Kecantikan

Kata Bidan, Ibu Muda Yang Elak BERPANTANG, Bersedialah Dengan 3 Masalah Ini

Share

Amalan berpantang 44 hari selepas bersalin bukanlah kuno untuk tidak diteruskan. Ada banyak baiknya dalam amalan tradisional bidan Melayu ini yang boleh ibu muda ikut.

Lagi-lagi dalam menjaga, memulihkan kembali kesihatan tubuh selepas melalui proses bersalin yang menyakitkan. Paling penting adalah penjagaan rahim atau peranakan ibu selepas melahirkan.

Perkongsian Siti Aishah (Kak Bidan Ice) yang merupakan Juru Urut Bertauliah dan Pengamal Warisan Perbidanan Melayu lama menjelaskan hakikat sebenar dengan amalan berpantang ini.

 

 

Kak Ice jumpa satu artikel perihal PREGNANCY UGLY TRUTH. Benda-benda yang minah-minah salleh dok risaukan selepas beranak.”

Hakikatnya kat Malaysia ni ramai yang dok pikir – requote “Orang barat tak berpantang tu sihat je…”

So tengah tak ada kerja ni Kak Ice nak share la apa masalah depa dan bani-bani tak berpantang ni hadapi selepas bersalin.”

Dan juga cara rawatan dalam perbidanan Melayu yang mana membantu atasi masalah-masalah ni.”

 

Ibu Elak Berpantang Lepas Bersalin, Sedia Hadap 3 Masalah Ini

Pertama : Diatasis Recti

Keadaan di mana otot perut depa merenggang selepas bersalin. Sudahnya, lepas beranak ja perut depa teruih jadi menggeleber dan buncit.

Ada sampai kes kena angin pasang pusat atau umbilical hernia. Kalau stail orang barat, depa pi buat pembedahan plastik ja.

Sebab tu jangan dok heran dengan orang barat ni. Dari hujung kelemumur sampai cagu kaki depa semua lekat plastik. Kita mampu ka nak ikut cheq oii? Nak masuk neraka?

Memang normal setiap ibu hamil akan lalui masalah otot merenggang ni. Tetapi kalau orang Melayu yang berpantang, dengan amalan pakai ubat barut dan ikat bengkung sepanjang tempoh 44 hari berpantang sangat-sangat membantu masalah otot perut merenggang ni.

So bagi mak-mak yang time tidur buka bengkung, time makan buka bengkung, jangan bising kalau dah habis pantang pun orang dok tanya “hang ngandung lagi ka?”

Untuk mak-mak yang caesar macam Kak Ice ni, janganlah harap renggangan tu akan terus terkatup lepas 44 hari. Ambil masa sikitlah. So macam Kak Ice… Kak Ice masih pakai girdle masa mengurut dan masa tidur.

Nanti kalau dah lepas 6 bulan, baru Kak Ice pelan-pelan buat abs workout. Insya-Allah… sepanjang 3 kali caesar. Lepas rajin buat workout dan elakkan minum air sejurus lepas makan dan elakkan minum ais, selalunya perut memang kempis la.

 

Kedua : Prolapsed Bladder & Uterus

Atau bahasa Melayunya dikenali sebagai keluluran rahim & pundi kencing.

Kalau keluluran pundi kencing, pundi kencing akan mengelungsur keluar melalui saluran sulit wanita.

Ia akan mengakibatkan pesakit susah nak kencing dan nak control rasa terkencing ketika batuk dan bersin.

Kalau keluluran rahim pula, rahim tu yang akan menggelungsur keluar melalui saluran faraj.

Ia akan mengakibatkan ketidakselesaan pada pesakit seperti sakit pinggang dan rasa “berat” di kawasan bukaan sulit wanita. Dan kencing tak tus atau kencing tak lawas.

Ini Puncanya : Aktiviti Ibu Berpantang Yang Lasak

Dalam pantang sibuk nak berdiri lama-lama, berjalan ke hulu hilir, memanjat sana sini, naik turun tangga. Apa-apa aktiviti yang melawan graviti terlalu lama akan memberatkan rahim dan organ dalaman lalu akan menyebabkan ianya terkeluar.

1. Hubungan Seks Dalam Pantang

Habis je nifas terus bersama suami. Maka otot yang belum dirawat dengan sempurna akan menjadi overwork. Lama kelamaan tiada grip dan lemahlah otot pelvik. Lalu mudahlah rahim dan organ-organ di bawah tu menggelungsur keluar.

2. Memakai Otot Perut

Angkat berat sampai tertarik otot perut, bangun tidur secara sit up merupakan perkara kecil yang jika diamalkan secara kerap akan mengakibatkan keluluran rahim dan pundi kencing.

3. Mencangkung

Amalan mencangkung di dalam pantang akan mengakibatkan rahim dan organ bawah mudah terkeluar.

Sebab Itulah, Bidan Dan Mak Mak Suruh..

1. Jangan angkat berat berat dalam pantang.
2. Jangan bercakap dan ketawa sampai terkeluar anak tekak.
3. Tampung rahim masa bersin.
4. Jangan bersetubuh selagi tak habis tempoh 44 @ 100 hari.
5. Banyak-banyak berehat. Tak yah melompat berlari berkawad bagai.
6. Rajin-rajin pakai bengkung untuk support rahim.
7. Buat rawatan tuaman supaya rahim cepat kecut dan tak berat.
8. Sengkak rahim hari ke-30.
9. Buat rawatan tangas pada hari ke-30.
10. Makan jamu dari bahan-bahan yang mengecutkan saluran sulit bermula hari ke-30.
11. Makan banyak herba yang meningkatkan kandungan hormon estrogen untuk kekuatan lantai pelvik.

Tapi orang Melayu bani ANTI PANTANG ni sibuk menyelar segala amalan kolot orang Melayu. Katanya….orang barat tak berpantang pun sihat.”

Sedangkan hakikatnya, di Amerika Syarikat, peratusan wanita yang akan menjalani pembedahan untuk masalah kencing tidak lawas dan keluluran organ pelvik akan meningkat sebanyak 47.2% pada tahun 2050 dari 166,000 kes pada tahun 2010 ( Wu et al, 2011)”

Ini kisah macam mana seorang ibu di negara barat dah terkeluaq rahim dia dari lubang sulit seawal usia 28 tahun?

Klik link ni :
https://www.google.com/…/i-suffered-from-pelvic-organ-p…/amp

 

Ketiga : Pregnancy Pouch

Atau bahasa pasarnya poket perut selepas bersalin. Cuba tengok gambar perut wanita barat ini. Rasa Kak Ice, amat jarang nampak ibu-ibu Melayu kita alami masalah ini meskipun tak berapa konsisten pakai bengkung.

Sebab tu trending kat negara barat sekarang ni bila mereka dah rajin pula pakai bengkung selepas bersalin.

Cuma kelebihan kita adalah ubat barut.
Ubat barut resepi nenek moyang kita sangat-sangat membantu untuk mengecutkan rahim, mengempiskan perut, menganjalkan kembali kulit perut, memgatasi masalah rekahan perut.

Tetapi ramai ibu-ibu muda tak nak pakai ubat barut ni dengan alasan busuklah, kotorlah. Sudahnya dia wangi-wangi, bersih-bersih, tetapi kulit perut menggeleber macam apron.

Haa.. yang ada alergik kat ubat barut, banyak je resepi ubat barut yang sesuai mak mak.

Kalau mak mak jenis berpeluh, pakailah ubat barut yang mengeringkan seperti kapur dan limau. Atau jenis yang minyak.

Kalau mak mak bukan jenis berpeluh, pakailah ubat barut dari asam jawa. Tumbuk kunyit, daun sireh dan garam kasar campurkan dengan asam jawa buat pupur kat perut sebelum barut.

Sebab rawatan bengkung tanpa ubat herba barut membuatkan perut kempis tapi tak rapi; kulit perut menggeleber, menggerutu dan berbekas

Tak perlu lah nak sibuk-sibuk buat workout sit up awal-awal dalam pantang. Mau terkeluar tombong nanti.

Tapi bagi yang nak start excercise perut boleh mulakan senaman seawal 60/100 hari bagi bersalin normal dan 6 bulan bagi bersalin pembedahan.

 

Ini Aturan Bidan Elak Perut Berkantung Waktu Dalam Pantang

Antara aturan dan rawatan bidan di dalam pantang tak nak kasi perut tak ada kantung adalah:-

1. Pakai bengkung 23 jam sehari even tengah tidur dan makan.
2. Kalau pakai bengkung kena pakai ubat barut.
3. Lepas habis pantang kena pakai seluar girdle.
4. Tertib minum: duduk. Hirup pakai sudu.
5. Sapu minyak Herbanika NR rajin-rajin setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur

Bagi yang tak nak perut berlipat lepas bersalin, silalah cuba ya.

Ref:
Wu JM, Kawasaki A, Hundley AF, Dieter AA, Myers ER & Sung VW. Predicting the number of women who will undergo incontinence and prolapse surgery, 2010 to 2050. Sept 2011

Sumber/Foto : Siti Aishah

Published by
Netty Ah Hiyer