Kegel Menguatkan Otot Lantai Pelvis, Buat Senaman Ini 3 Kali Sehari!

Senaman kegel biasanya disarankan kepada wanita untuk menguatkan otot lantai pelvis. Masalah otot lantai pelvis biasanya dialami wanita semasa kehamilan, setelah bersalin dan akibat penuaan.

Mengapa kekuatan otot lantai pelvis itu penting?  Dan bagaimana pula untuk melakukan senaman kegel.

Menurut Pengurus Physiotheraphy, Columbia Asia Hospital,Puchong, Lee Heng Ho, kecantikan seorang wanita bukan sahaja terhad kepada luaran, rupa yang cantik atau badan yang langsing.  Tetapi juga memerlukan kecantikan dalaman yang sihat.

Bagi seorang wanita ia merupakan kebiasaan untuk mereka menjalankan senaman yang kerap untuk otot- otot anggota atas, anggota bawah, belakang and abdomen.

Namun begitu  kebanyakan wanita kerap mengabaikan kepentingan penjagaan otot lantai pelvis (Pelvic Floor Muscle atau PFM) mereka.

Kegel Menguatkan Otot Lantai Pelvis, Buat Senaman Ini 3 Kali Sehari!
Lee Heng Ho

Mengapa Kekuatan Otot Lantai Pelvis Penting?

1-Menyokong organ-organ dalam pelvis dan memudahkan proses bersalin.

PFM dapat menyokong organ-organ dalam pelvis. Bagi wanita yang mengandung, ia dapat membantu untuk menampung berat bayi dalam rahim. Jika kerap melakukan senaman pelvis, ia akan memudahkan proses peneranan bayi keluar dari faraj.

2-Mengelak daripada gejala mudah terkencing dan organ prolaps.

Sekiranya anda sering mengalami gejala mudah terkencing ketika ketawa, mengangkat barang atau bangun dari tempat duduk, senaman PFM dapat membantu mengurangkan dari inkontinesia urin iaitu pengaliran air kencing atau najis yang tidak sengaja.

Selain daripada itu, ia juga dapat mengelak daripada organ prolaps (Rahim – ‘cystocele’) yang melalui termasuk ke faraj (cystocele) dan rectocele (Rektum- ‘rectocele’) yang tertekan di dubur.

3-Meningkatkan keyakinan diri dan penting untuk fungsi hubungan kelamin.

PFM dapat meningkatkan kualiti kehidupan seseorang malah boleh memberi kesan kepada hubungan kelamin dengan pasangan.

4-Mengatasi masalah perbelanjaan kos rawatan yang tinggi termasuklah kos pembedahan.

 

Otot lantai pelvis yang kuat dapat mengatasi masalah seperti:

i)-Infeksi salur kencing, ‘pruritus’ akibat dari kekerapan penggunaan tuala wanita dan lampin orang dewasa

ii)-Pengambilan Ubat

iii)-Rawatan pembedahan

 

IKLAN

Artikel Berkaitan:

Seksanya Pelvic Girdle Pain (PGP) Waktu Hamil, Nak Jalan Pun Azab!

Baca Sini Lagi:

Morning Sickness? Ibu Hamil Ambil Perhatian, Cuba Cara Ini Kurangkan Loya!

Jangan Mandi Malam, Nanti Paru-Paru Berair! Betul Ke? Apa Kata Doktor

 

Cara-cara menangani masalah kelemahan otot lantai pelvis

 1-Senaman Kegel

i)-Kempiskan perut dan lakukan proses ‘kemut-lepas-kemut’

ii)-Lima kontraksi pantas

IKLAN

iii)-Diikuti dengan kontraksi perlahan, kontrakkan PFM dan tahan untuk kiraan sepuluh, ulangi pergerakkan ini untuk 20 kali.

iv)-Adalah disarankan senaman di atas dilakukan sebanyak tiga sesi sehari untuk mengekalkan kekuatan PFM

v)-Bagi menguatkan otot PFM yang lemah, pesakit disarankan untuk mengulangi kontraksi PFM perlahan sebanyak tiga sesi sehari dan setiap sesi 30 ulangan.

Contoh Senaman Kegel

Kegel Menguatkan Otot Lantai Pelvis, Buat Senaman Ini 3 Kali Sehari!

1- Senaman lengkukan pinggang sambil kontraksi otot lantai pelvis dalam posisi baring.

Kegel Menguatkan Otot Lantai Pelvis, Buat Senaman Ini 3 Kali Sehari!

2-Senaman kontraksi otot lantai pelvis dengan menggunakan bola dan angkat punggung.

IKLAN
2-Bantuan peralatan perawatan sekiranya PFM terlalu lemah atau lansung tidak dapat melakukan kontraksi

i)-EMS, electrical muscular stimulator

ii)-Vibrance kegel device

3-Pakar perubatan

i)-Pengambilan ubat

ii)-Alat perawatan masalah PFM ditempatkan di faraj

iii)-Pembedahan

Bagaimana cara mengenalpastikan keberkesanan senaman Kegel

Keberkesanan /kekuatan otot lantai pelvis boleh dikenal pasti apabila seseorang menjalankan senaman mengikut senaman yang ditetapkan untuk jangka masa selama sekurang-kurangnya 3 bulan.

1-Maklumbalas daripada pasangan hubungan kelamin.

2-Kawalan kencing lebih baik

3-Pegurangan penggunaan tuala wanita atau lampin orang dewasa.

Otot lantai pelvis juga akan menjadi renggang dan lemah secara semulajadi bukan sahaja disebabkan oleh kekurangan senaman, ia juga akan berlaku apabila usia meningkat.

Oleh itu, para wanita disarankan agar menjalankan senaman untuk menguatkan otot lantai pelvis sekerap tiga sesi sehari untuk mengekalkan serta menguatkan otot lantai pelvis bagi mengekalkan kejelitaan dalaman anda.

Sumber: Artikel sumbangan Lee Heng Ho -Pengurus Physiotheraphy, Columbia Asia Hospital – Puchong

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI