Sejak semalam, video majlis perkahwinan penyanyi Singapura, Sufi Rashid yang juga juara Akademi Fantasia 2015, viral di media sosial. Kerana, ketika ibu Sufi datang bersalaman dengan anaknya, pengantin perempuan, Nurulain Md Yusof lari meninggalkan pelamin.
Video itu dikongsikan ibunya, Irma Mahamud di facebooknya dengan caption “Let this video speaks itself.”
Dengan penjelasan, mengapa dia tidak dapat menjemput kenalan dan sahabatnya ke majlis anaknya itu.
Berentetan daripada itu, insiden atas pelamin itu mula menjadi topik hangat bualan netizen. Mempersoalkan tindakan isteri Sufi yang lari dari pelamin.
Bagi menjawab kemelut yang terjadi antara menantu dan mentua ini, Sufi selaku anak dan suami menjelaskan kedudukan yang sebenar.
Ads
Tulisnya,
Assalamualaikum semua.
Izinkan saya mulakan kenyataan ini dengan Bismillah.
Tujuan post ini supaya kita semua tidak tersalah anggap isu yang sedang disebarkan sekarang.
First of all, saya nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga atas doa semua untuk saya dan isteri. Alhamdulillah, kedua-dua majlis saya di Malaysia dan Singapura berjalan dengan lancar. Tanpa membuang masa, saya ingin menegaskan tentang “video” yang sedang disebar tentang ibu dan isteri saya.
Ads
Kedua-dua wanita ini adalah bidadari hati saya. Tanggung jawab saya sebagai anak dan suami, adalah amanah saya untuk mereka berdua sihat dan bahagia di dunia dan In Shaa Allah, di akhirat. Baik dan buruk kesemuanya berdasar kehendak dan izin ALLAH SWT juga, dan saya terima seadanya dengan redha dan tawakkal.
Isteri Saya Bukan Mahu Larikan Diri
Mereka berdua saling menghadapi tekanan dan dugaan dalam kehidupan dunia yang sementara. Tetapi beratnya dugaan mereka, hanya ALLAH SWT saja yang tahu. Isteri saya bukan tidak hormat atau mahu larikan diri.
Ads
Semasa menunggu ketibaan ibu saya, isteri saya sudah keluarkan tangisan di matanya, badan dia sudah bergeletar. Bukan takut, tapi isteri saya sudah bertahun pendam perasaan dengan penuh kesabaran atas “tindakan” yang diberikan pada dia. Tidak sekali pun isteri saya menceritakan apa yang dia lalui sebab dia tidak mahu mengaibkan sesiapa.
Walaupun saya dan keluarga serta saudara mara saya tahu akan hal yang sebenar, kami tidak akan sesekali menceritakan. Dosa besar bagi kami sebagai hambaNya untuk menyebar aib kami sendiri secara terbuka, apatah lagi aib orang lain yang mungkin tidak pasti.
Mohon Hentikan Sebar Video Tersebut
Saya minta jasa baik semua untuk berhenti mengongsikan video tersebut kerana ia boleh terjadinya fitnah, walaupun tidak sengaja. Kerana dalam ketidak-sengajaanlah, lahirnya perkara syubhah. Semoga kita semua dijauhkan perkara-perkara yg tidak bermanfaat hendaknya.
Saya minta maaf jika ianya melibatkan ramai orang. Saya juga minta maaf jika ianya membuat orang ramai keliru dan marah secara tidak sengaja. Dan saya juga memaafkan semua, In Shaa Allah.
Terakhir sekali, saya minta doa yang baik baik untuk kami semua.
MW : Semoga apa yang berlaku antara Sufi, ibu dan isteri dapat diselesaikan dengan baik dan akhirnya memberi kebaikan untuk semua.
Meninggal dunia ketika tidur. Anak bongsu kepada pelakon Ayu Raudhah dan bekas pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha Abdul Radzak iaitu Muhammad Aisy Al Rees meninggal dunia ketika tidur di Seremban, Negeri Sembilan kira-kira jam 1 petang tadi.
Pemergian bayi ketujuh yang baru berusia enam bulan sembilan hari itu dimaklumkan kakak kepada Ayu yang juga pelakon Rozita Che Wan.
“Arwah meninggal kira-kira jam 1 petang tadi di rumah mereka di Seremban.
“Jenazah ketika ini berada di Hospital Rembau, Negeri Sembilan. Saya dimaklumkan arwah meninggal ketika tidur dan tidak mengalami sebarang sakit,” katanya.
Berita pemergian anak bongsu pasangan ini dikongsikan Zaquan Adha di akaun Insta Story miliknya. Manakala Rozita Che Wan sempat menitipkan pesanan supaya pihak media menghormati keadaan pasangan suami isteri itu dan memberi ruang untuk mereka sekeluarga yang berada dalam keadaan berduka cita.
“Salam semua, anak bongsu kami Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha telah kembali kepada pencipta-Nya sebentar tadi. Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini,” tulisnya ringkas.
Untuk rekod, anak lelaki kepada pasangan ini selamat dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu jam 12.57 tengah hari.
Ayu dan Zaquan berkahwin pada 21 Januari 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann,11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia setahun.
Ayu Raudhah bersyukur walau anak ramai namun dirinya dipermudahkan untuk menjaga kesemua anak-anak. Bukan mudah ya nak jaga anak enam orang, namun rezeki Allah tak pernah salah alamat. #mwambiltahu#mingguanwanita#ayuraudhah#anakselebriti#fyp
Jari Punca Ke Neraka menjadi kupasan topik menarik dalam Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran pagi tadi di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 11 pagi hingga 12 tengahari. Hos Siti Elizad dan Amin Idris serta tetamu jemputan Elfira Loy, Abam dan Da’i Wan membincangkan isu yang menjadi perhatian ramai ini. Ini kerana golongan selebriti khususnya antara pihak yang sering menerima kecaman hebat dalam apa juga posting mereka di media sosial.
Antara point menarik sepanjang topik ini dibincangkan adalah;
Da’i Wan
Da’i Wan antara pendakwah yang selalu menerima kecaman daripada netizen lantaran selalu memuat naik posting dan lantang menulis surat terbuka di laman media sosial.Jelas Da’i Wan posting tersebut bukan bertujuan mengejar populariti berbuat sesuatu demi manusia, sebaliknya dengan niat untuk menyampaikan landasan ilmu yang sebenarnya demi berdakwah.
2. Elfira Loy
Elfira pula mengambil langkah kekal positif dan berdiam diri daripada menjawab segala kecaman dan tohmahan netizen. Menurut Elfira segala posting di media sosial bukan untuk mendapat ‘validation’ daripada orang sebaliknya dengan niat hanya untuk berkongsi. Bagi Elfira abaikan segala kecaman dan biarlah segala persoalan terjawab sendiri di kemudian hari.
3.Abam
Berdepan dengan kecaman keterlaluan baru-baru ini, Abam mengambil langkah berjumpa dengan individu terlibat untuk penjelasan. Kemaafan dipinta, abam memaafkan dengan hati terbuka.
4.Mawi
Bagi Mawi pula, sebagai seorang selebriti dan dikenali ramai orang, segala kecaman mengenai dirinya dianggap satu cabaran dalam bidang ini.Kita tak boleh puaskan hati semua orang, yang penting tahu niat dan tujuan kita. Tambah Mawi lagi, sebelum jari segalanya bermula dari hati. Bila hati sakit segalanya dilihat dan dianggap serba serbi tak kena.
Jadi berhati-hatilah dalam memberi komen di media sosial. Komen negatif boleh mencetuskan pergaduhan, rasa tak puas hati dan pertelingkahan. Sekaligus secara tak langsung menjadikan kita salah seorang ‘pembuli siber’ menerusi komen yang kita tulis.
Ingat iya dosa sesama manusia, tidak dapat diampunkan tuhan. Jangan pula kita merangkak di akhirat nanti, menuntut kemaafan daripada orang yang kita telah berbuat dosa kerana jari kita yang rancak menulis komen negatif di media sosial. Jangan kerana jari boleh menjadi punca kita terjerumus ke neraka.
Bagi yang ketinggalan dan mahu menonton siaran penuh rancangan ini, jangan lupa saksikan siaran ulangannya jam 5 petang ini pada hari dan saluran yang sama.
Rupanya bukan penonton saja terkesan dengan lakonan hebat Aeril Zafril sebagai Anas dalam drama rantaian Cari Aku Di Syurga, isteri Aeril, Wawa Zainal pun terkesan sama.
Akuinya dulu pun, di awal perkahwinan dia bukanlah seorang isteri yang penyabar. Malah menggelar dirinya garang macam harimau. Tapi itu semua kenangan dulu.
Dulu.. Bila Wawa Marah-marah, Reaksi Aeril Setenang Anas
Katanya, “cried a lot bila tengok muka kesian Anas (Aeril) macam ni. Sebab masa awal perkahwinan dulu I harimau jugak. Suka marah-marah dia.”
“Biasalah budak-budak, tak matang (tapi tak ada lah teruk macam ciklisa tu). Tapi Aeril tenang macam tu lah reactioan dia. Sama macam dalam TV. Sabar je dengan perangai isteri dia.”
Tambahnya lagi, “Nasib baik la I insaf cepat. Jadi isteri yang baik dah. Korang tanya ada ke lelaki sebaik Anas? Yang tak melukai hati isterinya.. ada.. ada je.. kalau ada tu hargai la.. jangan sesekali sia-siakannya.”
Janna Nick yang memegang watak Lisa dalam drama ini sememangnya membawakan karektor antagonis. Macam-macam perbuatan kejam yang dilakukan Lisa (gadis bandar) yang berkahwin dengan Anas (pemuda kampung).
Tak cukup memukul suami dengan gayung, Lisa juga enggan menyusu apatah lagi melihat anak yang baru dilahirkan. Lisa juga tanpa rasa bersalah menyeksa ibu mentuanya. Dan akhirnya ibu mentuanya meninggal dunia.
Dan disebabkan perbuatan kejam Lisa itulah, netizen beremosi marah-marah. Geram sungguh dengan Lisa yang tak ada hati perut itu.
Pengarah Drama Pun Sampai Stress
Nampaknya pengarah drama Nur ini, Shahrulezah Mohameddin berjaya melahirkan satu lagi watak ‘ustaz Hamadi’ yang membuatkan satu Malaysia beremosi, marah-marah, jadi tak tenang bila mengadap drama ini.
Kata pengarahnya, mengarah drama ini memberi satu tamparan hebat dalam kerjayanya sebagai pengarah. Malah ada episod dalam drama ini juga dihasilkan sepantas kilat. Hari ini siap shooting, esok dah tayang di TV.. hebat.
“Stress shooting kali ni tak pernah abam rasa sebelum ini sepanjang karier abam sebagai pengarah yang berbelas tahun ni. Anyway setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan pengajaran yang terselit.
“Abam berdoa semoga Allah permudahkan urusan shooting abam yang dah paras hidung ni. Semoga hujan lebat setiap petang yang menjadi penghalang kelancaran shooting drama ini hujan ini jugak lah sebenarnya memberi rahmat untuk semua.
“Doakan abam dapat laksanakan ujian ni dengan tabah dan berjaya ya.”