Kecewa Enggan Pakai Baju Warna Sedondon Yang Dijahit, Isteri Bakar Baju Raya Suami! Emosi dan tindakan isteri adakalanya diluar batasan. Jangan sesekali bermain dengan emosi mereka, lebih-lebih lagi apabila ia hasil usaha sendiri.
Bakar Baju Raya Yang Dijahit Sendiri
Seorang wanita bertindak membakar baju raya yang dijahit sendiri untuk suaminya kerana kecewa lelaki itu enggan memakai pakaian berwarna sedondon, lapor portal berita Wolipop semalam.
Berdasarkan klip video tular di media sosial Indonesia, wanita tersebut dilihat membakar baju berwarna hijau yang sepatutnya dipakai suaminya.
“Baju ini saya jahit dengan penuh kasih sayang dan berharap agar lebaran kali ini kami dapat memakai pakaian sedondon,” demikian menurut keterangan video tersebut.
Suami Malu Pakai Sedondon
Tambah wanita berkenaan, dia akhirnya kecewa kerana suaminya enggan memakai baju itu.
“Suami tidak mahu memakainya dengan alasan malu untuk pakai warna sedondon bersama isteri.
“Walaupun sudah memaafkan, ia tidak bermaksud kekecewaan yang saya rasai ini terubat,” tambahnya.
Bersengkang Mata Jahit Baju Suami
Katanya lagi, dia sanggup bersengkang mata menjahit baju raya untuk suaminya di tengah-tengah kesibukan menyiapkan tempahan baju daripada pelanggan sebelum Hari Raya Aidilfitri.
“Saya memaksa suami memakai baju ini tetapi dia marah-marah sehinggakan kami bertengkar. Namun, dia telah pun meminta maaf,” ujarnya.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Membuat isteri berasa bahagia itu amat mudah sebenarnya. Namun, kadang kala suami tidak sedar semua itu,” kata seorang netizen.
“Sebab itu amat penting untuk saling memahami dalam rumah tangga kerana masalah kecil seperti ini boleh menjadi masalah besar,” kata pengguna lain.
Mesti Baca:Demi Anak, Tak Sampai Hati Tengok Mereka Beraya Tanpa Baju Raya, Struggle Orang Berbeza
Baca Lagi Di Sini:Sempat Pakaikan Baju Raya, Kenangan Terakhir Sebelum Anak Meninggal
Artikel Menarik:‘Ditakdirkan Kakak Diambil Allah..’ Pakaikan Baju Raya Awal, Sekurangnya Ada Kenangan Bersama
Mingguan Wanita: Akhirnya baju yang menjadi ‘mangsa’. Jangan sesekali dibuat main dengan emosi isteri yang dah bersusah payah demi suami. Buruk padahnya nanti.
Ibu anak 5 hero, Siti Maisarah Saifuddin bertungkus lumus belajar menjahit tahun ini demi menghasilkan sendiri baju baru untuk anak-anak dan suami. Tahun ini biasa saja buat ibu ini. Tiada pun baju baru untuknya. Tapi dia telah menyediakan sendiri baju baru untuk suami dan 5 anak lelaki yang dijahit sendiri dengan kos keseluruhan tak sampai RM100.
Bila anak-anak ramai tentulah ibu akan memikirkan cara mana yang boleh dilakukan untuk berjimat. Mak-mak akan berasa kagum dengan kegigihan ibu ini mahu membahagiakan hati anak-anaknya. Ini adalah hadiah istimewa lagi luar biasa dari ibu untuk keluarganya.
6 Jejak Perlu Disegakkan Serapi Mungkin
Subuh Subuh adik bongsu whatssapp kakak comel dia.
Almaklumlah, kakakmu masih di sini.
Tahun ni paling hectic buat saya..
Paling mencabar emosi dan jiwa.
Paling terasa bila anak sudah memasuki 5 orang.
Bereti 6 orang jejaka perlu disegakkan serapi mungkin.
Betullah bila jadi ibu.
Anak-anak didahulukan.
Tiada satu yang saya beli untuk saya kali ni.
Hanya untuk anak-anak yang excited beraya.
Sebab tahun ni tahun paling semangat berpuasa bagi mereka.
2 bulan lepas, kedai lelong kain.
Harga kain belasan ringgit semeter, jadi rm7 sahaja sebab nak habiskan stok.
BFF kesayangan pula hadiahkan Abaya Sifu warna mustard.
Masha Allah, rezeki!
Mujurlah haritu tergerak gatal tangan beli kain,
Tanpa tak sengaja terjadi tema kuning tahun ni.
Namun, bukan tema yg saya nak cerita.
Tapi hecticnya tahun ini.
Kali Ini Nekad Jahit Sendiri
Tahun lepas berhabis ratusan ringgit untuk pakaian.
Raya kali ni, nekad nak jahit sendiri.
Drive seorang diri, menuntut ilmu last minit dengan sifu BFF kesayangan Nor Ashikin Hashim.
Mujurlah BFF saya comel dan penyabar, dia layan kita sehabis comel.
Saya zero bab kurta ni.
Maka sifu ajarkan saya, siap potong ikut pola.
Then merempitlah kita menjahit dengan basic ilmu.
Dah banyak malam tak cukup tidur, demi raya untuk anak-anak.
Kain 7 meter, bajet sekitar rm60-70.
Dapatlah baju en suami, dan 5 hero kesayangan ummi.
Beli kain buat seluar slack dengan bajet rm24, dapatlah 7 helai seluar anak-anak.
Mungkin raya kali ni hanya biasa bagi umi.
Tapi sekurangnya luar biasa bagi anak-anak.
Dan kali ini umi faham..
Kenapa 20 tahun yang lalu,
Kami 9 beradik sedondon baju raya.
Dan mak yang jahitkan baju kami.
Pagi Ini Airmata Tumpah
Belajar menjadi seorang ibu dari kenangan yang lalu…
Ketahuilah.
Hakikatnya nampak sedondon bukan kerana banyak wang yang dilabur.
Masih ada yang berusaha berjimat.
Kerana umum hanya nampak baju.
Umum tidak tahu, bagaimana pula seorang ibu berusaha melengkapkan..
kasut raya,
kopiah raya,
Perjalanan di hari raya…
Moga lebaran kali ini lebih indah buat semua!
Amin.
Mudah je rupanya nak buat udang kering sendiri dirumah yang pastinya lebih segar,terjamin kebersihannya malah lebih menjimatkan! Tanpa perlu ragu-ragu.Iyalah jika beli dikedai, adakalanya udang keringnya berbau hapak, sudah lama serta diragui cara pemprosesannya.
Berikut merupakan cara membuat udang kering sendiri dirumah yang dikongsikan oleh Suhaila Ishak sebagai panduan mak-mak;
“Ragu-ragu dengan kebersihan udang kering yang dibeli, mari buat sendiri, senang dan sedap dijamin bersih lagi halal”
Bahan-Bahan:
Udang segar (Saya guna udang laut yang kulit keras tu)
Sedikit Garam
Cara Membuat:
1.Rebus udang segar dengan sedikit garam.
2. Rebus sampai kering air.
3. Keringkan udang kering tersebut dengan dua cara;
Cara 1
Jemur dibawah cahaya matahari sampai betul-betul kering.Jika cuaca panas, jemur sehari pun dah boleh kering.
Cara 2
Kalau malas jemur masukkan dalam oven suhu 100-150 darjah. Bakar sampai betul- betul kering dalam 20 minit untuk kekalkan rasa manis udang tu.
4. Bila dah betul-betul kering masukkan dalam plastik, kemudian ramas-ramas je udang kering tersebut untuk asingkan isi dengan kulit udang.
Wanita kudung gigih berniaga, 8 bulan belajar buat donut gebu lembut di YouTube. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Bukan mudah untuk mencari rezeki untuk menjana pendapatan keluarga dalam keterbatasan fizikal diri. Namun berkat kesungguhan dan tidak berputus asa, tiada yang tidak boleh dicapai.
Sungguh, kekuatan dan semangat wanita OKU, yang kudung tangan dan kaki ini dalam mencari rezeki wajar dijadikan inspirasi. Tidak mampu mengikuti kelas memasak berbayar, wanita ini mengambil inisiatif, masa selama 8 bulan untuk ‘berguru’ di YouTube, demi ingin hasilkan donut yang terbaik untuk jualan berniaga.
Demi kelangsungan hidup, seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) gigih mendalami ilmu cara membuat donut di YouTube sebelum menjaja kuihnya itu di kawasan rekreasi Padang Polo, di sini bagi membantu menjana pendapatan keluarga.
8 Bulan Belajar Buat Donut Di YouTube
Zaitun Ibrahim, 35, menghabiskan masa hampir lebih lapan bulan di platform YouTube bagi memastikan adunan kuih donut yang dihasilkan itu gebu dan lembut selain beliau kini sudah mampu meraih kira-kira RM100 sehari, hasil daripada jualan donat.
Menurut Zaitun dek kerana yuran kelas memasak yang agak tinggi, beliau yang diuji dengan kudung kedua-dua belah kaki dan tangan kiri sejak lahir akibat demam panas, telah memanfaatkan platform media sosial itu sebagai ‘guru’ serta panduan untuk beliau membuat kuih donat yang sedap.
“Wang yang ada pun cukup-cukup makan sahaja bagi saya, suami dan anak perempuan berusia 17 tahun untuk meneruskan hidup dan disebabkan itu saya hanya rujuk YouTube untuk belajar masak.
“Bersandarkan rakaman video yang ada (di YouTube) saya memperbaiki resipi sedia ada agar dapat menjaga kualiti kuih jualan saya dan membantu keluarga dengan menjual donut,” katanya ketika di temu ramah di rumahnya di Flat Kinta Heights di sini baru-baru ini.
Suami Sorong Kerusi Roda Ketika Berniaga
Kelibat Zaitun yang menggunakan kerusi roda dengan disorong oleh suaminya Haizul Yit, 45, akan mula kelihatan di Padang Polo berkenaan seawal pukul 5 petang untuk menjaja kuih donat yang jual dengan harga RM5 bagi setiap set 3 biji donat yang mempunyai pelbagai perisa seperti strawberi, coklat dan pisang.
Tidak Mempunyai Pengenalan Diri
Bercerita lanjut, Zaitun yang mengimbau kemiskinan keluarganya berkata sehingga kini dia tidak mempunyai kad pengenalan diri kerana kelahirannya tidak didaftarkan ketika dilahirkan dan ibu bapanya pula merupakan warga Thailand.
“Saya dilahirkan di rumah oleh bidan tanpa ada kelengkapan bersalin yang mencukupi, diuji pula dengan masalah keluarga ketika itu apabila bapa meninggalkan kami anak-beranak,” tambahnya.
“Disebabkan itu, saya tidak layak untuk memohon sebarang bantuan atau insentif OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lebih menyedihkan apabila saya tidak boleh menerima rawatan di hospital kerajaan dan terpaksa bergantung kepada kedai ubat kerana tidak mampu ke klinik swasta,” katanya sebak.
Bersemangat Ubah Nasib Keluarga
Zaitun berkata walaupun diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran hidup, namun ia bukanlah pengakhiran malah keadaan itu membuatkan beliau lebih bersemangat untuk terus mengubah nasib keluarga termasuk mengusahakan pelbagai perniagaan antaranya kraftangan anyaman bakul, gubahan bunga, dan kuih-muih.
Hakikatnya, jauh di sudut hati wanita ini, tersimpan rasa sayu apabila beliau tidak dapat melebarkan sayap perniagaan akibat ketiadaan kad pengenalan diri.
Justeru, Zaitun berharap agar ada pihak berkaitan dalam kerajaan dapat membantunya bagi mendapatkan kad pengenalan diri agar masa depan dia dan keluarganya, lebih terbela.
Mingguan Wanita: Tahniah di atas kegigihan wanita ini dalam mencari rezeki. Kudung kaki dan tangan, bukanlah alasan untuk meminta-minta, sebaliknya terus rajin berusaha mencari rezeki untuk mengubah nasib keluarga. Semoga kisah wanita ini menjadi inspirasi buat kita juga.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Dicerai tebus talak, Dottie bayar balik nilai mas kahwin. Pengacara dan pelakon Dottie atau Nor Syuhaida Ab Razak, 36, bersepakat dengan suaminya untuk menamatkan...