Kredit foto: myMetro

Bunuh bayi kemudian lumur garam ke seluruh badan, dimasukkan ke dalam guni sebelum menyembunyikan mayat terdapat di bawah dapur bukanlah satu tindakan yang normal.

Jika seorang ayah dalam keadaan yang normal, pasti dia tidak tergamak melakukan bayinya sedemikian rupa. Tambahan lagi kata polis, berkemungkinan ini punca bayi meninggal dilumur garam.

Ada Kaitan Dengan Ajaran Sesat Jadi Punca Bayi Dibunuh

Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang dipercayai membunuh anak berusia lapan bulan di Kampung Sungai Dua, Bachok, pagi semalam ada kaitan dengan ajaran sesat.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, berkata ia berdasarkan cara bayi lelaki berkenaan dibunuh dengan seluruh badan dilumur garam serta halusinasi yang dialami suspek.

Katanya, sehingga kini suspek berusia 40 tahun itu tidak bercakap untuk diambil keterangan, sebaliknya hanya berzikir dan mendakwa dia mendengar suara malaikat sebelum membunuh anaknya.

Baca Juga Di sini:

Menyayat Hati! Bayi Meninggal, Badan Dilumur Garam. Jadi Mangsa Ayah Sakit Mental

IKLAN

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

 

Kata Polis, Berkemungkinan Ini Punca Bayi Meninggal Dilumur Garam
Gambar sekadar hiasan (Sumber: Canva)

Isteri Yang Masih Trauma Turut Ditahan

“Selain bapa mangsa, polis turut menahan isteri suspek yang juga ibu mangsa berusia 32 tahun bagi membantu siasatan. Wanita berkenaan masih dirawat di hospital memandangkan keadaannya yang masih trauma.

“Ujian air kencing yang dilakukan terhadap pasangan suami isteri berkenaan juga negatif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di sini, hari ini.

Bayi Ditemui Mati dan Dilumur Garam

Dalam kejadian pagi semalam, seorang bayi lelaki berusia lapan bulan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati termasuk badan dilumur garam dipercayai dibunuh bapa kandung menggunakan objek tumpul.

IKLAN

Kematian Wan Mohamad Afiq Wan Roslan dipercayai dilakukan bapa mangsa yang mengalami masalah gangguan mental sebelum disedari jam 11.30 pagi.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya menunggu keputusan laporan kimia sama ada suspek mempunyai masalah mental atau tidak.

“Berdasarkan laporan bedah siasat yang baru selesai jam 5 pagi tadi, punca kematian bayi berkenaan disebabkan kecederaan di kepala disebabkan hentakan.

“Kecederaan itu berkemungkinan bayi itu jatuh atau dipukul dengan objek tertentu,” katanya yang perintah tahanan reman terhadap suami isteri berkenaan sedang dilakukan di Mahkamah Bachok.

IKLAN

Terpaksa Usung Suspek Ke Mahkamah

Suspek dipercayai membunuh anak lelakinya berusia lapan bulan terpaksa diusung oleh enam anggota polis ke Mahkamah Bachok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Suspek berusia 40 tahun dikatakan enggan keluar dari kereta dan membaca beberapa surah al-Quran dengan alasan untuk berdoa.

Kata Polis, Berkemungkinan Ini Punca Bayi Meninggal Dilumur Garam
Foto: myMetro

Bagaimanapun, selepas 10 minit menunggu, anggota polis terpaksa mengusung suspek masuk ke mahkamah.

Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan anaknya dalam kejadian di Kampung Sungai Dua di sini, semalam.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

MW: Semoga kes sebegini tidak berulang lagi, kasihan pada bayi yang diperlakukan demikian. Jika mak,ayah mengetahui atau mengenali sesiapa yang mengalami gangguan mental, berikan nasihat dan minta dia berjumpa pakar untuk tindakan lanjut. Sesungguhnya apa yang berlaku menjadi iktibar buat kita semua. 

Sumber: myMetro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI