Jika sebelum ini, menerusi program Rancangan Makanan Tambahan (RMT), cuma anak dari keluarga perbendapatan 40 peratus terendah (B40) saja yang menikmati kemudahan ini, kini tak lagi. Kerana sarapan percuma ini diperluaskan kepada seluruh pelajar.
Tulisnya dalam facebook beliau,
BERMULA JANUARI 2020, SARAPAN PERCUMA AKAN DISEDIAKAN BUAT SEMUA ANAK-ANAK DI SEKOLAH RENDAH SELURUH NEGARA
Ads
Anak-anak kita memerlukan jadual pemakanan yang tepat dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan mereka terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat mengambil berat aspek pemakanan murid dan sentiasa menggerakkan pelbagai inisiatif penting untuk memastikan anak-anak kita perutnya sentiasa terisi dengan makanan berkhasiat.
Program Sarapan Percuma Berpandukan Menu Sihat, Dan Enak
Sehubungan itu, bermula dari Januari 2020, KPM bakal melancarkan program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara. Melalui program ini nanti, anak-anak akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma.
Ads
KPM akan terus meneroka apa sahaja ruang bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah dengan penuh kegembiraan.
Mekanisme pemberian sarapan percuma ini bagi setiap sekolah bagaimana pun belum diperjelaskan secara menyeluruh.
Ads
Semoga dengan pelaksanaan sarapan percuma ini akan membantu anak-anak untuk lebih fokus memberi tumpuan dalam setiap sesi pembelajaran di dalam kelas.
Dan tentunya pengumuman ini memberi berita gembira kepada ibu bapa malah para pelajar yang bakal menikmati kemudahan lebih baik menerusi program ini.
Ibu ini, Qisha Qaisara Adishahputra bersyukur dengan kerajinan anak perempuannya, Princess Eysha yang dipanggil kakak. Setiap pagi bantu ibunya yang sedang berpantang dalam PKP. Kemas rumah, siap mop lantai. Dan tolong ibu, jagakan adiknya itu.
Tak pula merungut, malah melakukan dengan rela. Beruntung ibunya. Ketika MW menghubungi, kongsi ibunya kakak sudah dibiasakan membantunya sejak usia 4 ke 5 tahun.
“Dari umur itu dia dah mula tolong syaa kat dapur. Dia selalu tolong saya. Dan saya suka suruh dia join buat kerja rumah.
Mula-mula ramai orang cakap saya hambakan anak, tapi Alhamdulillah sekarang anak semua yang buat kerja (ketika ini ibunya dalam berpantang bersalin).”
Kakak yang rajin bantu ibu.
Ada Kakak, Mudahkan Ibu Berpantang Dalam PKP
Dan inilah posting ibu yang menyentuh hati ramai orang.
“Selama 9 hari mommy pantang yang uruskan rumah dan uruskan adik-adik dan uruskan mommy, kakak Princess Eysha.
Walaupun umur kakak baru 11 tahun. Mommy sangat bertuah adanya kakak. Hilang sakit mommy masa bersalin kan kakak.
Kalau takda kakak macam mana lah mommy agak nya. Berpatang dalam PKP ni.. Dengan rumah semua, setiap pagi kakak kemas. Setiap pagi kakak mop. Suapkan nasi untuk adik. Jaga kan baby bila mommy mandi. Rebuskan air untuk mandian herba untuk mommy. Macam tak percaya kakak buat semua ni.
Rajinnya Kakak Tak Boleh Bawa Bincang..
Mommy menangis sebab terharu. Masa mommy umur sebaya kakak semua benda ni mommy tak tahu nak buat lagi. Stress mommy hilang bila tengok rumah sebersih ni. Tandas atas bawah semua kakak cuci. Kalau rumah ni kecik macam rumah lama mommy tak kisah sangat. Ni rumah ni besar kakak.. Kakak buat sorang-sorang.
Sofa 3 kali seminggu kakak lap. Takut habis berhabuk.. Ya Allah aku bersyukur kau hadir kan zuriat sebaik ini.. Yang mana selalu bersama kakak akan tahu macam mana perangai kakak Eysha.. rajin nya tak boleh bawa bincang.”
