Kate Middleton sahkan hidap kanser, akui ia satu kejutan besar buat dirinya. Selepas pelbagai spekulasi berlalu termasuk pertanyaan di mana Kate Middleton kerana menghilang sejak Disember tahun lalu, kini teka teki keberadaan Princess of Wales menjawab semua spekulasi mengenai dirinya.
Semalam menerusi klip video yang dirakam di Windsor, Kate Middleton, memaklumkan dirinya mengidap kanser dan mengesahkan dirinya sedang menjalani kemoterapi pencegahan.
“Ini sudah tentu merupakan kejutan besar. Saya dan William telah melakukan segala yang kami mampu dan menguruskan perkara ini secara peribadi demi keluarga muda kami,” kata Kate, 42 yang dilihat agak lemah dan pucat.
Isteri kepada pewaris takhta Britain ini berkata, penemuan kanser selepas susulan pembedahan perut yang dijalaninya jelas satu kejutan besar buatnya dan keluarga.
“Pasukan perubatan saya menasihatkan agar saya menjalani kemoterapi pencegahan dan saya kini berada pada peringkat awal rawatan itu,” katanya yang dilihat mengenakan seluar jeans dan baju panas dalam klip video berkenaan.
“Saya akan mengambil masa untuk pulih daripada pembedahan besar bagi memulakan rawatan (kemoterapi) saya.
“Namun paling penting, kami mengambil masa untuk menjelaskan segala-galanya kepada George, Charlotte dan Louis dengan cara yang sesuai untuk mereka dan untuk meyakinkan mereka bahawa saya akan baik-baik saja.
“Seperti yang saya katakan kepada mereka, saya sihat dan semakin kuat setiap hari dengan memberi tumpuan kepada perkara yang akan membantu saya sembuh, dalam fikiran, badan dan semangat saya,” katanya yang tidak memaklumkan jenis kanser dihidapinya.
Dalam sejarah perkahwinannya bersama Putera William, Kate Middleton yang merupakan rakyat biasa dan menjadi sangat popular di hati rakyat sejak mengahwini William pada 2011 lalu.
Dalam pada itu, Raja Britain Charles III berbangga dengan Kate, Princess of Wales, kerana keberaniannya bercakap mengenai rawatan kansernya. Dirinya kini turut menjalani rawatan akibat kanser.
Sementara itu, Putera Harry dan isteri, Meghan turut menyampaikan kata-kata sokongan kepada Kate.
Dia yang kini tinggal di California, Amerika Syarikat bertindak memutuskan hubungan dengan istana dan memilih kehidupan biasa.
“Kami berharap Kate dan keluarga diberi ruang untuk sembuh tanpa gangguan dan secara aman,” kata Harry dan Meghan, yang juga Duke dan Duchess Sussex.
Pemimpin politik Britain menawarkan sokongan kepada Princess of Wales, Kate Middleton, selepas pengumuman pengesahan mengenai kanser dihadapinya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Kate Middleton Dipilih Sebagai Kerabat DiRaja Paling Bergaya Di Dunia!
Kate Middleton Manis Ukir Senyuman, Cergas & Ceria Meskipun Baru Lepas Bersalin Anak Ketiga
Dalam Diam Putera William Dikatakan Curang Dengan Kawan Isteri, Kate Middleton