Kebaikan Allahyarham Adibah Wajar Dicontohi, Bersifat Pemurah, Tak Lokek Memberi & Bersedekah

Share

Kebaikan Allahyarham Adibah wajar dicontohi, bersifat pemurah, tak lokek memberi dan bersedekah. Pemergian Adibah Noor mengejutkan ramai di antara kita. Penyanyi, pelakon, pengacara, pengisi suara dan bakat iklan itu sudah terlalu sebati dengan masyarakat kita.

Malah pemergian Allahyarham juga bagaikan hilangnya sebutir mutiara seni yang pasti dirindui. Malah ramai yang berkongsi tentang kebaikan arwah Adibah yang pastinya akan terus mengalir dan menginspirasi kita semua.

Kebaikan Allahyarham Adibah Wajar Dicontohi

Berkongsi sisi Allahyarham, rupanya ramai yang berkongsi kebaikan. Malah menerusi perkongsian di Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah juga telah merumuskan tujuh kebaikan arwah yang boleh dicontohi.

7 ALLAHYARHAMAH ADIBAH NOOR YANG WAJAR KITA SEMUA CONTOHI:

  1. Bersifat pemurah. Ramai rakan artis yang mengenali beliau, sentiasa sifatkan beliau ini selalu belanja makan, tak lokek dengan memberi dan bersedekah.
  2. Tiada jurang dengan peminatnya. Beliau ramah dan sering membalas komen atau tweet peminatnya dengan penuh kebaikan dan positiviti.
  3. Sangat menjaga bahasa dan tutur kata. Beliau mahal dengan kata-kata aras tinggi dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu dan English yang ada sleng memukau.
  4. Berdiri atas bakat sendiri. Hidup beliau setiap adalah belajar dan memperbaiki bakat. Mengasah lebih baik dan sentiasa berniat untuk berikan yang terbaik pada audience.
  5. Menggunakan platform media sosial ke arah kebajikan. Beliau selalu retweet dengan cara membantu orang awam dan juga haiwan peliharaan.

allahyarham adibah buat dengan sukarela dan ikhlas.

  1. Beliau sentiasa membuat orang lain ketawa dan tersenyum. Semua orang yang meluangkan masa dengannya sentiasa dapat aura positif dan sangat menenangkan bila bersama dengannya.
  2. Kata-kata beliau sarat dengan inspirasi dan pengajaran. Beliau sentiasa memberi kata-kata semangat dan motivasi buat orang di sekelilingnya.

“Hilangnya sebuah butir mutiara seni yang pasti dirindui buat tanahair kita di Malaysia. Semoga kebaikannya terus mengalir dan menginspirasi kita semua ya.

“Semoga kebaikan mengalir berterusan untuknya,” begitulah luahan Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Baca Disini : Abang Luah Adibah Peramah & Mesra Dengan Anak-Anak Saudara “Pesannya Selalu Belajar Baik-Baik”

Sabarnya Allahyarham Adibah Merahsiakan Sakit, Beri Tamparan Pada Ustaz Kazim Elias

“Arwah Terlalu Istimewa”

Menerusi komen ramai yang menitipkan doa agar roh Allahyarham Adibah Noor ditempatkan di kalangan orang beriman. Malah arwah juga merupakan seorang yang terlalu istimewa.

Mingguan Wanita : Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat. 

Sumber Sumber Foto : Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.

Published by
Norhayati Suboh