‘Kecoh Bila Bayi Kambing Terlekat Di Perut Ibunya’ Wanita Ini Kongsi Detik Cemas Bidankan Kambing Beranak

Share

Bukan selalu dapat pengalaman jadi bidan kambing ini. Wanita ini, Gee Alma berkongsi keletihannya selepas seharian sambut kambing bersalin. Lebih cemas bila mana bayi kambing itu terlekat dan bergelut juga mahu keluarkannya.

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang menyempurnakan kelahiran kambing ini. Nurse dan doktor yang sambut bayi bersalin tu mesti lagi rasa best dan syukur sangat bila bayi selamat di keluarkan.” Kongsinya lagi.

Ketika Mingguan Wanita menghubunginya, ini yang beliau maklumkan. “Hari ini dalam sejarah dan tak pernah terfikir akan jadi bidan. Bila dah tak pernah terfikir…bermakna saya memang tidak pernah ada pengalaman dan pengetahuan langsung

.”

Tambah Gee lagi, hari itu dia terpaksa jadi bidan terjun. Selamatkan mak bukan pada manusia tapi pada kambing.

Famili saya ada memelihara beberapa ekor kambing. Yang mana tahi kambing kami gunakan untuk jadikan baja organik tanaman herba yang kami usahakan.”

Ada kambing yang bunting dan telah melahirkan anak secara natural sebelum ini. Pada hari kejadian itu, saya datang tengok-tengok kambing. Mas aitu pekerja dah maklumkan yang salah seekor ibu kambing macam nak bersalin.”

 

Tiba-tiba Mak Kambing Tak Lepas Keluarkan Seekor Lagi Anaknya Yang Lekat

Dijangkakan mungkin dalam tempoh 3 ke 5 jam lagi. Entah macam mana, ketika Gee nak melangkah pulang itu, pekerja berlari-lari memanggilnya.

Dia beritahu ibu kambing itu tengah sakit nak bersalin. Saya cepat-cepat datang dan tunggu ibu kambing tu bersalin dekat sisi kamdang.”

Satu anak kambing berjaya dilahirkan, ibu seperti sakit, letih dan tak mahu meneran lagi. Bila dah lama sangat itu.. pekerja mula kecoh bimbang bayi kambung itu mati lemas dalam kandungan maknya.”

Mula saya minta pekerja itu, pergi ke depan tolong ibu kambing itu. Tapi dia kata takut. Nak tak nak, saya pun masuk sendiri dalam kandang. Usap perut ibu kambing itu, urut dia, tolak bayi dalam kandungan tu sambil baca ayat-ayat suci Al Quran

.”

Pantasnya masa berlalu, ibu kambing itu tetap tak menunjukkan tanda-nak nak melahirkan. Saya mula rasa hampir putus asa. Dalam kalut panik itu, ibu kambing tiba-tiba meneran dan melahirkan anak keduanya. Alhamdulillah syukur, berjaya akhirnya.”

Walaupun pengalaman ini mendebarkan, ia tetap meninggalkan kesan yang manis buat Gee Alma sampai bila-bila.

Sumber/Foto : Gee Alma

Published by
Netty Ah Hiyer