Terus doakan Ainul Mardhiah. Si comel kesayangan rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 4 tahun ketika ini dikhabarkan ibunya masih lagi ditidurkan. Memandangkan Ainul masih lagi bergantung dengan alat bantuan pernafasan.
Bagi mengelakkan Ainul penat, anaknya itu belum boleh disedarkan lagi. Bagaimana pun, keadaan Ainul sudahpun stabil.
Ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi yang berkongsi di instagramnya, memohon agar orang ramai terus mendoakan anaknya itu.
Ainul Tak Boleh Sedar Lagi..
“Pagi ini, Ainul dah start minum susu. Dua hari dah Ainul puasa tak dapat minum susu.
Mama yakin Ainul semakin baik. Ainul belum sedar lagi. Ubat tidur masih run sebab Ainul tengah on ventilator.
Ainul tak boleh sedar lagi sebab tak nak bagi Ainul penat bila tengah on ventilator.”
Sebelumnya, Ainul dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans selepas mengalami muntah dan cirit birit dalam masa sehari.
Ketika ini, Ainul sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) di sebuah hospital.
“Jangan risau semua, Ainul tengah stabil, terus doakan untuk Ainul ye.” pintanya agar terus mendoakan anaknya yang dikhabarkan kritikal semalam.
Selepas dilakukan pemeriksaan darah dan x-ray serta mendapat rawatan di hospital keadaan Ainul bertambah baik.
Orang ramai mula mendoakan dan memberi kata-kata semangat kepada anak ini sebaik dimaklumkan ibunya keadaan Ainul yang sakit.
Begitu juga dengan ibunya, mendoakan anaknya kembali sembuh agar dapat bermain bersama adik lelakinya, Umar Abdurrahman.
Ads
“Ainul kena kuat okay! Nanti nak main sama-sama dengan adik. Nak dengar radio omar hana favourite Ainul ni.
Harap-harap hari ni ada berita gembira dari Doktor dan team yang merawat Ainul.”
Doktor Amalina Doakan Ainul Mardhiah
Keadaan Ainul yang kini dirawat di hospital turut diketahui Dr Amalina Bakri, pakar bedah kelahiran Malaysia yang kini bertugas di London.
Sebelumnya, Dr Amalina pernah membantu AInul Mrdhiha menjalani pembedahan di London United Kingdom.
Ketika di tahun 2019 itu, Ainul merupakan bayi yang mengalami kanser mulut. Dan usaha yang Dr Amalina lakukan menyumbang kejayaan membuang tumor seberat 200 gram.
Ads
Sehingga selepas pembedahan, hubungan baik antara Dr Amalina dan pesakit kecilnya ini serta keluarga Ainul tetap terjalin dengan baik. Malah, beliau datang ke rumah Ainul ketika pulang ke tanah air.
Doa beliau untuk Ainul, “Baru sahaja mendapat khabar berita daripada ibu Ainul. Ya Allah, marilah kita sama-sama doakan untuk adik Ainul. Semoga cepat sembuh.
“Ainul sayang, you have done it many times before, you can do it again! Keep fighting sayang! InsyaAllah”
Kuasa Allah, Dah Elok Dengan Sendirinya
Sekitar dua minggu lalu, ibu Ainul turut berkongsi yang bentuk pipi Ainul sudah kelihatan sama di sebalah kiri dan kanannya. Itulah tanda kekuasaanNya.
“Alhamdulillah, Nampak tak muka Ainul dah sama pipi dia sebelah kanan dan sebelah kiri dia. Dulu waktu lepas operation nampak bengkak pipi sebelah kanan Ainul. So doktor letak dalam report untuk betulkan urat-urat tisu dekat pipi Ainul biar sama. Tapi kuasa Allah, dah elok dengan sendirinya.”
Mingguan Wanita : Sentiasa doakan Ainul Mardhiah kembali sembuh dan sihat semula, ceria seperti selalu.
Neelofa ingin Bilal fasih 3 bahasa, mahu berkomunikasi dalam Bahasa Arab dengan anak. Kehidupan selebriti yang juga usahawan terkenal Noor Neelofa sentiasa menjadi perhatian masyarakat.
Sejak mendirikan rumah tangga dan kemudian dikurniakan cahaya mata, Neelofa dan keluarga sentiasa mencuri perhatian masyarakat.
Anak lelaki kepada Neelofa iaitu Muhammad Bilal juga sentiasa menjadi perhatian ramai disebabkan kulitnya yang putih dan gebu. Sebagai seorang ibu Neelofa juga sering berkongsi perihal Bilal dan terbaru dia mahu Bilal fasih tiga bahasa.
Neelofa Ingin Bilal Fasih 3 Bahasa
Tiga bahasa yang menjadi pilihannya adalah bahasa Melayu, Inggeris dan juga bahasa Arab. Isteri kepada PU Riz ini juga kini sedang gigih mempelajari dan mendalami bahasa Arab.
Seperti mana dipetik menerusi Gempak, Neelofa ingin Bilal mempunyai kemahiran bertutur dalam bahasa Arab dan dirinya jugak turut akan berusaha mempelajari bahasa tersebut untuk kemudahan berkomunikasi bersama anaknya.
“Saya nak Bilal boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab dan saya nak diri saya juga boleh bercakap bahasa itu.
“Kalau saya tak tahu bahasa Arab macam mana saya nak berkomunikasi dengan Bilal.
“Jadi, saya dah dedahkan Bilal dengan tiga bahasa (Melayu, Inggeris, Arab) sebab saya memang nak dia mahir bahasa-bahasa ini,” ujar Neelofa.
Pendidikan Aliran Agama & Bahasa Arab Untuk Bilal
Hasrat murni Neelofa juga agar anaknya Bila mengambil pendidikan yang mempunyai aliran agama dan bahasa Arab untuk anaknya itu bila sudah tiba waktunya.
Malah dirinya juga menyatakan bahawa kemahiran asas berkomunikasi dalam bahasa Arab akan memudahkan urusannya yang di dalam perancangan untuk menetap di luar negara.
Hati-hati dengan setiap kata-kata yang diluahkan mahupun komen yang ditulis pada orang lain.Apatah lagi bila ia melibatkan penghinaan pada bentuk fizikalnya.
Ibarat buku bertemu ruas, Pesuruhjaya Sumpah Suharnizan Md Sidek hari ini memfailkan saman lebih RM2 juta terhadap seorang personaliti media sosial (influencer) yang didakwa menghina bentuk fizikalnya atau body shaming.
Peguamnya, Mohd Rasheed Hassan berkata, saman sudah difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru dan kemudiannya akan diserahkan kepada pihak Eira Aziera atau nama penuhnya adalah Noorazira Pissal, 37.
“Saman sudah didaftar di mahkamah dan petang ini saya sudah terima emel daripada Tetuan Yahaya Ahmad & Co dari Sungai Petani, Kedah, yang mengatakan bertindak bagi pihak Eira Aziera.
“Jadi saman dan pernyataan tuntutan akan diserahkan menerusi emel dan kurier kepada peguam Eira (personaliti) dan dalam tempoh 14 hari, kehadiran perlu difailkan.
“14 hari selepas itu, pembelaan perlu difailkan. Tarikh sebutan pertama di Mahkamah Tinggi Johor Bahru adalah pada 11 November depan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd Rasheed berkata, sebutan pada 11 November ini akan dibuat secara dalam talian dengan pendaftar sahaja.
Mengeluarkan Kata-Kata Kesat
Pada 18 Ogos lalu kira-kira jam 10 pagi, Suharnizan menulis komen ‘live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?’ menerusi video secara ‘live’ sebelum dikongsikan rakannya dalam Facebook Eira Aziera.
Eira Aziera
Eira Aziera membuat satu rakaman video dan mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat kepada Suharnizan dan menyamakan bentuk tubuh individu tersebut dengan haiwan termasuk memaparkan gambar dia dan anaknya sebelum video berkenaan tular.
Bagaimanapun tindakan personaliti tersebut mendapat kecaman netizen sebelum Eira Aziera tampil sekali lagi dalam sebuah video memohon maaf atas perbuatannya, mendakwa gagal mengawal emosinya dan menjaga tutur kata sehingga menyebabkan ramai pihak rasa tersinggung.
Suharnizan ditemani Mohd Rasheed kemudian mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini pada 15 September lalu berhubung kes tersebut.
Mohd Rasheed memaklumkan walaupun terdapat permohonan maaf yang dibuat secara langsung menerusi Facebook ‘influencer’ itu, isu ‘body shaming’ boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
MW: Hati-hati dengan setiap bait tutur kata mahupun komen yang diluahkan. Jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran.
Suami Ina Naim, Suhaimi Saad sebelum ini pernah dilaporkan mengalami masalah kesihatan mata yang kronik sehingga membataskan penglihatan dan pergerakannya.
Namun disebalik itu Suhaimi beruntung kerana isterinya Ina Naim sentiasa setia di sisi. Terbaru Suhaimi difahamkan kini ditidurkan dan bergantung bantuan pernafasan di ICU di sebuah hospital di Johor.
Sebelum ditidurkan Suhaimi sempat memohon maaf pada 5 November lalu menerusi akaun TikTok miliknya.
“SS (Suhaimi Saad) minta maaf zahir dan batin dari korang (anda) semua. Terima kasih atas perkenalan dan segala kebaikan korang,” tulis Suhaimi.
Suami Ina Naim, Suhaimi Ditidurkan
Bekas anggota nasyid kumpulan In-Team itu dilaporkan sudah ditidurkan dan bergantung alat bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor kerana mengalami kegagalan organ dalaman.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini Suhaimi mengalami masalah batuk kronik sejak empat bulan lalu dan cirit-birit sejak tiga bulan lalu serta berat badannya turun mendadak.
Dek kerana keadaanya yang amat membimbangkan bapa Ina telah membawa Suhaimi ke Johor untuk mendapatkan rawatan.
Doakan Suhaimi Kembali Pulih
Sebelum ini seperti mana dikongsi menerusi akaun Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Ayu Wahyu Abudin memohon orang ramai mendoakan sepupunya itu kembali pulih.
“Mohon sahabat-sahabat di Facebook doakan kesihatan sepupu saya, Suhaimi Bin Saad yang ditidurkan di ICU Hospital Johor.
“Semoga antara doa kalian ada yang diangkat doanya… Semoga sepupu kembali sedar dan sihat seperti dulu,” kongsi Ayu.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...