Kecewa Enggan Pakai Baju Warna Sedondon Yang Dijahit, Isteri Bakar Baju Raya Suami! Emosi dan tindakan isteri adakalanya diluar batasan. Jangan sesekali bermain dengan emosi mereka, lebih-lebih lagi apabila ia hasil usaha sendiri.
Seorang wanita bertindak membakar baju raya yang dijahit sendiri untuk suaminya kerana kecewa lelaki itu enggan memakai pakaian berwarna sedondon, lapor portal berita Wolipop semalam.
Berdasarkan klip video tular di media sosial Indonesia, wanita tersebut dilihat membakar baju berwarna hijau yang sepatutnya dipakai suaminya.
“Baju ini saya jahit dengan penuh kasih sayang dan berharap agar lebaran kali ini kami dapat memakai pakaian sedondon,” demikian menurut keterangan video tersebut.
Tambah wanita berkenaan, dia akhirnya kecewa kerana suaminya enggan memakai baju itu.
“Suami tidak mahu memakainya dengan alasan malu untuk pakai warna sedondon bersama isteri.
“Walaupun sudah memaafkan, ia tidak bermaksud kekecewaan yang saya rasai ini terubat,” tambahnya.
Katanya lagi, dia sanggup bersengkang mata menjahit baju raya untuk suaminya di tengah-tengah kesibukan menyiapkan tempahan baju daripada pelanggan sebelum Hari Raya Aidilfitri.
“Saya memaksa suami memakai baju ini tetapi dia marah-marah sehinggakan kami bertengkar. Namun, dia telah pun meminta maaf,” ujarnya.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Membuat isteri berasa bahagia itu amat mudah sebenarnya. Namun, kadang kala suami tidak sedar semua itu,” kata seorang netizen.
“Sebab itu amat penting untuk saling memahami dalam rumah tangga kerana masalah kecil seperti ini boleh menjadi masalah besar,” kata pengguna lain.
@ym.collections2000 #viral #sedihbanget ♬ suara asli – ⛔Tuanmuda88🎼EDITORMUDA⛔ – ⛔🅃🅄🄰🄽𝓜𝓾𝓭𝓪16🎗️🄰🄴🅂 ⛔
Mesti Baca:Demi Anak, Tak Sampai Hati Tengok Mereka Beraya Tanpa Baju Raya, Struggle Orang Berbeza
Baca Lagi Di Sini:Sempat Pakaikan Baju Raya, Kenangan Terakhir Sebelum Anak Meninggal
Artikel Menarik:‘Ditakdirkan Kakak Diambil Allah..’ Pakaikan Baju Raya Awal, Sekurangnya Ada Kenangan Bersama
Mingguan Wanita: Akhirnya baju yang menjadi ‘mangsa’. Jangan sesekali dibuat main dengan emosi isteri yang dah bersusah payah demi suami. Buruk padahnya nanti.
Sumber: Kosmo
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.