Kediaman harus dijaga rapi. Setiap insan sememangnya mahukan keselesaan kedaman. Apatah lagi buat mereka yang sudahpun mendirikan rumahtangga. Begitu juga dengan pendirian Siti Aisya Kamaruddin, 28, dalam menguruskan rumah tangganya dengan baik, bukan sahaja suami dan anak yang perlu dijaga, bahkan kediaman juga harus dijaga rapi.
Bak kata pepatah ‘Rumahku Syurgaku’, maka tidak hairanlah Siti Aisya dan suaminya, Mohamad Fahmi Misroh, 28 ini sanggup berhabis untuk rumahnya bagi mendapatkan keselesaan dan ketenangan.
“Alhamdulillah, rumah kediaman kami ini mencukupi untuk kami sekeluarga berehat. Malah saya juga bersyukur akhirnya saya dapat memiliki rumah pertama dan baru saja berpindah beberapa bulan yang lalu,” ujar Siti Aisya memulakan perbualan.
Ketika melangkah masuk ke kediaman ini sememangnya, penulis berasa agak kagum, walaupun ruang rumah sederhana namun susun atur cukup moden dan menarik.
“Kami meminati konsep ringkas, minimalis dan moden. Tidak terlalu feminin ataupun maskulin. Kami memberi kebebasan kepada syarikat pereka dalaman yang dilantik iaitu ADCS (AD Creative Studio) untuk menghasilkan rekaan yang sesuai untuk kami berdasarkan konsep yang dipilih,” ungkap ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini.
Mengeluarkan kos sebanyak RM60,000 untuk pengubahsuaian Siti Aisya mula minat melakukan dekorasi rumah dari rancangan TV, Casa Impian. Sejak daripada itu, dia juga telah berhasrat untuk mendapatkan rumah idaman apabila sudah memiliki rumah sendiri.
“Sumber inspirasi banyak datang dari media sosial seperti Instagram, Facebook dan Pinterest. Alhamdulillah, bajet kami cukup untuk menghasilkan sentuhan sebegini buat kediaman kami.Tidak salah untuk berbelanja sedikit demi kediaman idaman. Kami juga tidak perlu meluangkan masa yang banyak untuk membersihkan dan mengemas rumah,” sambung Siti Aisya.
Ditanya tentang ruang kesayangannya, Siti Aisya menerangkan ruang vanity di bilik tidur utama menjadi kegemarannya. Manakala suami pula gemarkan panel helmet di ruangan makan.
Peranan Warna, Bukan Sekadar Tambah Seri Ruang Kediaman
Kediaman Cantik Ikut Bajet Sendiri, Wanita Ini Pilih Konsep Minimalis & Mudah Dibersihkan
‘Rumah Buruk, Impian Melangit’ Bertahun Cantikkan Kediaman Kampung Guna Bahan Terpakai
Mingguan Wanita: Seronoknya bila rumah nampak cantik dan kemas.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura