Pernah tak kaum isteri terguris hati dengan mak mentua anda? Ada yang beri nasihat, “Ala, sabar sajalah. Kena bebel tu kan tanda nya sayang.” Benar! perkahwinan bukan sesuatu yang melibatkan pasangan suami isteri sahaja, tetapi ia juga melibatkan keluarga daripada kedua-dua pihak.
Teristimewa buat pengikut setia laman sosial Mingguan Wanita kami telah membuat hantaran video digital Sembang Wanita yang membincangkan topik-topik panas! Bersama pengacara yang cukup ceria, Norreen Iman, Kak Girl & Dottie.
Mak Mentua Pendamai atau Perosak Rumah Tangga?
Episod pertama Sembang Wanita yang disiarkan semalam menerusi Facebook dan Saluran Youtube MW jam 8.30 malam, semalam telah membincangkan topik yang sangat panas iaitu Mak Mentua Pendamai atau Perosak Rumah Tangga?
Keletah ketiga-tiga pengacara ini menarik minat apatah lagi Norrenn Iman dan Kak Girl juga berkongsi tentang pengalaman mereka sebagai menantu.
“Kena hormati siapapun atau apapun dia (ibu mentua). Kita kena hormati dan sanjung,” itulah antara pembuka bicara oleh Kak Girl yang sememangnya perlu diterapkan oleh setiap mereka yang bergelar isteri.
Malah Norreen juga turut menerangkan dia beruntung kerana dikurniakan ibu mentua yang sangat baik.
“Sepanjang enam tahun berkahwin alhamdulillah saya tidak pernah ada masalah dengan mak mentua. Sebelum kahwin pun memang dah berkenalan dengan mak mentua, beliau merupakan seorang yang memang baik.
“Sebagai isteri saya akui bukan semua isteri beruntung seperti saya yang boleh ‘ngam’ dengan mak mentua,” ujar Norreen.
Ads
Permasalahan Berkaitan Mak Mentua
Sebenarnya kaum wanita di luar sana berhadapan dengan pelbagai situasi masalah yang berkaitan dengan mak mentua. Sembang Wanita menerusi episod pertama ini juga telah berkongsi pengundian (polling).
Antara soalan yang mendapat undian terbanyak tentang masalah yang dihadapi oleh mak mentua ialah mereka yang mempunyai mak mentua bermulut laser, yang suka mengawal anak lelaki mereka dan suka mencari salah menantu.
Polling pertama, Adakah anda fobia dengan mak mentua?
“74 peratus menyatakan tidak dan 25 peratus mengundi ya,” kongsi ketiga-tiga pengacara.
Polling kedua, Mak mentua yang buat anda makan hati?
Ads
“Setakat ini alhamdulillah mak mentua baru ni sangat baik,” kongsi kak Girl.
“Mak punya hati yang baik dan terima saya macam anak sendiri. Sebagai menantu kita kena ambil hati mak mentua,” luah Norreen.
Antara punca-punca yang membuatkan isteri makan hati dengan mak mentua?
Ads
“Suka cari salah menantu, bermulut laser, pilih kasih antara menantu dan mengawal anak mereka terutama anak lelaki yang sulung dan bongsu,” kupas mereka.
Polling terakhir, Pernah tak bergaduh atau bermasam muka dengan mak mentua?
“Cerita dari kenalan saya ada ibu mentua mereka yang suka menjaja masalah atau keburukan pada menantu yang lain atau saudara mara di mana membuatkan si isteri rasa sangat sakit hati,” ujar Norren.
“Bukan itu saja ada tu yang bila balik kampung bertanya bila nak ada anak,” sahut Kak Girl.
“Mak mentua ni ada yang baik sangat namun ada juga yang sukar dibaca perasaan terutama mereka yang pendiam,” luah Dottie.
Apapun episode pertama yang disiakan ini sangat menarik dan memberi banyak input kepada wanita yang bergelar isteri.
Jadi jangan lupa tonton video kami di Sembang Wanita!
Kongsikan pengalaman anda mengenai topik ini ya. atau ada topik yang lebih panas pun boleh kongsikan kepada kami!
Tanggal 22 Mac lalu, Intan Liana Saleh, 33 ibu kepada 2 orang cahaya mata, Arish Muqri, 4 dan Ariq Muqri, 1 kembali menjalani kehidupan solo. Bukan mudah untuk berhadapan kisah rumah tangga yang mendapat perhatian ramai.
Lagi-lagi insan sebaik Intan yang diakui ramai dengan sifat baik hatinya. Sehari sebelum tarikh sebutan lafaz cerai itu, Intan berkesempatan bekerjasama dengan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, pengasas D’Herbs untuk penggambaran jenama tudung yang menggunakan wajahnya.
Pesan Datuk Seri Aliff Intan kena kuat. “Jangan di kenang masa yang lalu. You a strong girl. Kita kena terus pandang ke hadapan. InsyaAllah saya akan beri peluang bisnes dan job pada beliau.
“Sekarang ini kami tengah shoot sebenarnya untuk tudung menggunakan wajah beliau. Tudung jenama Alif Syukri.” Ujar beliau.
Akui Datuk Seri Aliff Syukri lagi Intan ini ada aura yang tersendiri. “Dia ada penyokong kuat di Malaysia. Dia wanita yang tabah.
“Pemilihan ini amat tepat, di mana saya melihat bila Intan menjadi wajah tudung jenama saya, Alhamdulillah jualannya memang letup. Terima kasih banyak-banyak Intan.”
Beliau juga tak menafikan akan bekerjasama dengan Intan dalam jangka masa yang panjang. Intan sendiri mengucapkan rasa syukur kerana Datuk Seri Aliff Syukri memberinya peluang dan rezeki kepadanya.
“Saya melihat orang bukan bersimpati dengan Intan. Tapi kebanyakannya orang memberi sokongan dan support kepada Intan. Intan juga tak gunakan popularitinya itu untuk menagih simpati.
“Tak ada pun dia meronta-ronta dengan orang, cuma orang yang memprovokasikan benda (kisah rumah tangganya) ini.”
Bak kata Datuk Seri Aliff Syukri sendiri, beliau tidaklah memandai-mandai membuat keputusan untuk Intan. Sebaliknya untuk apa-apa kerjasama melibatkan dirinya dan Intan, dia akan minta persetujuan dulu dengan Intan.
“Kalau dia tak setuju, kita tak buat. Benda ini win-win situation.”
Kata Datin Seri Shahida, “Intan Rasa Bersalah”
Isteri kepada Datuk Aliff, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashidyang kini hamil anak keempat semestinya individu yang pernah bekerja dengan Intan Liana Saleh. Kedua wajah inilah yang menjadi model tudung yang laris macam goreng pisang panas.
Ketika dihubungi Mingguan Wanita, beliau memberikan pandangan tersendiri tentang Intan.
“Intan ini seorang wanita yang terlalu baik. Even kalau saya bersembang dengan dia pun, tak pernah sekalipun dia memburukkan suami (kini bekas suami) dia.
“Cuma dia cakap, dia rasa bersalah, sebab Ude kena kecam. Itulah yang dia terasa macam itu. Dia rasa bersalah.
“Intan ini memang terlalu baik, terlalu naik malah lurus. Dan itulah orang mudah ambil kesempatan dekat dia.”
Masuk raya kedua hari ni, jika rendang dan kuah kacang dah habis, namun masih ada lebihan ketupat atau nasi Impit, mak-mak jangan pula buang.Sayang, membazir pula nanti.Sebaliknya, ketupat dan nasi impit tersebut boleh diolah menjadi hidangan masakan yang sedap, dengan cara menggorengnya.Caranya macam kita nak buat ‘mee goreng’ tapi sebaliknya gantikan dengan Ketupat dan nasi impit ini.Bolehlah hidangkan waktu tetamu datang beraya nanti.
1 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
10 biji cili kering(rendam sekejap dengan air panas)
3 biji cili padi
1 sudu besar udang kering(rendam sekejap dengan air panas)
Sedikit minyak untuk menumis dan gula dan sedikit garam.
Udang segar(buang kulit tapi biarkan ekornya)
Rencah:
Isi ayam/daging(potong kecil)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1/2 kiub pati ayam
2 biji telur
Sawi
Kobis
Lobak Merah (potong memanjang)
Taugeh
Daun Kucai
Cara Membuat:
1.Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
2.Masukkan sos tiram kicap dan kicap manis.
3.Masukkan udang dan isi ayam. Kacau seketika.
4.Masukkan telur dan kacau hancur.
5.Masukkan kiub pati ayam dan tambah sedikit gula dan garam jika kurang rasa(pastikan lebih sikit rasa masinnya sebab kita menggoreng nasi impit.
6.Masukkan nasi impit dan sayur-sayur. Kacau biar sekata rasa semuanya.
Selamat Mencuba!
Info Ekstra:
Jangan potong Nasi impit/ketupat terlalu kecil, nanti takut hancur sewaktu menggoreng.
Jika menggunakan rencah daging, masukkan sedikit air rebusan daging tersebut untuk lebih menyedapkan.
Amat menyelerakan dimakan panas-panas dan ditabur dengan sedikit bawang goreng.
Sedap! Mesti kena cuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baru enam hari berkahwin, suami isteri meninggal ketika bulan madu terlebih minum ubat kuat. Hubungan intim selepas selamat diijabkabul adalah hal yang paling mendebarkan dilalui oleh pasangan suami isteri.
Jika sesetengah lelaki berasa risau adakah mampu memuaskan isteri di malam pertama sementara isteri berasa risau adakah dirinya menawan hati suami ditambah inilah kali pertama ada lelaki tidur di sebelah adalah antara persoalan yang selalu dirisaukan pasangan pengantin baru.
Suami Isteri Baru 6 Hari Berkahwin Meninggal Ketika Bulan Madu
Tapi nampaknya “kerisauan” dan mahu kelihatan hebat ketika bulan madu berakhir dengan kematian mengejutkan pasangan suami isteri yang baru bernikah 29 September lalu selepas terlebih mengambil ubat kuat seks ketika berbulan madu di sebuah hotel.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati pembuluh darah ke jantung pecah menjadi punca kematian pasangan ini. Bahkan ubatan diminum juga ditemui di sisi mereka selain dapati tiada unsur jenayah lain ditemui di bilik hotel pasangan ini.
Dalam kejadian sedih ini, pasangan suami isteri muda ini berusia 30 dan 27 tahun baru bernikah enam hari lalu telah pergi berbulan madu di lereng Gunung Lawu dan menginap di salah satu hotel di Karangpandan, Karanganyar.
Mereka mendaftar sekitar jam 4 dan keesokan harinya perlu keluar sebelah tengahari namun mereka meminta pihak hotel untuk keluar agak lewat sedikit.
Namun sehingga jam 4 petang ke atas, pasangan suami isteri ini masih belum keluar dan pemeriksaan pihak hotel mendapati keduanya dalam keadaan terbaring. Hasil pemeriksaan dapati keduanya sudah meninggal dunia.
Pasangan ini berasal dari Pemalang, Jawa Tengah sebelum berpindah ke Mojosongo, Solo telah selamat dikebumikan di Ngemplak, Boyolali selepas bedah siasat dilakukan.
Dalam pada itu, dimaklumkan pengantin perempuan merupakan anak kedua dari tiga kesemua perempuan. Kejadian sedih menimpa pasangan ini cukup mengejutkan kerana baru berkahwin Khamis lalu sebelum pergi berbulan madu.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!