Duchess of Cambridge, Kate Middleton telah dipilih sebagai Kerabat DiRaja paling bergaya di dunia. Ini menurut tinjauan dan kajian yang dilakukan oleh platform trend fesyen dan barang mewah Farfetch.
Malah Kate Middleton adalah satu-satunya Kerabat DiRaja yang termasuk dalam senarai terbesar Ikon Gaya dalam tinjauan terhadap 14,000 orang dewasa dari negara-negara di seluruh Eropah itu.
Isteri Putera William, dan ibu kepada tiga anak itu dipuji kerana penampilannya yang bergaya. Malah ketika Kerabat DiRaja ini keluar untuk menghadiri pelbagai acara, ramai orang akan melihat apa yang mereka pakai.
Disebabkan itu jugalah pakaian yang digayakannya akan sering habis terjual dengan cepat kerana peminat keluarga diraja akan cuba meniru gayanya.
Pengaruh Kate itu tidak pernah tidak diberi perhatian sehinggakan kini beliau telah mengalahkan semua Kerabat DiRaja dalam senarai selebriti paling bergaya.
Tetapi malangnya beliau dikalahkan oleh Victoria Beckham yang berada di kedudukan pertama. Penyanyi yang bertukar menjadi pereka fesyen ini telah dipilih oleh 28 peratus responden – sekaligus telah meletakkan Kate di tempat kedua dalam undian rapat sebanyak 24 peratus.
Personaliti lain yang terpilih dalam 10 teratas termasuk bintang pop Ellie Goulding, Jane Birkin yang ikonik dan ratu gaya Amerika Olivia Palermo.
Sementara itu, orang Itali telah dinobatkan sebagai penata gaya pakaian paling bergaya di Eropah, dengan Britain ketinggalan di belakang Perancis dan Sepanyol di tempat keempat.
Negara Mediterranean, gedung dan rumah fesyen bagi banyak pereka terkenal di dunia termasuk Prada, Versace dan banyak lagi, mendapat tempat teratas dalam tinjauan antarabangsa yang melibatkan 14,000 orang dewasa dari seluruh Eropah.
Perancis, tempat label mewah termasuk Saint Laurent, Balenciaga dan Balmain, berada dalam kedudukan kedua.
Sepanyol mendapat tempat ketiga dengan UK dan Sweden masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.
Tinjauan dan kajian ini dibuat oleh laman web trend fesyen dan barang mewah Farfetch. Ia juga melancarkan World Fashion 2020 – panduan interaktif yang memberi akses kepada trend fesyen paling popular di seluruh dunia pada tahun 2020.
Baca Sini Juga:
Makan Tanpa Rasa Bersalah, Namun Pasangan Ini Dapat Hilang Berat Lebih 90kg!
1-Victoria Beckham
2-Kate Middleton
3-Chiara Ferragni
4-Olivia Palermo
5-Ellie Goulding
6-Alexa Chung
7-Jane Birkin
8-Anna Cleveland
9-Lizzy Hadfield
10-Bonnie Strange
1-Itali
2-Perancis
3-Sepanyol
4-United Kingdom -UK
5-Sweden
6-Denmark
7-Portugal
8-Jerman
9-Norway
10-Finland
Sumber/Foto: Daily Star / Daily Mail /Express/ Getty Images