang dekat situ. Orang tua-tua selalu ingatkan supaya bersihkan sawang di dinding dan celah-celah meja. Ini sebabnya! Rajin-rajinla cuci sawang dekat rumah ye.
4. Pintu Tandas Dibiarkan Terbuka
Bila pintu tandas sentiasa terbuka, maka seronok jin dan syaitan bebas keluar masuk dan berjoget lambak dalam rumah kita. Pastikan pintu tandas sentiasa di tutup ya. Dah tahukan kenapa orang dulu-dulu buat tandas dekat luar? Kita sekarang tandas siap ada dalam bilik tidur.
Ingat ye kawan-kawan, jin dan syaitan akan meruntuhkan kasih sayang dan juga rezeki dalam sebuah keluarga. Sebab itulah isteri jadi hilang hormat pada suami, anak jadi biadap dan suami jadi pemalas.
Selain itu, lahir sifat-sifat negatif. Tak hairan la jika kita cepat sentap, iri hati, selalu rasa diri betul dan orang lain salah.
Penting juga buat orang bisnes, emosi kena selalu stabil. Bila sifat lemah dan malas berkuasa, macam mana nak buat bisnes?
Semua ni berkaitan dengan kebersihan yang bermula dari rumah sendiri. Ramai yang terlepas pandang. Baiki yang basic dahulu.
MW: Malas macam mana sekali pun, kena jaga kebersihan rumah. Kalau rumah bersih, hati kita pun tenang dan rezeki pun senang nak dekat.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.