Siapa sangka, ‘kebun sayur’ boleh tumbuh subur di atas bumbung dan bonet ratusan teksi terbiar. Sesungguhnya, pandemik COVID-19 memang memberi kesan pada banyak pihak. Golongan pemandu teksi dan bas terutamanya. Lebih-lebih lagi apabila, ramai yang memilih untuk duduk di rumah. Ini menjadikan pendapatan mereka merosot dan banyak teksi serta bas yang akhirnya terbiar.
Kewujudan kebun sayur yang unik kini menjadi perhatian di sebuah tapak letak kenderaan di Bangkok, Thailand. Daun bawang, selasih, terung dan cili yang subur kelihatan tumbuh di batas tanah yang diperbuat daripada buluh.
Batang padi diselerakkan di atas tanah itu untuk memastikan ia terus lembap di bawah terik matahari.Nampak seperti perkara biasa, kecuali semua sayuran itu tumbuh di atas bumbung dan bonet ratusan teksi.
Sekurang-kurangnya 200 teksi diletakkan di sebuah tapak letak kereta di kawasan Koperasi Teksi Ratchapruek di Bang Waek Road sejak setahun lalu. Semua kenderaan itu ditinggalkan oleh pemandunya yang tidak lagi mampu mengendalikannya akibat pandemik Covid19.
“Semua pekerja saya tertekan. Kami semua tertekan di pejabat. Maka, kami membuat keputusan untuk menanam apa saja jenis sayuran yang boleh dimakan bersama sambal cili,” ujar Thapakorn Asawalertkul, 54, kepada agensi berita Channel NewsAsia.
Thapakorn merupakan penasihat kepada Koperasi Teksi Ratchapruek dan Baworn, yang memiliki kira-kira 8,000 teksi.
Namun, sejak pandemik melanda Thailand tahun lalu, pemandu teksi menderita dari aspek kewangan. Pendapatan mereka merosot teruk akibat ketiadaan penumpang sementara hutang pula bertambah.
Apabila tidak mampu membayar sewa guna, ramai yang meninggalkan kenderaan masing-masing kepada koperasi itu dan pulang ke kampung halaman.
“Mereka meninggalkan beban juga kepada kami kerana wang pendahuluan yang dibayar sebelum ini tidak banyak,” ujar Thapakorn yang kelihatan letih dan kurang bermaya kerana tidak cukup tidur memikirkan masalah itu.
Dia memberitahu, dua koperasi teksi kini menanggung beban berjumlah 3 bilion Baht (RM376 juta) daripada lebih 2,900 kontrak yang tidak dipenuhi.
“Hal ini sangat kritikal dan bunganya sangat mahal. Saya tidak melihat jalan keluar,”
keluhnya.Beberapa pekerja syarikat itu kini menguruskan kebun sayur berkenaan, dengan menyiram tanaman, menggembur tanah dan menuai hasil.
“Terlalu banyak kenderaan di sini dan kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Maka, kami menanam sayur untuk dijual dan dimakan. Apa yang tersisa akan dikongsi bersama ahli dan pemandu kami,” kata Kanlaya Kongnimit, yang telah berkhidmat dengan koperasi itu selama 15 tahun.
Baca Lagi Di Sini :
“Ambil, Tak Perlu Bayar”, Jejaka Ini Tanam Sayur, Kongsi Rezeki Sedekah Pada Jiran
CARA PILIH Sayur Betul-Betul SEGAR, Barulah Bila Simpan Tahan Lama!
Penduduk Kampung Kongsi REZEKI Beri Sayur, Buah PERCUMA Sepanjang Tempoh PKP
Mingguan Wanita : Tak sangka ‘kebun sayur’ boleh hidup subur atas bumbung dan bonet teksi.Semoga pandemik covid-19 ini segera berakhir, dan mengembalikan kehidupan kita seperti biasa.
Sumber: Sinar Harian
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita