Azza Elite menyelar tindakan individu yang menghina wanita beli handbag tiruan.

“Ko kaya Alhamdulillah. Kaya bukan tiket you untuk hina orang lain”. Ini reaksi Azza Elite terhadap individu yang memuat naik status menyindir surirumah yang membeli handbag tiruan untuk bergaya time raya.

Menerusi posting di Instagramnya, Azza mengatakan sepanjang dia melakukan kerja amal di Facebook dan Instagram, wanita yang memakai handbag biasa inilah golongan suka menderma.

“You tau kalau I buat charity dalam FB or IG orang yang mana mula sedekah dulu. Let me tell you sister, orang yang pakai bag biasa ini lah yang keluarkan duit. I selalu tengok orang yang betul kaya, they will never hina orang lain,”ujar Azza.

Marketing Sampah Hina Orang

Dalam posting itu juga, Azza menegaskan dia sengaja menconteng nama individu yang memuat naik posting itu kerana tidak mahu pengikutnya pergi ke page tersebut.

“Orang dah tak buat marketing sampah macam ni. Orang pergi page you, orang kecam you. You boleh hidup kena macam tu. I is kenot brain…What a cheap marketing.

IKLAN

“Kaya tu biar budiman. Sister kita hidup makin berisi makin tunduk ke bumi ok. Jangan mendongak ke langit kalau jalan, takut jatuh ke bumi sakit nanti,”tegas Azza.

Baca sini

IKLAN

https://www.mingguanwanita.my/aliff-syukri-buang-ego-kembali-kepada-keluarga-lebih-matang-hargai-isteri/

https://mingguanwanita.my/kita-belum-menang-guys-jangan-sebab-nila-setitik-rosak-susu-sebelanga-faizal-tahir-luah-kekesalan/

IKLAN

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

Orang Pakai Handbag Biasa Suka Menderma

Azza sempat berpesan agar individu tersebut tidak berlagak kerana katanya orang yang pakai hand bag biasa itulah yang selalu bantu peniaga.

Posting itu bukan sahaja menarik perhatian Azza Elite  malah turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata netizen menyelar tindakan individu yang tidak bertanggung jawab tersebut yang dikatakan terdesak menjual produk dengan menggunakan strategi pemasaran ‘murahan’.

Sumber Instagram azzaelite

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI