Kata pelakon Izreen Azminda andaian kemunculannya ke Mahkamah Syariah baru-baru ini yang dikaitkan dengan pergolakan rumah tangganya dengan suami, Ude Wahid sebagai keterlaluan.
Tak masuk akal, tambah Izreen lagi.
Baca sini : Sebab inilah, pentingnya suami isteri kena keluar ‘dating’ berdua.
Ini kerana, pemergiannya ke mahkamah bersama suaminya adalah untuk menyelesaikan urusan denda beberapa tahun lalu.
“Landa badai apa? Saya elok saja dengan suami di rumah ni. Saya ke sana sebab dipanggil di mahkamah untuk menyelesaikan urusan denda yang bertahun lamanya. Tak ada kaitan pun dengan hubungan rumah tangga saya.
“Dah kering idea nak buat cerita? Lain kali selidik dan tanya dulu. Jangan main tulis saja.”
Lagi reaksi Izreen terhadap artikel yang diterbitkan sebuah portal hiburan ini, “Dari dulu sampai sekarang, suka buat tajuk yang mengundang fitnah. Cukup-cukuplah
.”“Bukan portal ini saja, tapi macam-macam blog lagi yang sengaja menggunakan tajuk sensasi demi menarik perhatian pembaca. Sekali gus, tajuk sebegitu mengundang fitnah apatah lagi orang ramai memang suka baca tajuk saja.”
Dalam laman instagramnya, Izreen secara sinis mempelawa mereka yang terbabit membeli produk jualannya, iaitu apam Sugar Butter Milk.
“Untuk blogger-blogger mai la beli apam kami. Murah ja. Kot la lepas makan apam kami idea mencanak-canak masuk.” Tulisnya.
“Syukur Alhamdulillah kepada semua. Dalam orang dok mengata terselit rezeki tanpa diduga.” Maklum Izreen lagi, selepas kisahnya diperkatakan ramai rezekinya mencurah luar biasa.
“Order masuk menderu-deru. Kami kena bancuh lain untuk buat apam. Dah 3 kali bancuh ni.”
Sumber/Foto : Harian Metro, Izreen Azminda