Biarpun kecewa tak dapat bersanding kerana pelaksanaan PKP tahun lepas, rupanya rezeki pasangan ini dapat bersanding dengan anak kembar mereka dalam majlis Januari lalu.
Ternyata setiap yang berlaku ada hikmahnya, walaupun tidak dapat meneruskan upacara persandingan setelah bernikah tahun lalu, tuhan kurniakan pasangan ini rezeki cahaya mata dan akhirnya dapat naik pelamin berempat.
Sebelum ini, pengantin lain masuk ke dewan persandingan diiringi pengapit, lain pula kisahnya dengan suami isteri, Mohd Nur Syazreen Mohamad Zaki dan Nureen Naimah Mahyudin yang diapit bayi kembar mereka.
Kisah ini mendapat perhatian warganet selepas pengantin perempuan iaitu, Nureen Naimah, 23, berkongsi video majlis persandingannya di TikTok, dan telah meraih lebih 1.3 juta tontonan.
Menerusi rakaman video itu, kelihatan Nureen Naimah dan Mohd Nur Syazreen, 26, masuk ke dewan persandingan dengan masing-masing mendukung anak kembar mereka, Muhammad Uwais Areeq dan Muhammad Uwais Aryan yang kini telah berusia 11 bulan.
Jelas Nureen Naimah yang kini menetap di Taman Kemajuan, Kangar, Perlis, video itu dirakam ketika majlis persandingannya dan suami, Mohd Nur Syazreen pada 3 Januari lalu iaitu ketika Perlis berada dalam zon hijau, namun baru saja dimuat naik di TikTok.
“Saya sudah lama simpan video itu dan baru kelmarin terdetik untuk kongsikannya.
“Tak sangka ia meraih tontonan tinggi dalam waktu singkat kerana sekadar berkongsi untuk kenang-kenangan,” katanya.
Tambah Nureen Naimah lagi, dia dan suaminya diijabkabulkan di Masjid Kampung Sadek Kupang, Baling, Kedah pada 1 Februari tahun lalu.
Mengikut perancangan asal, Nureen Naimah mahu mengadakan majlis persandingan di sebelahnya pada Mac tahun lalu dan di kampung suaminya pada Mei, tetapi kedua-keduanya terpaksa dibatalkan kerana terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.
Tidak dinafikan, pada mulanya mereka memang kecewa apabila tidak dapat teruskan majlis kerana tempahan serta bayaran pendahuluan sudah dibuat.
“Bagaimanapun, saya dan suami akhirnya reda dapat melangsungkan akad nikah saja.
Baca Juga Di Sini :
Rezeki Anak Datang Waktu Yang Tepat, Dikurniakan Kembar 3, Selepas 5 Tahun Tunggu Zuriat
Wanita Pecah Rekod Dunia, Sangka Hamil 8 Bayi Terkejut Lahirkan Kembar 10!
Suka Keluarga Besar, Wanita Muda Usia 23 Tahun Ada 20 Anak!
Siti Dedah Bayi Lelaki Dalam Kandungan Kembar Aafiyah, “Terjadi Pada Waktu & Hari Yang Sama”
“Biarpun tidak dapat bersanding, Allah beri rezeki lain buat kami iaitu anak kembar yang lahir pra matang pada 4 Oktober tahun lalu.
“Ikutkan, kami mahu adakan aqiqah saja untuk mereka tetapi kebetulan, kembar suami berkahwin pada Ogos tahun lalu dan merancang mengadakan majlis pada Januari.
“Jadi, saya dan suami bersanding sekali dengan membawa bayi kembar kami yang ketika itu berusia tiga bulan,” katanya yang mengadakan majlis persandingan di Dewan Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, dengan jemputan terhad.
Nureen Naimah berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaannya dan suami.
Menurutnya, ramai memberi komen positif, tetapi ada netizen membuat andaian sendiri dengan mengatakan mereka adalah duda dan janda yang berkahwin.
Katanya, mereka berstatus bujang sebelum berkahwin dan diberi rezeki bunting pelamin sebelum dapat menimang cahaya mata tidak lama selepas berumah tangga.
Mingguan Wanita : Pandemik Covid-19 merubah segalanya. Jika selama ini majlis perkahwinan diatur meriah, kini hanya pasangan mempelai dan keluarga saja dapat meraikan dalam majlis kecil. Siapa sangka segala-galanya berubah sekelip mata. Rindunya nak pergi kenduri kahwin, rindu nak tengok pengantin bersanding dan rindu nak makan lauk kenduri kahwin.
Sumber : myMetro
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita