
Katy Perry menyanyi dari angkasa, cipta sejarah penyanyi wanita pertama jelajah angkasa lepas. Penyanyi pop terkenal, Katy Perry mencipta sejarah apabila menjadi salah seorang daripada enam wanita yang menyertai misi angkasa lepas suborbital Blue Origin pada 14 April 2025. Penerbangan ini merupakan misi luar angkasa pertama dengan kru seluruhannya perempuan sejak tahun 1963.
Penerbangan yang berlangsung selama 11 minit ini melepasi garisan Karman (sempadan rasmi antara atmosfera bumi dan ruang angkasa) di mana para kru mengalami kira-kira empat minit dalam keadaan tanpa graviti.
Katy Perry menyanyi dari angkasa
Bersama penyanyi popular yang turut menyertai misi ini ialah Lau Sanchez (tunang kepada jutawan Jeff Bezoz yang juga pemilik roket Blue Origin), Gayle King (wartawan CBS). Turut berada dalam penerbangan itu ialah bekas saintis roket NASA, Aisha Bowe; aktivis hak sivil, Amanda Nguyen dan penerbit filem, Kerianne Flynn.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Dr Norilmi Amilia Terpilih MENTOR PERTAMA Malaysia Dalam Bidang Angkasa
Suami Beli Seekar ‘Tanah’ Di BULAN, Hadiah Perkahwinan Untuk Isteri!
Cipta Sejarah Penyanyi Wanita Pertama Sertai Misi Angkasa Lepas
Lebih istimewa, semasa di angkasa luas, Katy Perry sempat menyanyikan sebuah lagu What a Wonderful World nyanyian asal Louis Armstrong. Malah sebaik saja kapsulnya dinaikinya mendarat selepas 11 minit perjalanan ke angkasa, Katy dan seorang lagi kru, Gayle King sempat mencium tanah sebagai tanda syukur.
Dalam video dikongsikan, turut dirakamkan Katy membawa bunga daisy sebagai simbolik kepada nama timangan anaknya, Daisy.
“”Rasa sangat terhubung dengan kehidupan dan tersentuh dengan rasa kasih sayang,” katanya.
Katy menyifatkan pengalaman ke angkasa sebagai paling menyentuh hatinya selepas bergelar ibu dan berharap ia menjadi inspirasi kepada semua wanita agar berani mengejar impian.
Kos untuk mengikuti penerbangan ke angkasa ini semalam tidak dinyatakan secara rasmi namun dipercayai sekitar $200,000 hingga $300,000 USD. Malah untuk menempah penerbangan, deposit sebanyak $150,000 USD diperlukan yang mana ianya dikembalikan selepas semuanya selesai.
Sekadar info, Katy Perry bukanlah artis pertama yang mengikuti penerbangan ke angkasa lepas di mana William Shatner yang juga pelakon terkenal siri Star Trek pernah terbang bersama Blue Origin pada tahun 2021 dan menjadi individu tertua pernah ke angkasa pada usia 90 tahun. Begitu juga bekas pemain NFL dan hos television iaitu Micheal Strahan selain T.O.P (Choi Seung-hyun) anggota K.Pop Bigbang. Namun Kate Perry menjadi satu-satunya penyanyi wanita pertama yang ke angkasa.

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI