Bila masalah makin menghimpit, kita cari jalan penyelesaian istighfar sebanyak-banyaknya. Masalah tetap juga menghimpit, rasa susah tak mahu juga hilang. Kita mula cari salah dengan amalan sendiri.
Hakikatnya, kita tak faham apakah sebaik-baik amalan istighfar itu. Penjelasan Ustazah Asma Harun berkaitan istighfar buat kita tersedar. Kerana, seperti dalam kalam Ulama’, istighfar yang lalai boleh diumpamakan seperti kita mengejek Allah.
“Ustazah, saya dah buat semua tips ustazah bagi, malah saya tambah lagi jumlah istighfar tu buat 1000x sehari. Tapi kenapa masalah masih tak nampak jalan keluar, malah bertimpa-timpa, rezeki pun masih sempit.”
“Puan faham tak maksud istighfar? ”
“Iya faham, daku mohon ampun ya Allah.”
“Maaf puan, jangan kecik hati ya.. Puan dah mohon ampun dengan Allah atas dosa kesilapan sampai beribu kali sehari, dan jika puan betul ikhlas dengan Allah, bukan gunakan istighfar sebab nak selesai masalah atau rezeki, InsyaAllah antara manfaat pertama puan dapat daripada istighfar akan mula rasa bersalah bila buat maksiat, contohnya dedah aurat
.Akan mula labuhkan tudung menutupi dada bahagian depan, kiri dan kanan juga ya, tak pakai ketat dan jarang, lengan dan kaki juga ditutup. Jika mampu kurangkan solekan di wajah, bimbang solat tak sah jika tak betul-betul bersih, jika solat tak sah, nak harap apa lagi, itulah sebesar-besar istighfar.
Apabila Allah dah nampak kita bukan istighfar dengan lidah sahaja, tapi dari hati dan dibuktikan dengan perbuatan, Allah ya Fattah akan membuka satu persatu belenggu masalah kita.”
Allah ya Allah… Kadang nak keluar ayat ni memang susah sangat, bimbang orang kecik hati. Selalunya bergema dalam hati sahaja.
Istighfar yang lalai itu umpama kita mengejek Allah.. (kalam Ulama’)
~ iaitu istighfar/mohon ampun hanya pada lidah dan berterusan melakukan maksiat tanpa rasa berdosa.
Sumber/Foto : Asma Harun
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.