Alhamdulillah tq juga daddy pantang mommy cakap sakit situ sini terus sediakan ubat kecut kan rahim.. Ya allah kau hadirkan anak-anak dengan suami yang sangat memahami aku.. Mommy dalam pantang anak-anak dan suami layan macam permaisuri sudah.”
Nak turun berat itu bukan mudah, nak naik berat pun bukan ambil masa sehari dua. Berbulan malah makan tahun kenaikannya.
Dan usaha nak menguruskan kembali berat badan yang dah naik itu pun kena ada disiplin, konsisten dan emosi yang kental. Tapi.. bila dah peroleh berat badan ideal, jangan sesekali sindir orang badan gemuk.
Sebab anda tak tahu macam mana teruk usaha dan keinginannya nak kurus, tapi belum berjaya.. berjaya. Ibu ini, Niena Samsir, ada pengalaman alami kenaikan berat dari 43kg ke 81kg.
Bila berat naik sampai 38kg, ibu ini tak mengeluh, sebaliknya melihat berat badannya itu sebagai satu hikmah yang perlu disyukuri.
Walaupun, mereka yang ‘chubby’ lagi montel ini tidak mengeluh, namun inilah ‘rasa’ sejagat yang siapa pun duduk dalam situasi ini akan alami.
Hikmah Berat Badan Naik Dari 43kg Ke 81kg
Apa hikmah saya dapat bila berat badan naik dari 43kg sampai 81kg?
1. Saya makin sangat nak menjaga tutur kata especially bila melibatkan bab penampilan seseorang. (Cakap orang gemuk / tak cantik / buruk)
2. Saya selesa pakai jubah dan tudung size besar, padahal dulu segan nak pakai sebab nanti nampak macam alim sangat. (Ni dulu la pemikiran kolot masa zaman berat 43kg. Ntah pape kan)
3. Saya dah lama tak beli seluar jeans. Dan tak ada rasa nak beli seluar jeans dah.
4. Nafsu shopping dah tak kuat macam masa zaman badan slim persis model tak cukup makan.
5. Saya faham macam mana rasanya terluka bila orang sentuh isu berat badan.
6. Saya boleh nampak siapa yang sebetulnya ikhlas sayang saya, bukan hanya kerana penampilan.
7. Saya boleh tukar tayar sendiri (kalau saya kurus macam dulu, rasanya melompat pun takkan mampu longgarkan nut tayar)
8. Saya tetap kena kritik walau berapa pun berat badan saya. Kalau kurus, orang kata saya papan. Bila badan sedang-sedang, orang kata kurus baru cantik. Bila gemuk, lagi lah orang kutuk. So, ada beza ke? Takde (Tak kenyang dek pujian, tak mati dek kritikan)
9. Saya mampu dukung anak yang berat 14kg berjam-jam lamanya, especially kalau dia tak sihat dan ke hulu ke hilir minta dukung walaupun dalam rumah.
10. Saya boleh angkat suami saya. Hahaha, awak boleh angkat suami awak tak?
Menjaga kesihatan sangat dituntut. Tapi, jangan riak sangat dalam menjaga berat badan sampai menyindir orang yang badan gemuk. Not good, not good. Karang dia sumpah awak jadi lebih gemuk, baru awak tau. Nak ke?
Fizo & isteri bakal timang puteri ketiga. Tahniah diucapkan buat pasangan sensasi Fizo Omar dan isteri, Fazeera Nazri Azrai. Isteri Fizo kini hamil lapan bulan.
Akui Fizo, dia dan isteri bakal menyambut cahaya mata ketiga perempuan yang dijangka hujung Mei depan. Mereka cukup teruja dan bersyukur dengan rezeki dikurniakan.
Fizo & Isteri Bakal Timang Puteri Ketiga
Bukan sekadar bakal menimang cahaya mata, pasangan ini juga bersyukur kerana dimurahkan rezeki lain. Ia termasuk diumumkan sebagai duta produk kesihatan kanak-kanak berasaskan habbatus sauda, Mamz baru-baru ini.
Fizo percaya rezeki lantikan sebagai duta jenama berkenaan bersama isteri dan anaknya Wan Khaleeda, ibarat rezeki anak dan umpama durian runtuh.
Untuk rekod, selain Wan Khaleeda, Fizo juga mempunyai anak pertama, Wan Maryam hasil perkongsi perkahwinan pertamanya.
Sah Mengandung Anak Kedua Selepas Wan Khaleeda Berusia 3 Bulan
Wan Hafizol Wan Omar mengumumkan isterinya kini hamil lapan bulan.
“Ini semua rezeki anak termasuk yang sedang dikandung isteri saya kini.
“Isteri saya disahkan mengandung anak kedua ini, di saat Wan Khaleeda baru berusia tiga bulan. Nama pun rezeki kami terima dengan lapang dada.
“Tapi saya sebagai suami dan bapa sejujurnya terkejut dengan berita kehamilan ini di saat Wan Khaleeda masih kecil dan memerlukan perhatian,” kata Fizo.
Mengenai jantina anak ketiganya yang juga perempuan, Fizo hanya mampu bersyukur.
“Alhamdulilah, sekali lagi Allah memberi amanah kepada saya untuk menjaga seorang lagi puteri. Kehadiran bakal puteri ini akan melengkapi hidup kami,” kata Fizo sambil memberitahu isterinya bakal melahirkan anak mereka hujung Mei ini.
Pengumuman jantina anak ketiga Fizo itu diumumkan secara eksklusif di majlis Mamz Crazy Rich Night di Hotel Zenith, di sini, 11 Mac lalu.
Takut Terima Tawaran Sebagai Duta
Mengenai tawaran dan lantikan sebagai duta jenama itu, Fizo awalnya ragu-ragu menerimanya.
“Takut juga terima tawaran produk kesihatan seumpama ini. Jika tidak berkesan nanti orang akan salahkan kita pula.
Dipendekkan cerita pada suatu hari, kakak saya ada datang ke rumah. Kakak memang sudah ada anak. Saya pun terus buka cerita, dapat tawaran untuk berkolaborasi dengan produk ini. Rupa-rupanya, kakak pun sudah lama menggunakannya sejak anak pertama lagi.
“Akuinya, ia memang bagus dan bebas bahan kimia. Tambah pula ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, buat apa nak ragu. Sejak itu, saya sendiri menggunakan produk ini untuk Wan Khaleeda. Saya pun sudah jatuh hati dan akan sapu krim produk berkenaan ke atas badan Wan Khaleeda selepas mandi dan sebelum tidur.
“Hasilnya anak tidur lebih lena dan susah terkena kembung. Bau pun segar, rasa nak cium sepanjang hari” kata Fizo.
Malah serentak dengan itu, pengasasnya yang juga pasangan suami isteri, Ahmad Zulkifli Saad dan Mahirah Mohd Fazil berbangga meraikan 150 usahawan pada malam itu yang berjaya membuat jualan tertinggi tahun lalu. Antara hadiah yang diserahkan kepada kumpulan usahawan itu ialah kereta Toyota Alphard berwarna putih sebagai ganjaran utama kepada ‘top seller’, pakej umrah, komputer riba, telefon bimbit dan sebagainya. Menurut, Ahmad Zulkifli, pemilihan Fizo dan kerabat keluarganya dilihat bertepatan dengan jenama produk keluarannya.
“Fizo dan isterinya sendiri dilihat begitu tebal dengan sifat keibubapaan. Mereka seperti ibu bapa lain mengutamakan kesihatan dan keselamatan anak sekali gus menyemai kasih sayang bersama.
“Kami optimis pemilihan mereka dapat mencanakkan lagi keberadaan jenama ini,” kata Ahmad Zulkifli.
Jenama yang berdaftar di bawah syarikat Mamz Legacy Sdn Bhd dan beribu pejabat di Bandar Baru Bangi ini mula berada di pasaran sejak tahun 2017. Malah hingga kini, jenama itu sudah mempunyai lebih 10,000 ejen.
Mengenai sasaran tahun 2023, syarikat ini mensasarkan untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan dan membantu lebih ramai suri rumah menjadi usahawan atas talian dan seterusnya membantu menjana pendapatan tambahan buat keluarga masing-masing. Latihan intensif bakal diberikan dan cara menjana jualan akan diajar sepenuhnya buat usahawan baru.
“Tak ketinggalan, tahun ini kami juga melancarkan lebih 40 billboard yang terpampang wajah Fizo, isteri dan anak sepanjang lebuh raya PLUS dan Federal Highway,” kata Mahirah.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!