Kata Ustaz Belajar Rawatan Perubatan Islam Ruqyah Ini Percuma, Ada Syaratnya

Sebab matlamat utama Pengasas Akademi Arash-QHI Malaysia, Ustaz Amirul Mukminin Al-Faruq adalah mahu mewujudkan satu rumah, satu perawat. Jadi, golongan ini perlu dibantu dengan menyediakan kelas rawatan Islam Ruqyah secara percuma kepada golongan MUALAF, IBU TUNGGAL dan ASNAF.

Kami beri kelas secara percuma kepada golongan yang disebutkan tadi kerana mereka kurang berkemampuan, malah ada yang hidup tertekan. Dan berdepan pelbagai masalah hidup mahupun penyakit.”

Dengan adanya ilmu ini, mereka boleh merawat ahli keluarga sendiri tanpa mengeluarkan belanja yang besar.”

 

Kata Ustaz Belajar Rawatan Perubatan Islam Ruqyah Ini Percuma, Ada Syaratnya

 

Dalam perawatan Ruqyah ini, golongan mualaf juga mendapat manfaat yang besar. Terutamanya boleh mendekatkan dan memberi pemahaman mendalam terhadap keindahan, kebaikan dan keistimewaan Islam.

Mereka boleh mendalami lagi Islam kerana ilmu perawatan yang diajarkan oleh tenaga pengajar di Akademi Arash ini menggunakan Al Quran dan sunnah sebagai panduan.

Tenaga pengajarnya pula terdiri daripada pengamal perubatan yang secara sukarela membantu menyebarkan ilmu yang bermanfaat ini.” Akademi ARASH ini terletak di Setapak.

Ads

Ramai yang ingin jadi perawat dengan kaedah Islam ini. Tapi yang dapat pentauliahan dari phak berwajib tak ramai.

Atas dasar inilah, kita perkenalkan rawatan Ruqyah mengikut syar’iyyah yang tidak bercampur dengan mentera, menurun dan pemujaan. Ianya seratus peratus berlandaskan Al Quran dan sunnah.

Alhamdulillah kita telah mendapat pentauliahan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Dan dengan pentauliahan ini juga kita boleh menyebarluaskan ilmu perawatan Islam ini kepada golongan sasar.”

 

Kata Ustaz Belajar Rawatan Perubatan Islam Ruqyah Ini Percuma, Ada Syaratnya

Ads

 

Ketagihan Gajet Pun Ada Kaedah Rawatannya

Kata ustaz lagi, akademi ini ditubuhkan pada tahun 2017. Tak lengkap jika mengajar ilmu perawatan Islam, tapi tak faham pemakanan sunnah. Jadi, diketengahkan juga amalan pemakanan sunnah untuk para pelajar memahami dan mengetahui khasiatnya yang sangat luar biasa dan mujarab.

Tidak hanya penyakit misteri, pusat rawatan ini juga bersedia di dalam mengajar bagaimana untuk merawat penyakit seperti resdung, bekam dan pemulihan dari segi akhlak.

Ketagihan dadah, hubungan sejenis, ketagihan gajet juga kita ada kaedah untuk merawatnya. Semua ini perlu kembali kepada fitrah dan kita kena bersungguh-sungguh jika mahu berubah dan berubat.”

 

Ads

Kata Ustaz Belajar Rawatan Perubatan Islam Ruqyah Ini Percuma, Ada Syaratnya

Street Ruqyah Untuk Kefahaman Semua

Akademi ARASH juga merancang mengadakan Street Rugyah dalam masa terdekat.

Perawatan Islam bukan untuk orang Islam sahaja. Orang bukan Islam pun kita bantu rawat dengan ayat Al-Quran. Dengan adanya Street Ruqyah ini, kita boleh menjangkau lebih ramai golongan tanpa mengira kulit dan keturunan.”

Yang datang ke akademi rata-rata mereka yang mengalami masalah rumah tangga dan pelbagai penyakit termasuk strok.

Ada juga kelas mengaji Al Quran yang dibuka untuk lelaki dan wanita dewasa. Bimbangan diberikan oleh tenaga pengajar profesional di akademi yang akan membawa pelajar bermula dari zero hingga ke pro.

Mengekalkan seramai 25 orang dalam satu kelas, pelbagai kaedah pembelajaran diajar secara bertalaqi bersama guru yang bertauliah dan bersanat.

Bagi anda yang ingin menghadiri kelas perawatan Islam dan kelas mengaji di Akademi Arash ini boleh melayari facebook Akademi Ruqyah Syar’iyyah Holistik ARASH untuk maklumat lanjut.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI