‘Kau simply cakap aku mandul..’ Pelakon Siti Elizad Sharifuddin membuat laporan polis terhadap seorang pengguna laman sosial yang mendakwa dirinya mandul malah menggelarnya ‘pukimak’.
Komen tersebut ditulis berdasarkan sebuah artikel berkaitan pelakon itu yang disiarkan dalam sebuah portal terkenal.
Hatinya benar-benar luluh dengan kenyataan yang amat menggores hatinya. Malah, ketika berkongsi perasaan terkilannya itu, Elizad menaip dalam keadaan menangis, menggigil bagai mahu tercabut jantung menahan rasa hibanya.
Kongsinya,
Dimulakan dengan salam & Bismillahirrahmannirrahim. Pertamanya, jarang-jarang aku ni melayan komen-komen “bodoh“ macam ni. Tapi bila kau menggunakan perkataan MANDUL, it really hurts me so bad . Kau Allah ke ? Tahu aku ni mandul ke tak? Boleh beranak ke tak?!!
Menggigil, terketar tangan ni. Jantung rasa nak tercabut. Sedih teramat-amat sangat ! Kau suka ke kalau tengok aku ni bercerai berai sebab aku belum ade zuriat?!
Im crying while I text this caption. Kau tahu ke aku ni solat ke tak? Pernah kerjasama dengan aku ke? Bersedekah? Bangun solat malam? Mengaji, pakai telekung, atas sejadah, segala amalan perlu di upload keee ???!!!
Lain org lain cara nya.
I dont need any stupid attention !
I’m happy with my life. Dapat anak ke tak ke, itu kerja Allah .
Cuma, no one can say that “ MANDUL “ word to me ! .
Kau tahu tak? Aku struggle macam nak mati nak dapat kan zuriat sendiri ! Hari-hari dalam solat menangis-nangis , mintak pada Allah jangan biarkan aku keseorangan TANPA ZURIAT ! Menangis kecewa sebab takde peneman umur dah macam ni.
Aku ni bertahun , berjumpa segala doktor pakar , pergi seluruh pelusuk berubat , cucuk sana sini ,
Apa aku rasa ? Family aku rasa ? Orang yang tahu & nampak je aku bersusah payah berulang alik , tahan sakit nak dapatkan ANAK ! Kau simply boleh cakap aku MANDUL & PUKIMAK ?
Jarang aku amik port & tak maaf kan orang. But not this time ! Luluh hati ni , sedih sangat-sangat ! Tuhan je tahu .
I already made a police report di Balai Polis Bukit Jalil .
Thank u so much Puan Farhana & semua anggota polis yang membantu juga Inspector William Balai Polis Sg Besi .
Buat Brother yg backing saya dalam video tanpa saya kenali anda , terima kasih banyak-banyak .
Juga mereka yang sentiasa menyokong & memberi kata-kata semangat buat saya. Hanya Allah sahaja yg mampu membalas segala kata-kata kebaikan anda.
Selebih nya , tunggu esok untuk tindakan selanjutnya
cc : Tuan Lawyer @faiziskandar_
November tahun lalu, Elizad ada berkongsi berita duka apabila dirinya mengalami keguguran selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF). Meskipun keguguran, elizad meluahkan perasaan bersyukur apabila sempat merasai nikmat menjadi ibu walaupun selama beberapa hari.
Baca sini : ‘Susahnya nak dapat awak ni anak..’ Siti Elizad kongsi perjalanan IVF
Mingguan Wanita : Sentiasa mendoakan Elizad dan suami direzekikan cahaya mata. Semoga Elizad terus kuat.
Sumber/Foto : Elizad Sharifuddin
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW