Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga. Diduga Cico Ditimpa Musibah. Begitulah kasihnya seorang ibu kepada anak.
Seperti yang diketahui umum Uji Rashid diuji apabila anak tersayang, Cico Harahap, ditimpa musibah. Cabaran yang perlu dihadapi ibu ini sangatlah hebat, apatah lagi bagi menyembuhkan Cico yang mengalami masalah kesihatan, sejak beberapa tahun lalu.
Berkongsi kisah tentang Cico, Uji akui cabaran yang ditempuh bukanlah mudah.
“Masalah itu memberi kesan kepada otak, jantung dan vokal Cico. Akibatnya, Cico tidak pandai membaca dan tidak kenal huruf.
“Malah, Cico tidak kenal saya dan anaknya serta tidak boleh bercakap. Ini semua berlaku ketika saya menghadiri pengebumian seorang rakan artis.
“Bagaimana saya mahu jelaskan kepada orang? Cico ada nama, kalau saya cakap pun, mesti orang ramai akan sangka dia kena buatan orang.
“Lantas orang ingatkan dia ada musuh. Kawan yang dia jumpa pun saya tidak tahu siapa.
“Jadi, saya pilih untuk tidak cakap apa-apa dan biarkan. Saya juga berusaha mencari air penawar untuk Cico, namun tidak juga sembuh.
“Selepas tiga atau empat hari daripada kejadian itu, saya menjerit di dapur dan menangis seorang diri.
“Saya katakan, Ya Tuhan, kalau betul anak ini aku lahirkan, tunjukkan aku sedikit petanda. Kemudian saya teringat ada air zamzam dan saya berikan dia minum dan curahkan di kepalanya.
“Alhamdulillah, selepas minum air zamzam, dia boleh bangun,” kongsi Uji seperti mana dipetik menerusi portal Berita Harian.
Tambah Uji lagi, anaknya itu belum pulih 100 peratus.
“Jujurnya, selama lima tahun ini, kami sudah berubat di macam-macam tempat. Kalau ikutkan, Cico masih belum 100 peratus pulih.
“Tetapi apabila kita bercakap dengan dia, Cico boleh dengar, faham dan boleh menjawab. Alhamdulilla,” ungkapnya.
Menyentuh tentang Aidilfitri dia dan keluarga menyambutnya secara sederhana.
“Kami hanya raikan dengan apa yang ada, persiapan pun tiada,” akhirnya.
Baca Disini : Biduanita Uji Rashid, Dedah Penyakit Misteri & Kisah Malang Timpa Anak Kesayangan
Mingguan Wanita: Benarlah kasih ibu sehingga ke syurga!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber: Berita Harian