Kata Dr Wan Azizah, Dana RM50 Kerajaan Untuk Caruman KWSP Buat Suri Rumah Tertakluk Pada Syarat Ini!

Share

Berita baik buat para suri rumah, baru-baru ini Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ada mengumumkan tawaran pemotongan dua peratus daripada pendapatan suami serta penambahan dana RM50 daripada kerajaan buat golongan ini. Namun, susulan terbaru pengumuman tersebut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata ia perlu memenuhi syarat tertentu.

Hanya Untuk Isteri Pertama

Penambahan dana RM50 daripada kerajaan untuk kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi suri rumah hanya tertakluk kepada isteri pertama sahaja. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata lagi sumbangan kerajaan itu tidak akan dilanjutkan kepada isteri kedua, ketiga atau keempat sekiranya berlaku perkahwinan poligami.

“Itu tanggungjawab suami, kita akan bagi kepada isteri pertama sahaja…kalau mereka (lelaki) kahwin lebih daripada satu, mereka kena tanggung sendiri buat isteri lain, bukan tugas itu diserahkan kepada kerajaan.

“Inisiatif membantu persediaan perlindungan masa depan isteri dan caruman ini dijangka dapat jadi tabungan bagi siapkan suri rumah menghadapi apa-apa kemungkinan yang tidak diingini untuk teruskan kelangsungan hidup,” katanya dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Ghazali (PAS – Kuala Nerus) yang ingin tahu berkenaan pelaksanaan caruman KWSP untuk isteri atau wanita.

Mingguan Wanita Isu Jun 2018, Volume 2 Kini telah berada dipasaran!

Manifesto 100 Hari

Dr. Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata memorandum mengenai skim itu sudah siap dan akan dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang. Skim tersebut adalah antara tawaran manifesto 100 hari kerajaan Pakatan Harapan, dijangka bermula dengan sumbangan sukarela yang kemudiannya akan diwajibkan setelah pindaan kepada Akta KWSP dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dilaksana.

Setuju sangat dengan syarat yang dikemukakan ini.Ia juga pesanan buat para suami bahawa, jika dah mampu untuk berpoligami, maknanya memang dah bersedia untuk menanggung semua isteri-isteri tanpa perlukan bantuan kerajaan pun. Semoga berita gembira ini akan membuatkan masa depan suri rumah terutamanya bergelar isteri pertama lebih terbela, malah caruman demi simpanan masa depan suri rumah juga akan lebih terjamin.

Baca Disini:

Datuk Seri Rohani Serah Tugas, Datuk Seri Dr Wan Azizah Kongsi Berita Gembira ‘Caruman Untuk Suri Rumah’

Sumber: Kosmo

Published by
Suhaidah Abd Wahab