Kaum Isteri Hormati & Sanjungilah Mak Mentua Seperti Ibu Sendiri – Sembang Wanita

Share

Pernah tak kaum isteri terguris hati dengan mak mentua anda? Ada yang beri nasihat, “Ala, sabar sajalah. Kena bebel tu kan tanda nya sayang.” Benar! perkahwinan bukan sesuatu yang melibatkan pasangan suami isteri sahaja, tetapi ia juga melibatkan keluarga daripada kedua-dua pihak.

Teristimewa buat pengikut setia laman sosial Mingguan Wanita kami telah membuat hantaran video digital Sembang Wanita yang membincangkan topik-topik panas! Bersama pengacara yang cukup ceria, Norreen Iman, Kak Girl & Dottie.

Mak Mentua Pendamai atau Perosak Rumah Tangga?

Episod pertama Sembang Wanita yang disiarkan semalam menerusi Facebook dan Saluran Youtube MW jam 8.30 malam, semalam telah membincangkan topik yang sangat panas iaitu Mak Mentua Pendamai atau Perosak Rumah Tangga?

Keletah ketiga-tiga pengacara ini menarik minat apatah lagi Norrenn Iman dan Kak Girl juga berkongsi tentang pengalaman mereka sebagai menantu.

“Kena hormati siapapun atau apapun dia (ibu mentua). Kita kena hormati dan sanjung,” itulah antara pembuka bicara oleh Kak Girl yang sememangnya perlu diterapkan oleh setiap mereka yang bergelar isteri.

Malah Norreen juga turut menerangkan dia beruntung kerana dikurniakan ibu mentua yang sangat baik.

“Sepanjang enam tahun berkahwin alhamdulillah saya tidak pernah ada masalah dengan mak mentua. Sebelum kahwin pun memang dah berkenalan dengan mak mentua, beliau merupakan seorang yang memang baik.

“Sebagai isteri saya akui bukan semua isteri beruntung seperti saya yang boleh ‘ngam’ dengan mak mentua,” ujar Norreen.

Permasalahan Berkaitan Mak Mentua

Sebenarnya kaum wanita di luar sana berhadapan dengan pelbagai situasi masalah yang berkaitan dengan mak mentua. Sembang Wanita menerusi episod pertama ini juga telah berkongsi pengundian (polling).

Antara soalan yang mendapat undian terbanyak tentang masalah yang dihadapi oleh mak mentua ialah mereka yang mempunyai mak mentua bermulut laser, yang suka mengawal anak lelaki mereka dan suka mencari salah menantu.

Polling pertama, Adakah anda fobia dengan mak mentua?

“74 peratus menyatakan tidak dan 25 peratus mengundi ya,” kongsi ketiga-tiga pengacara.

Polling kedua, Mak mentua yang buat anda makan hati?

“Setakat ini alhamdulillah mak mentua baru ni sangat baik,” kongsi kak Girl.

“Mak punya hati yang baik dan terima saya macam anak sendiri. Sebagai menantu kita kena ambil hati mak mentua,” luah Norreen.

Baca Disini Juga: 

Hebat Dan Berjayanya Anak Sebab BERKAT DOA Mak Ayah, Hargai Mereka

Menantu Hamil Mengidam, Baiknya Hati Mentua Tak Berkira Masak Lauk Keinginan

Biar Menantu Garang Depan Mata, Daripada Diam-diam Di Belakang Mengata Mertua

Antara punca-punca yang membuatkan isteri makan hati dengan mak mentua?

“Suka cari salah menantu, bermulut laser, pilih kasih antara menantu dan mengawal anak mereka terutama anak lelaki yang sulung dan bongsu,” kupas mereka.

Polling terakhir, Pernah tak bergaduh atau bermasam muka dengan mak mentua?

“Cerita dari kenalan saya ada ibu mentua mereka yang suka menjaja masalah atau keburukan pada menantu yang lain atau saudara mara di mana membuatkan si isteri rasa sangat sakit hati,” ujar Norren.

“Bukan itu saja ada tu yang bila balik kampung bertanya bila nak ada anak,” sahut Kak Girl.

“Mak mentua ni ada yang baik sangat namun ada juga yang sukar dibaca perasaan terutama mereka yang pendiam,” luah Dottie.

Apapun episode pertama yang disiakan ini sangat menarik dan memberi banyak input kepada wanita yang bergelar isteri.

Jadi jangan lupa tonton video kami di Sembang Wanita!

Kongsikan pengalaman anda mengenai topik ini ya. atau ada topik yang lebih panas pun boleh kongsikan kepada kami!

#SembangWanita
#MingguanWanita
#Ideaktiv

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh