Kehidupan sebagai ibu bapa pastinya penuh warna-warni, lebih-lebih lagi apabila melihat anak-anak membesar di depan mata. Baru-baru ini, pasangan selebriti Leuniey Natasha dan Khairul Fahmi Che Mat berkongsi detik istimewa apabila anak perempuan mereka, Kayla Elayna, genap berusia 11 tahun.
Dalam satu hantaran di media sosial, Leuniey menzahirkan rasa syukur dan kasih sayangnya kepada satu-satunya puteri dalam keluarga mereka.
“Happy 11th Birthday satu-satunya babygirl mamy daddy, kakak elaaaa @kaylaelaynakf 🤍 Membesar dengan baik dan sihat selalu, anak baik mamy daddy, we love you so much. Now u dah masuk teen phase kakak, may 🤍 and happiness accompany you throughout this journey of beautiful life 🐰. Inshallah. Ameen.”
Ucapan tersebut mendapat perhatian ramai, terutamanya para peminat yang turut menzahirkan ucapan selamat dan doa buat Kayla. Ramai yang mengikuti perkembangan keluarga kecil ini sejak dari awal perkahwinan Leuniey dan Apex pada tahun 2012, dan melihat Kayla membesar menjadi seorang anak gadis yang ceria dan menjadi kesayangan keluarganya.
Sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, Kayla sememangnya disayangi bukan sahaja oleh ibu bapanya, tetapi juga oleh adik-adiknya, Khaleel Emir dan Ebrahim Fayaaz. Fasa remaja yang bakal dilaluinya pasti menjadi satu perjalanan yang penuh pengalaman dan pembelajaran baharu.
Di ruangan komen, ramai peminat turut berkongsi ucapan dan doa agar Kayla terus membesar dengan sihat, berjaya dalam akademik serta menjadi anak yang solehah. Tidak kurang juga yang memuji keakraban keluarga kecil ini yang sentiasa kelihatan bahagia dan harmoni.
Semoga Kayla Elayna terus membesar dengan penuh kasih sayang dan rahmat Allah. Selamat ulang tahun ke-11, Kayla!
Khairul Fahmi mendirikan rumah tangga dengan Nur Eilunie Natasha Jaafar (Leuniey) pada 28 Disember 2012 di Pasir Pekan, Wakaf Bharu.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE