Apabila kerajaan memberikan kebenaran penganjuran pelbagai majlis sosial termasuklah majlis perkahwinan mulai 1 Julai lepas, ramai yang menarik nafas lega. Majlis sekian lama tertangguh kini dapat diadakan walaupun dalam jumlah yang terhad. Namun demikan, ramai yang masih kurang pasti bagaimana Standard Operating Procedure (SOP) yang perlu di patuhi.
Baca Lagi Di Sini:
Lima Beradik Kahwin Serentak. Jemput 10 Ribu Tetamu, Sediakan 3 Kerbau, 2 lembu & 200 Ayam Untuk Lauk Kenduri!
Perkongsian tip yang dikongsikan oleh Pengendali Katering, Puan Sri Suzaidah Masri ini boleh dijadikan rujukan buat pengendali katering, tuan rumah, bakal pengantin dan tetamu yang datang ke majlis kahwin nanti.
Okay, oleh kerana ramai yang nak tahu, macamana majlis perkahwinan mengikut sop yang kami buat hari ni.
Saya sharekan serba sedikit ya.
Boleh muat berapa kanopi. Sesuai atau tak jika nak buat majlis melibatkan 200-300 orang tetamu. Jumlah kanopi yang kami gunakan adalah 5 kanopi (3 kanopi makan tetamu + 1 kanopi makan beradab digantikan bawah garaj + 1 kanopi sambut tetamu dan cek suhu ) tetapi kanopi tu kami pisahkan agar tetamu keluar masuk dalam hala yang berlainan. (Tidak bertembung)
Jika kanopi size 20, hanya boleh masuk maksima 20 orang sahaja dalam 1 kanopi pada 1 masa. Jika ruang terhad dan gunakan kanopi size 18, hanya boleh masuk 16 orang sahaja pada satu masa. Jika 3 kanopi makan tetamu, hanya dapat masuk 48 orang sahaja pada 1 masa.
Minta mereka buat jemputan secara berkala. Misalnya, 50 orang untuk pukul 10 pagi, 50 orang untuk pukul 11 pagi, 50 orang untuk pukul 12, 50 orang untuk pukul 1 dan 50 orang untuk pukul 2 petang. Jadi kat sini, total dah 250 orang dalam tempoh 5 jam. Dan kita kena ingat, kebiasaan nya, tetamu tak datang berdua, ada yg datang bawa anak-anak. Jadi kena pandai anggarkan.
Ini penting supaya tetamu hanya masuk pada 1 pintu sahaja. Kita dapat check suhu mereka terlebih dahulu sebelum masuk ke kawasan majlis. Contohnya apabila kami chek, ada beberapa orang yang melebihi suhu 38•c apabila beberapa kali kami cek. Jadi kami tak dapat benarkan masuk. Dan kami info kepada tuan rumah supaya mereka faham situasi ini.
Ini penting ya. Bekalkan mereka dengan kelengkapan untuk protect diri. Glove, mask (In shaa Allah lepas ni kami akan tukar kepada mask 3ply) tq akak yang menegur, apron dan sanitizer.
Lauk pauk semua perlu dicedok oleh staff-staff katering. Tak boleh secara layan diri. Jika tuan rumah nak secara layan diri, tuan rumah perlu menyediakan glove untuk setiap tetamu yang hadir.
Perhatikan tetamu-tetamu. Ada yang suka tarik kerusi rapat-rapat dan pindahkan kerusi ke meja lain.. nak duduk ramai-ramai. Tegur dengan berhemah.
Sediakan pen dan buku untuk catit kehadiran dan suhu. Untuk memudahkan, mungkin boleh tambah QR code scan untuk majlis supaya dapat memudahkan tetamu-tetamu.
Apabila tetamu dah selesai makan dan dah bangun, staff katering perlu sanitize semula kerusi dan meja yang digunakan. Digalakkan alas meja dengan plastik dan tidak gunakan alas kerusi untuk proses ini. Kain-kain yang digunakan untuk sanitasi perlu ditukar setiap kali selepas guna.
Kami buat sistem nombor bergilir. Contohnya kami kira kerusi makan ada 60, jadi kami buat 60 nombor dari 1-60. Tetamu daftarkan nama, kita bagi nombor. Jika nombor habis, tetamu yang baru hadir perlu tunggu dahulu sehingga ada tetamu yang keluar(balik) dan pulangkan nombor, baru boleh masuk. Cara ni kita boleh kontrol keluar masuk tetamu dalam majlis.
Itu saja, yang penting kita faham dan kita follow sop yang ditetapkan, In shaa Allah semua nya okay. Pihak berkuasa datang check pun takde masalah kan.
Last lupa.. digalakkan guna pinggan, cawan dan sudu pakai buang untuk tetamu-tetamu.
In shaa Allah, moga Allah permudahkan urusan kita semua.Jangan risau ya.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan rujukan buat pengendali katering, tuan rumah, bakal pengantin dan tetamu yang datang ke majlis kahwin. Memang agak renyah, namun tak susah pun buat majlis kahwin ikut SOP. Yang penting utamakan kebersihan dan kekalkan penjarakan apabila berada dalam majlis.
Sumber: Sri Suzaidah Masri