Kesalnya dan sebaknya hati seorang isteri apabila ditengking suaminya di hadapan orang ramai gara-gara barangan keperluan rumah yang diambil melebihi bajet si suami. Bukan saja diaibkan, malah ditinggalkan pula si isteri dan dua orang anak kecil di kaunter itu dengan duit RM150. Alangkah zalim dan dayusnya suami yang pentingkan diri seperti ini. Kasihan si isteri terpaksa menanggung malu.
Kisah yang dikongsikan di page Kisah Rumah Tangga ini, pasti cukup meruntunkan hati kita, wanita yang bergelar isteri. Semoga si suami sedar akan kesilapannya dan sempat bertaubat sebelum terlambat.
Berikut antara perkongsian tersebut;
ASSALAMUALAIKUM admin. Saya tiada masalah rumah tangga. Cuma nak berkongsi satu kejadian di depan mata.
Begini, tengah hari tadi saya pergi belanja barang dapur di shopping mall The Mines, Serdang. Selepas saya memilih barangan dapur, saya pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Ketika sedang menunggu giliran, di depan saya ada satu pasangan suami isteri bersama dengan dua orang anaknya. Seorang masih bayi dan yang seorang lagi anaknya lebih kurang sebaya dengan anak saya.
Ads
Saya terkejut apabila juruwang itu kata mereka kena bayar RM275. Saya dengar dengan jelas. Tahu apa jawapan si suami?
“Kau belanja ape je sampai banyak tu, bodoh!” si suami menengking isterinya di depan orang ramai.
Wajah Isteri Merah Padam Menahan Rasa Malu
Masa insiden itu berlaku, di belakang mereka ada dalam lima orang termasuk saya yang sedang menunggu giliran membuat pembayaran. Saya tengok wajah si isteri merah padam menahan rasa malu.
Selepas itu si suami terus menghulur duit RM150 dan terus pergi tanpa mempedulikan isteri dan dua orang anaknya. Si isteri terus memberitahu juruwang itu yang duitnya tidak cukup untuk membuat pembayaran. Dia letak barang-barang lain dan hanya mengambil beras, pampers, susu dan telur sahaja.
Ads
Saya kasihan melihat dia, lalu saya cakap pada dia, “Akak ambil saja, biar saya yang bayar bakinya.” Pada awalnya dia tidak mahu dan kata, “Takpe dik,”. Saya paksa juga dia menerima sebab di belakang ada ramai yang sedang menunggu giliran untuk membuat pembayaran. Dengan rasa berat hati, dia mengambil barang-barang itu semua.
Hati saya rasa sedih melihat insiden yang berlaku di depan mata. Saya tak sampai hati tengok anak-anak dia. Tanpa sedar air mata saya mengalir pada masa itu. Mungkin di dalam hati dia juga menahan kesakitan dan rasa malu dimaki dan ditengking oleh suaminya di depan orang ramai.
Jangan Malukan Isteri Depan Orang Ramai
Saya nak sampaikan kepada lelaki di luar sana, jangan kau memalukan isteri di depan orang ramai. Jangan kau hina dia. Sebaliknya hargailah isteri kerana nafkah sesungguhnya adalah tanggungjawab suami.
Ads
Itu saja yang saya nak kongsikan. Sampai sekarang saya masih teringat akan insiden itu. Alhamdulillah, suami saya baik dan cukup dalam memberi nafkah kepada saya dan anak-anak.
Terima kasih min.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat para suami, tolong jangan aibkan isteri depan orang ramai. Sila kawal emosi dan perasaan amarah. Segalanya boleh dibawa berbincang dan paling penting perlu ingat adalah pemberian nafkah adalah tanggungjawab suami.
Ras Adiba luah kerinduan tak putus asa cari Zalina. Selepas hampir setahun menghilangkan diri hingga kini masih ramai yang tidak putus asa mencari bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang juga mengendalikan program Money Matters.
Paling merindui Zalina sudah pasti rakan baiknya iaitu Senator Datuk Ras Adiba Radzi, 55.
Pemilik nama sebenar Zalina Shaharah Azman dilaporkan hilang sejak November 2021 apabila anak lelakinya, Mikhael Norman membuat laporan polis berhubung kehilangan ibunya. Mikhael gagal menghubunginya bagi memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital.
Ras Adiba Luah Kerinduan
Menerusi luahan di Instagram, Ras Adiba mengharapkan rakannya itu menghubungi dirinya. Bukan sahaja Ras Adiba rupanya ramai yang berdoa dan memohon agar diberikan petunjuk agar Zalina dijumpai.
“Moga Allah beri petunjuk… sedih sgt²” luah mama_fathimah_abdullah83
“Deep Rindu Kat Zal”
Ras Adiba dalam hantaran dimuat naik menerusi Instagram (IG), semalam, meluahkan kerinduan terhadap teman baiknya itu.
“Hari pertama 2023 (semalam), Zal masih belum kami temui. Banyak yang diperkatakan dan berita palsu berleluasa.
“Tetapi, saya tidak akan berputus asa, jadi sekiranya Zal membaca mesej ini, tahulah yang Deep rindu kat Zal dan harap Zal akan cari Deep.
“Telefon Deep ya Zal. Pulanglah,” tulis Ras Adiba.
Terdahulu sebelum itu Ras juga memuat naik video kompilasi foto rakannya itu dengan keterangan gambar bertulis, “Zal di mana? Pulanglah, kami rindu,” luahnya.
Untuk rekod sebelum ini Ras Adiba pernah menjalankan misi pencarian sekitar Shah Alam dengan ditemani suami, Mohamed Azam Ali, teman rapat, Juita Jalil dan kru TV3 pada Julai lalu.
Pada operasi hari pertama, mereka meronda selama enam jam bermula antara jam 6 petang sehingga 11 malam. Mereka meronda sekitar kediaman Zalina di Jalan Ketiau, Seksyen 3, Bulatan Kayangan dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bagi mencari petunjuk di mana sahabatnya menghilangkan diri.
“Jangan Berhenti Berusaha” Netizen
Menerusi ruangan komen ramai yang mohon agar dipermudahkan urusan pencarian bekas personaliti TV3 itu.
Seperti yang diketahui umum, usahawan selebriti dan bekas isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Karim dan anak mereka, Wan Maryam telah disahkan positif virus Covid-19.
Ibu tunggal ini dan anak kesayangannya telah disahkan positif dan pada tanggal 3 Januari lalu sehingga kini dia masih menjalani rawatan dan kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Mawar Karim, “Terima Kasih Beri Kata Semangat Kepada Double M”
Malah Mawar juga akui dirinya juga perlu kuat dalam melawan virus Covid. Seperti mana pengumuman oleh Perdana Menteri yang melaksanakan PKP 2.0 di beberapa buah negeri, ternyata Pandemik Covid-19 ini memberi kesan dalam kehidupan seharian setiap dari kita pada hari ini.
Malah amalan norma baru juga sangat penting dan kita mesti jaga kita dalam menentang virus bahaya ini!
“Mungkin ini masa sulit yang dihadapi oleh keluarga saya.
“Berharap yang terbaik, kesakitan bukan penghalang tetapi memberi kekuatan kepada kami untuk terus lawan.
“Terima kasih yang tak terhingga kepada kalian semua yang berdoa dan memberi kata semangat kepada Double M.
“Menghadapi masa pandemik ini, saya harus terus meyakinkan diri bahawa saya perlu kuat. Yakin pada diri sendiri agar semangat untuk terus sihat. Apa yg berlaku pasti ada hikmah.
“Kepada semua Frontliner Terima kasih yang tak terhingga sanggup mengambil risiko, bagi memastikan kita semua dalam keadaan selamat,” tulisnya menerusi akaun Instagramnya.
Fizo Mohon Doakan Mawar & Anaknya Pulih Dari Virus
Fizo bersama anak kesayangannya.
Imbas kembali, sebelum ini menerusi entri di laman sesawang Instagram, Fizo Omar menerangkan anak dan bekas isterinya positif virus Covid-19. Dan dia juga turut memohon agar orang ramai mendoakan agar mereka berdua pulih dari virus tersebut.
“Dengan berat hati dan penuh rasa tanggungjawab, saya nak maklumkan bahawa anak saya, Wan Maryam dan bekas isteri saya Mawar telah disahkan positif Covid-19 sejak 1 Januari 2021 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
“Syukur alhamdulillah keadaan mereka stabil. Saya telah pun menjalani swab test pada 2 Januari dan alhamdulillah keputusannya adalah negatif,” kongsi Fizo.
Syukur, apabila dapat melayari kehidupan bersama pasangan dari awal perkahwinan sehinggalah beranak cucu. Itu impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Jodoh pelakon yang juga chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob dan isteri, Datin Azrene Ahmad bahagia bersama sehingga 14 tahun menjadi suami isteri.
Selama 14 tahun berdua empat orang cahaya mata, onak dan duri telah mereka harungi. Terharu sungguh, Fazley bila mana isteri tetap setia di sisi dalam apa juga kesukaran yang terpaksa mereka tempuhi.
Azrene yang mesra dipanggil ‘Adik’ oleh suaminya ini, menerima dirinya seadanya. Dari seorang yang dalam keadaan sehelai sepinggang, tetap isteri mencurahkan kasih sayang yang berpanjangan.
Azrene Jadi Isteri Abang Dalam Keadaan Sehelai Sepinggang.. – Datuk Fazley
14 tahun dah kita Adik Sayang!
Syukur ke hadrat Ilahi, 7 November 14 tahun yang lalu kami telah disatukan. Pelbagai onak duri, duka dan duka (bukan suka duka) dan airmata yang mengalir, namun Allah tetap izinkan kita untuk terus berdiri teguh mempertahan masjid yang satu ini. Bukan mudah untuk mempertahankan perkahwinan yang baru setahun jagung, apatah lagi memperkukuhkan masjid yang terbina 14 tahun lamanya. Moga iman kita semakin kukuh, tiang agama kita semakin utuh, dan anak2 kita yang 4 orang tu membesar dengan tersedianya ilmu dunia dan terpatrinya ilmu akhirat sentiasa.
Terima kasih di atas pengorbanan Adik sayang @azrene_ahmad selama ini. I am who I am today because of you.. Adik menjadi isteri abang dalam keadaan sehelai sepinggang, dan abang sendiri sampai tiada apa lagi yang tinggal akhirnya, namun Allah tetap memberi harta kasih dan sayang berpanjangan. Biarlah kita miskin harta, namun kekal kaya kasih dan sayang. Yang pahit tak semestinya racun, yang manis tak selalunya madu! Salam Ulangtahun kita yang ke-14 dan percintaan yang hampir ke-16 tahun.
Perkongsian Fazley ini dimuatnaik dalam instagramnya dalam bentuk paparan video beserta lagu ‘November Itu’. Yang mana, lagu dan liriknya oleh beliau sendiri.
Abby dedah perkahwinan dengan Norman terbina dek kerana lelaki itu kecewa dengan wanita lain.Konflik keluarga Abby Abadi belum berkesudahan, terbaru pelakon itu mendedahkan perkahwinannya...