Kawan Kiriman Iblis, Lesap Lepas Bayar RM10K Janji Kerja Di Kota London, Tergamaknya Tipu!

Share

Sekarang ini, ramai anak muda berhijrah, janji kerja yang mereka dapat itu tawarkan gaji yang lumayan. Tak kisahlah kerja hanya tukang sapu, kutip buah dan sebagainya.

Boleh dikatakan kerja di luar negara agak lumayan gajinya. Contohnya, di Australia, Jepun, United Kingdom, Arab Saudi dan sebagainya dengan menawarkan pendapatan lumayan sehingga mencecah tiga kali ganda berbanding gaji di negara ini.

Tak hairanlah, anak muda sanggup cari ejen pekerjaan yang mampu tawarkan peluang pekerjaan di luar negara. Kerja biasa pun tak apa, janji kerja berikan income yang banyak.

Namun, jangan ingat mendapat kerja di luar negara sangat mudah waima dengan bantuan kawan sekalipun. Ada yang pernah tertipu bukan setakat dengan ejen pekerjaan, mungkin juga dengan kawan sendiri.

Inilah yang dikongsikan oleh Michelle Henry yang berada di Kota London, apabila terserempak dengan dua anak muda yang ditipu kawan untuk dapatkan kerja di situ.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Seramnya ‘Pendarahan Tanpa Henti’ Koyak Rabak Isteri Sang Suami Kerja Kan

‘Separuh Gaji Hantar Kampung..’ Payah Jumpa Pemuda Gini, Rajin Kerja, Ingat Keluarga

Janji Kerja, Sanggup Tipu Kawan Sendiri

Kisah diceritakan oleh Michelle Henry sendiri:

“4 hari terkandas di London dengan tidur tepi mall. Ambil makanan di gereja dengan tak mandi dan telefon tak ada internet, bateri nak mati…

Ya Allah, tergamak kawan sendiri tipu macam ini. Katanya, dia ejen pekerjaan kat London. Pemuda ini dah bayar sebanyak RM10K untuk belikan tiket ke London dari KL-Singapura-London. Lepas itu tiket balik, si kawan ni buatkan yang dummy punya. Sampai saja di airport Singapura nombor kena block, duit poket pun tak ada.


.

Konon-kononnya, nanti bila smpai di London, ada orang akan tunggu di airport dan bagi duit belanja sedikit untuk permulaan kerja dan tempat tinggal. Semua ini atas dasar percayakan kawan sendiri.

Menangis Minta Tolong

Mich masa itu balik kerja dan terjumpa depan tempat kerja. Dua-dua lelaki melayu ini menangis minta tolong. Sebak dada.

Seorang itu terfikir nak murtd sebab orang gereja itu cakap, kalau tukar agama mereka boleh tolong buatkan visa, bagi makan minum dan tempat tinggal. Seorang lagi terfikir nak bunuh diri. Keadaan mereka sejuk, tidut tak berselimut dan makan sisi orang buang.

Mich peluk dan minta merka bersabar, jangan menangis. Semua ini ujian dari Allah, kalau kita niat dan ingat nak berhijrah untuk cari kerja, insya Allah pasti ada jalan.

Saya bawa mereka pergi makan, belikan simcard phone dan sambil jalan balik, singgah kedai belikan barang-barang mandi. Balik rumah minta mereka mandi bersih-bersih sambil buarkan kopi. Mich suruh mereka buang baju yang dipakai dah 4 hari tak tukar. Ada kawan Mich berikan baju yang mana muat.

Mich minta mereka telefon keluarga mereka dan beritahu keadaan mereka di sini. Dapat berbual seketika dengan mak mereka. Makcik itu menangis dan ucap terima kasih. Mich hanya cakap kat mak mereka supaya doakan perjalanan anak makcik di permudahkan dan selamat.

Ada part yang buat hati Mich tersentuh, bila masuk saja dalam rumah, terus budak-budak ni buat sujud syukur. Memang mereka minta pertolongan dari Allah. Harap-harap dapat jumpa orang yang boleh tolong, Allah makbulkan doa-doa orang teraniaya.

Dah siap makan, Mich ajak mereka jalan-jalan sekejap. Balik rumah, Mich bagi ceramah sikit tentang perjalanan hidup..hihihhi


.


.

Mich minta jugak mereka doakan Mich, doa-doa orang bermusafir nie mustajab kan…than mich suruh mereka tidur. Insya Allah, Mich tenfok apa pertolongan yang boleh diikhtiarkan.

Pesanan Mich, jangan percaya pada ejen-ejen yang tawarkan pekerjaan kat London, London paling susah nak bagi visa bekerja.

Mereka ada tanya, kat sini ada tak kerja ladang buah? Kat London tak ada ladang buah dik.

Mingguan Wanita : Hati-hatilah dan panduan buat anak-anak muda. Jangan mudah terpedaya dan percaya pada janji-janji bulan bintang. Niat dah baik untuk cari kerja dan bantu keluarga tapi itulah tersalah pilih kawan.

Sumber: Michelle Henry

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora