Telatah pelakon Sharnaaz Ahmad dan anak kesayangannya, Jebat Jayden sememangnya sering mencuit hati para peminat dan sering ternanti-nanti posting anak beranak ini di laman sosial mereka. Tular baru-baru ini, anak beranak ini bikin kecoh gara-gara beg anak kesayangannya hilang!
Telatah Sharnaaz Ahmad mencari beg Jebat Jayden di seluruh rumah mencuit hati para pengikut di laman sosial miliknya gara-gara Sharnaaz hampir ‘give up’ mencarinya.
“Mana tak hangin, masa ni pula beg Mommyhana Jebat hilang. Korang tolong mamu (saya) boleh? Misi mencari beg jebat bermula,” tulisnya.
Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah aksi comel Jebat. Malah, kepetahan Jebat bercakap juga membuatkan pengguna laman sosial terhibur.
Apa yang lebih membuatkan warganet teruja adalah lakonan bersahaja yang ditunjukkan oleh Jebat Jayden. Aksi merajuknya sebab beg kesayangan hilang disifatkan sangat comel.
Ads
Pasti ramai yang boleh ‘relate’ kekalutan seorang bapa menguruskan anak yang hendak ke sekolah apabila ada sahaja barangan persekolahan yang ‘hilang dari radar’. Malah keletah Jebat Jayden yang meminta 10 batang ais krim sebagai habuan untuk ke sekolah juga mencuit hati! Video tersebut telah mencecah 1.4 juta tontonan.
Tidak cukup dengan itu, kekecohan mencari beg Jebat juga turut terkena tempias beberapa rakan selebriti seperti Shuib, Shukri Yahaya dan Datuk Seri Aliff Syukri.
Ads
Kesemua mereka bersama anak masing-masing juga turut membantu Sharnaaz dalam mencari beg kesayangan anaknya. Jadi, adakah misi Sharnaaz mencari beg kesayangan anaknya daripada jenama Mommyhana itu berjaya?
Bagi merealisasikan misi itu, Mommyhana menawarkan turut menawarkan habuan kepada mereka yang berjaya menjumpai beg Jebat. Sejauh manakah pencarian tersebut berjaya?
Melihat beberapa penyanyi tempatan tanahair berjaya menganjurkan konsert masing-masing, kini giliran Liza Hanim pula menghadiahkan konsert solo untuk para peminatnya.
Memulakan karier dengan muncul menjadi finalis pertandingan Golden Teen Search oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM, bakat besar yang ada dalam darah Liza Hanim membuat pemilik Vokal Terbaik Juara Lagu 2003 ini menjadi salah seorang penyanyi wanita disegani kini.
Jika tidak masakan dengan banyak lambakan penyanyi baharu, kerjaya seni Liza pemilik nama sebenar Haliza Hanim Abdul Halim, 43, tidak pernah merudum.
Buktinya, Liza Hanim yang menyertai Gegar Vaganza musim empat kembali mempamer kredibiliti lewat penyertaan dalam program realiti sama untuk musim ke-10 iaitu Gegar Vaganza All Stars — yang disertai bersama mantan-mantan juara Gegar Vaganza.
Dua Dekad Jadi Anak Seni
Seiring pembabitan dalam GV yang memberi peluang generasi baharu mengenal aura seorang Liza Hanim, lagu-lagu miliknya seperti Sejuta Maaf berada dalam carta Muzik-Muzik.
Sudah memiliki tujuh album penuh, kejayaan demi kejayaan seperti Juara Bintang Penghibur RTM 1999, Naib Juara di Festival Muzik Shanghai, China (2000) dan Persembahan Vokal Duo/ Kolaborasi Terbaik AIM 2022, nama Liza Hanim juga sering digunakan sebagai rujukan penyanyi wanita yang mempunyai kualiti vokal terbaik di tanah air.
Setelah 27 tahun dalam industri, tembang demi tembang yang sudah fasih didendangkan seperti Siapa Sangka Siapa Menduga, Andainya Aku Bersuara, Gelisah Mimpi dan Merawat Luka Terpendam, Liza Hanim buat julung kalinya tampil dengan konsert berskala besar.
LIZA HANIM Hadiahkan Konsert Untuk Para Peminat
Diberi nama Liza Hanim 27 Years Journey In Concert, konsert ini dibawakan penuh bangga oleh LH Media SB dengan penganjur bersama Laugh Out Loud Entertainment.
Zepp KL dipilih sebagai lokasi untuk menyatukan a bersama peminatnya pada 4 Februari 2024.
“Sebagai penganjur bersama, LH Media SB dan Laugh Out Loud Entertainment tidak akan melepaskan peluang menganjurkan Liza Hanim 27 Years Journey In Concert kerana penjenamaan Liza Hanim sebagai anak seni dan penyanyi dengan imej bersih dan bakat yang sentiasa disanjung peminat. Konsert ini juga mendapat sokongan dari Kementerian Komunikasi & Digital melalui MyCreative Ventures Sdn.Bhd.
“Ini akan menjadi momen yang tepat buat Liza Hanim sebagai penyanyi yang sudah 27 tahun bergelumang dengan dunia seni mempunyai sebuah konsert khas buat dirinya dan peminat.
“27 tahun juga dirasakan sudah sangat signifikan dan cukup matang buat seorang penghibur berkaliber seperti Liza Hanim mempamerkan kualiti dan segudang pengalamannya.
“Justeru kami sangat teruja dan berbesar hati untuk melihat Liza Hanim 27 Years Journey In Concert terlaksana dengan sukses dan meninggalkan momen bukan hanya kepada pihak kami tetapi seluruh peminat yang sudah sekian lama ingin berada dalam ruang konsert milik penyanyi pujaan mereka ini,” ujarShahrin Samsudin, Pengarah Urusan LH Media Sdn Bhd.
Berikrar untuk tidak mahu mengecewakan temu janji perdana bersama peminat lewat Liza Hanim 27 Years Journey In Concert, Liza Hanim sudah merencana untaian hit yang akan didendangkan lalu disambut nyanyi dan penuh sorak sorai pada malam penuh bermakna itu.
“Tentulah saya sangat teruja untuk mengadakan konsert setelah 27 tahun berkelana dalam dunia seni nyanyian.
“Lebih mengujakan selain akan mendendangkan lagu-lagu popular dan malar segar dahulu, saya akan membawakan single terbaru yang dihasilkan oleh komposer hebat, Ajai iaitu Mengertilah,” ujar Liza Hanim yang juga bakat seninya dapat dilihat lewat lakonan berkesan dalam KL Menjerit dan Laila Isabella.
Mengertilah yang dirilis pada 15 September lalu diterbitkan oleh ISK Channel dengan diedarkan oleh Indigital Music. Ia adalah buah tangan terbaharu Ajai buat Liza Hanim selepas 20 tahun.
Tambah Liza Hanim apa yang lebih penting adalah momen pertemuan penuh makna bersama peminat selepas 27 tahun bergelar penghibur yang bakal dicipta kelak.
“Liza Hanim 27 Years Journey In Concert bukan sekadar tentang saya akan mendendangkan lagu-lagu layaknya sebuah konsert.
“Tetapi adalah tentang pertemuan intim saya bersama peminat setia sejak 27 tahun ini serta berkenalan dengan peminat baharu yang baru mengenal Liza Hanim lewat single atau pembabitan saya dalam beberapa program seperti GV.
“Inilah momen yang saya tunggu sebagai lambang apresiasi kepada semua yang tak jemu menghargai dan menyokong karier seni saya,” ujar Liza Hanim mengakhiri perbualan.
Pelakon jelita dari negara seberang yang pernah mengegarkan tanahair dengan filem lakonannya, Ada Apa Dengan Cinta, Dian Sastrowardoyo kini merupakan seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata.
Jika sebelum ini Dian jarang berkongsi wajah anak-anaknya namun sejak beberapa bulan lepas dia kian bersikap terbuka dan berkongsi gambar mereka sekeluarga.
Risau Keadaan Anak
Malah Dian juga turut berkongsi tentang keadaan anak sulungnya Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo, yang menghidap autisme.
Seperti mana ibu bapa yang lain, pelakon ini juga begitu risau apabila anak kesayangan disahkan menghidap autisme.
Akui Dian anaknya diagnosis pertama kali ketika berusia enam bulan lagi. Malah Dian juga mendedahkan bahawa terdapat beberapa perkara yang dilihat oleh anaknya secara berbeza berbanding dengan anak-anak lain seusianya.
Malah dia juga sangat bertuah kerana dapat mengenali beberapa ciri-ciri kanak-kanak autisme lebih awal. Dari situ dia segera membawa anaknya berjumpa doktor pakar.
Pelbagai Terapi & Intervensi
Isteri kepada Maulana Indraguna Sutowo ini juga menerangkan sejak itu pelbagai terapi dan intervensi dijalankan ke atas anaknya.
Malah selama empat tahun juga proses tersebut dilakukan dan akhirnya anak sulung Dian berjaya keluar dari terapi dan dianggap normal seperti kanak-kanak lain ketika berusia enam tahun.
Kini Shailendra berada di kelas empat dan dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Selain kemampuannya dalam pelajaran, Shailendra juga mampu untuk bersosial.
Autisme atau gangguan spektrum autisme (ASD) itu sendiri adalah rangkaian gangguan perkembangan saraf, yang kebanyakannya dicirikan oleh gangguan fungsi sosial dan masalah komunikasi.
Dian Kongsi Beberapa Ciri Autisme & Langkah Intervensi Awal Pada Kanak-Kanak
Kanak-kanak tidak berminat dengan kanak-kanak lain seperti bermain dan sebagainya.
Mereka tidak dapat menentukan apa yang disukai oleh diri sendiri.
Mereka enggan melihat mata orang lain lebih dari dua saat atau tidak akan menatap mata ibu bapa sama sekali.
Anak-anak tidak pernah meniru kata-kata, ekspresi wajah dan gerak tubuh ibu bapa.
Anak cenderung tidak bertindak balas ketika namanya dipanggil.
Anak tidak mahu melihat objek yang ditunjukkan.
Anak tidak pernah mahu bermain yang ‘berpura-pura’ seperti bermain anak patung, main masak-masak dan sebagainya.
Sumber: tribunnews.com
Sumber Foto: Instagram Dian Sastrowardoyo
Alhamdulillah Zack telah selamat dilahirkan dan tahniah diucapkan buat Datuk Jamal Abdillah dan isteri Datin Zai Izzati.
Alhamdulillah Zack Selamat Lahir Pada 11.11.2020
Penyanyi lagenda tanahair, Datuk Jamal Abdillah berkongsi berita gembira tentang dirinya yang menyambut kelahiran anak keempat.
Anak lelaki yang diberi naam El Issac Yamani atau dipanggil dengan gelaran manja Zack telah dilahirkan pada jam 4.01 petang semalam di sebuah pusat perubatan di Ipoh, Perak.
Bayi lelaki itu seberat 3.05 kilogram dilahirkan secara pembedahan.
Malah Datuk Jamal dan isteri juga berterima kasih kepada mereka yang mengucapkan tahniah dan doa.
Malah penyanyi ini juga cukup beruntung apabila peminat-peminat setianya menerusi laman sosial Facebook DATO’ JAMAL ABDILLAH – PuJaaN HaTiKu ( iDoLaKu ) mendoakan yang terbaik atas kelahira Zack.
FoziahSharif FoziahYot “Alhamdulillah Zack selamat lahir pd11.11.2020. Moga menjadi ank yg solleh berbakti kpd Babaaa dan ummi aaminn3”
Asmah Ahad “Alhamdulillah…tahniah di atas kelahiran nya si comel El Isaac yamani (zack)”
Dibanjiri Ucapan Tahniah
Datuk Jamal Abdillah Pilih Tarikh Istimewa, Azura Lahir 10.10
Datuk Jamal juga turut menerangkan dia dan isteri memilih melakukan pembedahan semalam kerana tarikhnya amat istimewa.
“Kami ambil tarikh 11.11.2020 kerana mudah nak ingat tarikh lahir Zack nanti. Dulu, kakaknya Azura atau nama sebenarnya Nur Azura Yamani lahir pada 10.10.2019. Tapi, ketika itu ia hanya kebetulan,” luahnya.
Datuk Jamal berbernikah dengan Zai Izzati pada 1 April 2017, pasangan ini menimang cahaya mata perempuan bernamaAzura (Nur Azura Yamani) dan Datuk Jamal juga memiliki dua anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.
Sumber: Harian Metro Sumber Foto: Instagram Dato’Jamal Abdillah & Zai Izzati & Facebook DATO’ JAMAL ABDILLAH – PuJaaN HaTiKu ( iDoLaKu ) Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...