Bagi isteri yang menjadi suri rumah, memang cukup perit bila tiba hujung bulan. Terpaksa tebalkan muka untuk minta duit perbelanjaan daripada suami. Kalau tidak diberitahu, tidak berasaplah dapur. Susahnya bila suami yang tidak reti tanggungjawab nie. Macam manalah kalau isteri bekerja, mesti harapkan duit isteri yang keluar untuk beli perbelanjaan dapur. Makin ‘naik minyak’ suami.

Memang jarang kita dengar suami kedekut, namun tidak mustahil ada segelintir suami yang bersikap begini. Jalan terakhir, isteri ‘panjang tangan’ mengambil haknya dari poket suami. Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forencic Psychologist Grand Master mengupas tentang isu suami kedekut ini.

Kedekut Bagi Belanja Rumah Sampai Isteri Terpaksa Curi Duit Suami

Pengalaman Silam

Kedekut bermula dari pembesaran dan cara kehidupan, pengalaman silam yang dialami sendiri dan latihan yang tidak diminta dan diterima dari seseorang yang disebabkan oleh kesusahan, kesukaran, kemiskinan dan pengalaman boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang.

Sikap kedekut juga boleh dilatih dan dipelajari apabila seseorang itu berkedudukan di dalam golongan orang yang kedekut. Sifat kedekut juga tergolong dalam sifat yang suka berkira sesama sendiri terutama sekali dengan orang yang mereka sayangi.

Ads

Sekiranya isteri tidak berkerja, dari mana patut datang duit itu kalau tidak dari suami nya sendiri. Seorang suami perlu lah menjaga nafkah zahir isterinya dan keluarganya tanpa mempunyai sifat kedekut atau pun terlebih berkira.

Isteri Ambil Hak

Dalam keterpaksaan, sudah tentu isteri mula ‘panjang tangan’ untuk mengambil hak yamg sepatutnya diberikan kepadanya. Bukan niat untuk mencuri tetapi ingin menyediakan keperluan untuk keluarga juga.

Ads

Jadi, untuk menghindari daripada  isteri dituduh ‘panjang tangan”, isteri hendaklah memberitahu kenapa dia ambil, berapa yang dia ambil dan untuk apa.

Pengetahuan ini hendaklah dilakukan serta merta. Jangan sampai suami ketahui yang duitnya hilang tanpa sebarang sebab dan ini akan mengeruhkan lagi keadaan di rumah. Tuduh menuduh dan pergaduhan akan berlaku jika pemberitahuan ini tidak dilakukan dengan serta merta.

Ads

Tanggungjawab Suami

Memberi nafkah zahir adalah tanggungjawab suami dan iisteri tidak perlu meminta daripada suami. Pada masa dan tarikh yang ditetapkan atau yang diperlukan, suami hendaklah menyediakan wang perbelanjaan tanpa isteri meminta dan menagih daripada suami. Suami juga perlulah memberi isteri kepercayaan untuk mentadbirkan perbelanjaan rumah dan keluarga.

Jangan Culas

Suami yang bertanggung jawab memang tidak culas dalam memberi nafkah pada isteri. Apatah lagi apabila tidak bekerja dan tidak ada pendapatan melainkan dari suami sendiri. Setiap suami pasti ada perbelanjaannya sendiri seperti rokok, penjagaan kereta dan motor, tetapi penjagaan dan makanan, pembelajaran, persekolahan dan keluarga adalah lebih penting dalam kehidupan seharian yang dipertanggung jawab pada isteri.

Putik Penceraian

Masaaah kewangan adalah masalah pertama selain dari masalah komunikasi, bersesuaian dan tidak persefahaman. Ian adalah masalah yang akan membawa pada berputiknya penceraian. Apabila keadaan sering tegang dan sering tidak mencukupi serta isteri sering berperasaan seperti peminta sedekah mengharapkan sesuatu dari suami setiap bulan, perkara begini akan menimbulkan satu stres dan akan menimbulkan pergaduhan dan seterusnya penceraian. Masalah seperti ini juga akan menjadi bukti dan fakta yang menuju penceraian.

Wahai Suami!

Tidak ada seorang isteri pun yang berkahwin untuk inginkan menagih sesuatu dari suaminya. Ia amat menyukarkan jika wanita itu tidak bekerja kerana semua perbelanjaan itu bergantung pada suaminya.

Perbelanjaan harian dan bulanan di dalam keluarga di mana isteri tidak bekerja hendaklah dibincang dan dipersetujui bersama. Jika isteri yang mentadbirkan perbelanjaan, suami hendaklah mempercayai isteri dengan sepenuhnya dan tidak boleh ada syak wasangka bersama. Suami perlu ingat bahawa segala perbelanjaan itu adalah untuk keluarga dan juga sedikit untuk perhiasaan isteri bagi kebahagiaan suami.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI