Kaum wanita terutama yang masih bujang, jangan sesekali menjadikan suami orang sebagai kaunselor. Mereka bukanlah penasihat terbaik. Silap-silap masalah sendiri pun mereka tak pandai uruskan.

Sebaiknya carilah sahabat yang sama jantina atau ahli keluarga yang boleh dipercayai. Bukannya berkongsi masalah dengan suami yang menjadi hak wanita lain. Mula-mula mungkin sekadar berkongsi masalah, lama-lama mungkin terjatuh cinta.

Kaum Wanita, Nak Mengadu Masalah Bukan Dengan Suami Orang, Jangan Cipta Hubungan Terlarang

Kaum Wanita, Nak Mengadu Masalah Bukan Dengan Suami Orang

Bagi yang sudah berkahwin, apabila kita sudah berumah tangga janganlah sesekali kita cuba untuk suka-suka berkenalan dengan orang lain di alam maya. Bermula dengan suka-suka akhirnya boleh membuka ruang-ruang kecurangan dan sekaligus meruntuhkan sebuah rumahtangga yang sudah lama di bina.

Kepada para suami pula, janganlah cuba-cuba mengurat atau suka-suka mengusik wanita lain. Ini kerana mereka akan jadi tersuka tanpa sengaja atau memang nak cari pasangan hidup dan tidak kisah melukakan hati isteri anda. Malah ada yang sanggup bermadu.

Ads

Begitu juga bagi wanita. Jangan dilayan jika lelaki itu suami orang. Tak perlulah jadikan lelaki itu tempat meluahkan masalah atau apa-apa. Carilah sesama jantina ataupun keluarga terdekat anda.

Suami orang itu bukan kaunselor atau penasihat yang baik. Diri sendiri pun dia tak dapat urus inikan masalah orang lain. Ada juga di awal perkenalan sudah mula umpan dengan duit dan macam-macam semata-mata untuk memikat.

Kaum Wanita, Nak Mengadu Masalah Bukan Dengan Suami Orang, Jangan Cipta Hubungan Terlarang

Ads

Tanpa bantuan isteri yang bekerja dan tidak berkira, anda sememangnya tidak mampu. Kasihan si isteri niat membantu untuk meringankan beban suaminya tidak disyukuri malah bila suaminya  ada duit sikit mulalah dilaburkan untuk orang lain.

Jangan Cipta Hubungan Terlarang

Menyara bulanan orang lain dan mengabaikan isteri serta anak-anaknya. Sangat tidak bertimbang rasa dan kejam. Sesekali bila bersendirian, renunglah isteri dan anak-anak anda. Apa yang belum lagi anda lakukan untuk membuat mereka gembira.

Ads

Jangan di fikirkan untuk menambah isteri lagi kerana anda sebenarnya tidak mampu untuk menyara keluarga yang besar. Tidak malukah selama ini anda nampak senang kerana atas bantuan isteri anda? Mereka tidak berkira kerana memikirkan keluarga.

Malah isteri sanggup habiskan duit dia sendiri untuk kepentingan keluarga, sedangkan si suami habiskan duit untuk berfoya-foya. Jauhilah ber’chatting’ dengan berlainan jantina jika tidak ada urusan penting kerana selain menjadikan kita curang, ia juga merupakan satu zina kecil. Hargailah pasangan anda kerana rezeki anda ada pada mereka.

Sememangnya, bukan tindakan yang bijak menjalinkan hubungan dengan suami orang. Selalunya hubungan yang sekadar suka-suka itulah menjadi serius seterusnya meretakkan hubungan suami, isteri yang sedia ada. Jadi berfikirlah sebelum terlanjur menjalin hubungan cinta dengan suami orang.

Sumber: via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI