Bangun sahur sememangnya mempunyai banyak keberkatannya. Bangunlah bersahur bagi orang yang berpuasa walaupun meminum seteguk air mahupun memakan sebiji kurma.Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini, antara kelebihannya ia dapat menjemput doa daripada para malaikat.
Baca perkongsian daripada Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi, Pensyarah Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia ini mengenai keberkatan sahur.
Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi, Pensyarah Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.
1. Rasulullah sangat menggalakkan kita umat Islam agar bersahur. Dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah menyebutkan:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
“Bersahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” (HR al-Bukhari)
Mesti Baca: Satu Jam Selepas SAHUR, Ini Perlu Kita Buat Untuk Dapat Keberkatan RAMADAN
2. Timbul persoalan di sini, mengapa Rasulullah menyifakan sebagai sahur itu memiliki keberkatan? Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Ibn Daqiqi al-Aid menjelaskan bahawa keberkatan sahur itu boleh dibahagikan kepada dua aspek.
Dari aspek duniawinya sahur memberikan tenaga persiapan untuk orang yang berpuasa. Kata beliau:
قُوَّةِ الْبَدَنِ عَلَى الصَّوْمِ وَتَيْسِيرِهِ مِنْ غَيْرِ إِضْرَارٍ بِالصَّائِمِ
“(Sahur) memberikan kekuatan badan buat yang berpuasa dan mempermudahkan urusan tubuh tanpa menggugat orang yang berpuasa.
3. Dari sudut akidah pula, sahur pada hakikatnya memberikan jatidiri yang jelas buat Muslim. Ini kerana sahur membezakan antara puasa kita dengan puasa agama lain. Perkara ini dijelaskan sendiri oleh Rasulullah dalam sabdanya:
إنَّ فصلَ ما بين صيامِنا وصيامِ أهلِ الكتابِ ، أكلةُ السَّحورِ
“Perbezaan puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah dengan kita makan ketika sahur.” (HR al-Nasa’i)
4. Sahur juga menjemput doa para malaikat. Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah menjelaskan:
فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ
“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya mendoakan buat mereka yang bangun sahur.” (HR Ahmad)
5. Bayangkan andai kita menyedari bahawa perbuatan sunnah ini bukan sahaja mempersiapkan tubuh kita untuk melakukan ibadah, malah orang yang bersahur akan didoakan oleh Allah dan para malaikat! Maka apakah keberkatan yang lebih dicari berbanding reda Allah sendiri?
Semoga Allah membimbing kita.
Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Artikel Menarik:4 Set Menu Sahur Diet Sihat Boleh Kempiskan Badan Raya Nanti
Baca Di Sini: Doa Anak Kecil Tiada Hijab Dengan Allah, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Sahur Yang Akan Diingat Sampai Bila-Bila
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya banyak kelebihan apabila kita bersahur ada keberkatan yang diberikan oleh Allah sepanjang waktu tempoh kita berpuasa.
Begini tip Alif Satar latih anak berpuasa rupanya.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Patut ke niat wanita bekerja sebab bimbang boleh bebankan suami? Ikuti penjelasan ini.