Mempunyai hobi berkebun dan bercucuk tanam, memang mampu membuatkan diri rasa tenang. Apatah lagi melihat tanaman yang menghijau, hidup subur sudah mampu memberi terapi yang tersendiri. Itulah pengalaman dan ‘cinta’ baru yang dirasai oleh Pelakon serba boleh Syafie Naswip, 29 sendiri.
Syafie mendedahkan dia kini sudah menemui cinta baharu yang cukup memenangkan hati sejak sebulan lalu serta membuat dia lebih bersemangat setiap pagi.
‘Jatuh Cinta’ Aktiviti Bercucuk Tanam
Pelakon filem Mukhsin itu berkata dia sudah semakin ‘jatuh cinta’ pada aktiviti bercucuk tanam sayur-sayuran dan gembira apabila sudah mula menuai hasilnya.
Ujarnya, selepas minat pada memasak, sekarang ‘berbudi pada tanah’ adalah cinta baharunya yang menjadi terapi diri sepanjang melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah menggunakan #KebunBujangNilai di Instagram bagi berkongsi segala aktiviti bercucuk tanam yang dilakukan.
“Sejak PKP bermula pada 13 Januari lalu, saya terus berfikir aktiviti yang boleh dimanfaatkan dalam masa banyak terluang ini. Saya tengok di kawasan rumah, ada pula tanah dan terus rasa mula nak berkebun.
Ads
“Saya buat kaedah tanaman dalam pasu kerana boleh tanam banyak sayur, termasuk pokok herba yang saya nak. Alhamdulillah, dalam tempoh sebulan ini dah merasa juga hasilnya seperti cili api, bendi, kucai dan kangkung,” katanya.
Petani Moden
Menurut Syafie, mana tahu dengan aktiviti bercucuk tanam ini akan membawanya bergelar petani moden suatu hari nanti. Ujarnya, yang pasti jiwanya tenang, positif dan sentiasa bersamangat meneruskan kehidupan.
“Untuk kerjaya seni, saya tetap teruskan kerana tawaran pun masih ada dan ia punca rezeki utama. Namun, sekaramg masih PKP dan saya pun tak tahu bila aktiviti penggambaran di luar akan dimulakan.
Ads
“Setakat bercuti seketika ini, alhamdulillah, saya masih mampu menanggung ibu bapa dan menyara keluarga dengan wang simpanan yang ada. Syukur, masih boleh bertahan,” katanya.
Syafie yang pernah memenangi anugerah Pelakon Kanak- Kanak Terbaik pada 2007, berkata hingga kini dia juga tidak terlalu bersikap memilih watak. Katanya, asalkan ia sesuai dan membawa impak dalam lakonan, dia sedia menerima.
Ads
Sepanjang menceburi kerjaya seni terutama lakonan ketika berusia 12 tahun, Syafie hingga kini sudah menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan juga beberapa trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Baca Lagi Di Sini:
MW:Tahniah, buat pelakon Syafie Naswip memanfaatkan masa terluang masa PKP ni dengan aktiviti bercucuk tanam.Memang tak rugi berbudi pada tanah, dapat hasilnya nanti malah boleh jadi terapi dalam diri.
Bila penyanyi Elyana umum dirinya penghidap kanser Limfoma (kanser kalenjar) tahap 4 dalam konsert Gegar Vaganza 4, ramai yang terkejut.
Kisah Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 30 pun banyak sekali dikongsikan di media cetak mahupun online.
Dalam perkongsian, ada juga individu yang mengambil kesempatan. Mengaku itu dan ini sehingga membuatkan Elyana terpaksa menjelaskan keadaan sebenar di instagram miliknya.
“Ramai yang mengeluarkan statement mengatakan bahawa mereka kawan baik saya (bff) dan dah lama tahu tentang kanser saya serta menyimpan rahsia tentang penyakit saya selama ini.
“Sedangkan saya tidak pernah memberitahu mereka apatah lagi bercakap mengenai hal ini kerana tidak terlalu rapat.
“Yang cakap saya belajar satu University pun ada. Saya tak pernah masuk University, sebab dari dulu dah bijak.. hahhaha
“Bukannya apa, kerana mereka bukan orang yang benar-benar tahu tentang saya jadi takut tersalah beri Information. Itu saja.”
Luah Elyana yang turut memuat naik gambarnya bersama sahabat baiknya, Sasqia Dahuri yang pernah melakonkan watak Cikgu Siti dalam drama misteri Wan Peah.
Saya Takut Ramai Yang Tertipu
Ada juga yang mengakui Elyana mengambil produk mereka yang dijual. Hal inilah membuatkan dia perlu tampil memberi kenyataan yang benar agar tak ada yang tertipu.
“Yang cakap saya makan product yang mereka jual pun banyak.
“Jangan lah ambil kesempatan dan berbohong. Tak baik. Saya takut ramai yang tertipu saja.”
Sahabat Yang Pernah Menangis Bersama
“Dia yang di dalam gambar ini adalah benar-benar sahabat saya yang mengetahui tentang saya dari mulut saya sendiri.”
Sahabat lain yang pernah menangis bersamanya adalah Anita Baharom, Zuhairy, Sherry Ibrahim dan Datin Anne Ngasri.
“But saya ok je tetapi saya terpaksa clearkan perkara ni kerana ramai yang bertanya pada saya dan Keliru.”
“Terima Kasih yang mendoakan saya. Semoga Allah membalas kebaikan anda semua.”
Elyana juga terpaksa menutup bahagian komen kerana takut nama-nama yang tak bersalah ditag.
Semoga dengan penjelasan yang dikongsikan Elyana ini akan lebih menjernihkan suasana dan dapat mengelakkan ramai pihak terkeliru.
Pemilik maafkan ibu anak tiga ambil kad debitnya, halalkan semua yang dibelanjakan. Tidak semua memiliki hati yang besar untuk memaafkan orang yang sengaja mengambil hak orang lain. Dan bertuahlah jika bertemu orang yang ada sifat pemaaf ini.
Tindakan seorang lelaki, Arzaim Barimin yang memaafkan dan menghalalkan perbuatan seorang ibu anak tiga yang telah membelanjakan kad debitnya selepas dirinya tertinggal di kaunter Woodfires di Stadium Sultan Ibrahim semalam berakhir dengan tindakannya memaafkan dan menghalalkan segala dibelanjakan oleh wanita ini.
Dalam satu post semalam selepas menyedari kad debitnya telah dibelanjakan di Woodfires, Arzaim telah menulis meminta tolong agar sesiapa yang mengenali individu ini agar menghubunginya.
Tulisnya :-
Minta tolong carikan pasangan suami isteri dalam video (dalam ruangan komen) & gambar. Perempuan pakai tudung biru & lelaki pakai baju merah. Anak 3 orang.
Semalam saya makan di Woodfires di Stadium Sultan Ibrahim ketika perlawanan Persahabatan JDT dan Persis Solo. Saya baju putih. Debit card tertinggal atas menu.
Pencuri (Pakai tudung biru) selamba TAP pakai card debit saya untuk beli burger.
Kalau sesiapa kenal minta hubungi saya ya. Sebab kad tu dia ada pakai dekat tempat lain juga sebelum saya sempat blok.
Dan selepas rakaman CCTV itu mula viral dirinya memaklumkan hal ini telah diselesaikan bila mana wanita anak tiga datang menemuinya dalam satu pertemuan di Puteri Harbour jam 9 malam semalam.
Tulisnya :-
Salam. Selamat petang semua
Saya owner card debit tersebut. Kes dah selesai ya. Saya akui silap saya cuai selepas selesai bayar ambil gambar menu cadang nak beli untuk sarapan dgn wife esok nya.
Boleh pulak kad tu sama kaler dengan menu. Saya terima notifications dari Bank Islam untuk kesemua transaksi. Hanya transaksi ketiga saya trigger sbb amount besar.
Pesalah ada call saya petang tadi selepas video tersebar. Kami dah jumpa saya di Puteri Harbour tadi pukul 9 Malam. Dia mengaku salah ada “terguna” kad saya 4 kali. 2 kali beli burger Woodfire & 2 kali di KK Mart Gelang Patah. Sudah pukul 11 malam tak banyak kedai yang buka masa tu. Katanya duit yang di gunakan adalah untuk beli barang kegunaan harian keluarga. Selepas dgr penjelasan dia, jadi saya halalkanlah semua yg di belanjakan. Burger dia akan bayar semula di Woodfire sebab saya dah terima refund dari Woodfire.
Terima kasih Woodfire & JDTFC bantu dari awal kes sampai selesai. Kes sudah selesai ya semua. Saya undur diri dulu. Minta jadikan pengajaran untuk semua. -ARZAIM BARIMIN-
Mampu ke jimatkan duit dapur dengan tawaran hebat di merata tempat? Inilah godaan paling risau bagi kaum mak-mak, jualan murah akhir tahun! Malah mungkin ada yang masih panas hati dengan masalah turun naik harga minyak.
Nak tak nak, anda tetap kena teruskan hidup tetapi dengan cara jimat tersendiri.
Ya, membesarkan keluarga secara bajet perkara yang sukar. Mungkin ada yang tahap nak beranak ramai pun takut! Sebenarnya ini memerlukan daya kreatif dan strategi bagi memastikan kewangan teratur. Berikut adalah cara yang boleh dilakukan oleh suri rumah bagi menjimatkan wang.
1. Satu lauk dan bawa bekal
Masak satu lauk dan satu sayur. Tak perlu bazirkan lauk dengan sediakan menu banyak. Pastikan sediakan bekal untuk anak-anak dan suami juga.
2. Jangan terpedaya jualan murah
Memang lebih jimat kalau beli barang ketika jualan murah tapi anda kena fikir balik adakah barang yang dikatakan murah itu akan digunakan dalam masa terdekat atau sebaliknya. Kemudian kena semak tarikh luputnya. Risau juga, beli beria dan akhirnya masuk tong sampah.
3. Senarai barang yang penting
Tulis dan senaraikan barang yang mana perlu sebelum keluar membeli. Pastikan betul-betul keperluan dan bukan kehendak. Jangan sampai kedai, anda main tarik barang lain pula!
4. Bajet stok untuk sebulan
Kalau beli barang kedai runcit, harganya lain. Ada peluang, sila pergi beli barang dapur ketika jualan murah. Semak barang dapur yang habis dan beli untuk tempoh sebulan. Contoh beli 3 PERCUMA 1. Itu kan dah jimat!
5. Elak beli barang ikut jenama
Ini memang ramai yang gagal sebab kebanyakan ramai yang suka beli barang ikut brand. Konon nak kualiti tapi sebenarnya anda kena bijak memilih barang. Kadang ada barang kualitinya OK cuma mahal sebab jenama. Cuba ubah gaya hidup anda…
6. Limitkan beli barang basah
Nak beli barang basah kena pastikan anda betul-betul memasak. Sebab kalau beli dan sekadar simpan dalam peti, akhirnya rosak dan masuk kategori membazir. Jadi, pastikan anda betul-betul ada mood nak memasak, baru beli.
7. Periksa semula troli barang yang dibeli
Sebelum anda membayar barang yang dibeli, periksa semua barang yang ada. Letak semula barang itu jika tidak perlu.
8. Tabung kecemasan bulanan
Setiap bulan anda kena paksa diri bayar ‘tol’ sebagai simpanan untuk digunakan waktu-waktu kecemasan. Keluarkan sejumlah wang untuk dimasukkan dalam tabung, dan lebih elok tempat yang tak boleh dibuka langsung.
9. Pergi beli barang tanpa bawa anak
Jangan bawa anak tiap kali keluar beli barang dapur. Ini boleh elak dari beli barang yang tak penting. Ajar anak jimat dari awal, dan elakkan bawa anak ke kedai mainan. Lebih bagus positifkan anak dengan didik anak-anak menabung untuk dia ada simpanan sendiri.
10. Asingkan duit dapur dari awal
Cara ini cukup membantu kalau anda bawa duit secukupnya dari awal. Contoh anda tarik RM200 untuk beli barang dapur, kalau tak bawa duit lebih, confirm anda hanya ikut senarai yang ditulis.
Jangan mengeluh sebab anda mampu bertindak lebih bijak untuk teruskan kehidupan. Apa yang penting anda ‘bulatkan hati’ dalam perbelanjaan harian demi masa depan yang lebih baik bersama keluarga.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.