Benarlah kasih sayang seorang ibu itu sangat suci dan tiada penghujungnya. Walaupun diri diseksa, jiwa remuk dilukai namun tetap memilih untuk mempertahankan anak-anak yang disayangi.
Dakwa Diri Hanya Terjatuh
Mendakwa dirinya hanya terjatuh walaupun hakikat sebenar, seluruh badan warga emas ini penuh dengan luka, lebam dan kesan patah. Tidak terjangkau dek akal bagaimana kecederaan begitu hanya akibat jatuh sahaja, namun itu yang diberitahu mangsa berusia 64 tahun ini kepada polis apabila ditanya mengenainya.
Demi kasih terhadap dua anak dan seorang menantu, si ibu malang itu menafikan dakwaan dirinya menderita akibat didera, sebaliknya rela dianggap jatuh.
Terkurung Dalam Rumah
Terdahulu, dia diselamatkan pihak berkuasa selepas ditemui penduduk terkurung dalam rumahnya di Flat Desa Wawasan 1, di sini jam 1 tengah hari kelmarin. Ketika ditemui, dia yang hanya berkain batik, cuba keluar melalui pintu jeriji besi yang berkunci di hadapan rumah dan penduduk kemudian menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya ke lokasi sebaik laporan diterima dan wanita itu terus dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk rawatan.
Ads
“Pemeriksaan doktor mendapati mangsa luka di bahagian kepala dan badan, lebam di seluruh badan dan dikhuatiri cedera patah yang lama dipercayai didera.
“Keadaan mangsa bagaimanapun stabil dan masih dirawat di HBM.
“Susulan itu polis menahan dua anak kandungnya masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia 32 dan 35 tahun selain menantu perempuan berusia 28 tahun yang juga OKU,” katanya di sini, semalam.
Tekanan Perasaan & Masalah Mental
Nik Ros Azhan berkata, siasatan pihaknya mendapati mangsa tinggal bersama ketiga-tiga suspek di unit berkenaan dan mereka menghadapi masalah kewangan sehingga sering mengalami tekanan.
Ads
Beliau berkata, pemeriksaan awal kesihatan ke atas semua suspek dilakukan di Hospital Bukit Mertajam, Doktor pakar mengesahkan mereka mempunyai masalah mental dan mengalami tekanan perasaan, namun tiada rekod rawatan psikiatrik sebelum ini.
“Mangsa pula masih belum jalani pemeriksaan mental, namun mempunyai sejarah kemurungan. Dalam keterangannya, dia mendakwa jatuh dan tidak dipukul anaknya tetapi berdasarkan kecederaan, dipercayai dia dipukul dengan kayu.
“Di rumah itu, mereka dikatakan jarang makan dan keadaan begitu daif daripada semua segi. Ketiga-tiga suspek tidak bekerja dan akan mengemis jika kehabisan duit bantuan menyebabkan mangsa dikurung di dalam rumah.
Ads
“Siasatan mendapati anak perempuan mangsa menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM400 (rekod di Perak), manakala menantunya RM400 daripada JKM Penang,” katanya.
Menurutnya, ada dua kanak-kanak berusia enam dan 10 tahun tinggal di rumah itu yang juga cucu mangsa, sudah diserahkan kepada saudara terdekat untuk penjagaan sementara.
Katanya, ketiga-tiga suspek juga dalam proses temuduga untuk menyambung kontrak sewa unit di flat berkenaan yang didaftarkan atas nama menantu mangsa sejak 2016.
“Kami masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa,” katanya.
MW: Tahniah buat para penduduk yang prihatin menghubungi pihak berkuasa, sekaligus menyelamatkan wanita warga emas ini daripada terus terseksa dan menderita. Semoga kejadian ini membuka mata bahawa, masalah mental dan tekanan perasan jangan dibiarkan, segeralah dapatkan rawatan di pusat kesihatan kerana boleh membahayakan orang sekeliling.
Selepas membeli 100 tablet, akhirnya hadiah yang begitu dinanti-nanti pelajar memerlukan ini disampaikan sendiri oleh Ustaz Ebit Lew. Perasaan sebak tetap terbit di sanubari Ustaz, apabila masih ada ramai lagi pelajar yang masih mahukan untuk keperluan belajar.
Berkali Ustaz meminta maaf dalam postingnya di instagram, kerana masih belum dapat memenuhi permintaan 100 ribu permohonan pelajar yang diterimanya.
Bagaimana pun, tetap ada bahagian untuk anak-anak yang direzekikan menerima. Kongsi Ustaz Ebit lagi,
“Tadi dengan bantuan guru besar dan cikgu yang hebat aturkan pelajar menerima hadiah dari saya. Saya singgah di sebuah sekolah. Sebenarnya kasihan jika pelajar tak masuk kelas walau secara online.
Banyak juga yang saya kenal pasti khas untuk yang ada kad OKU dan adik beradik ramai terus hantar ke rumah.. Maafkan saya yer tak banyak. Sorry yer. Sorry. Saya minta maaf. Tab ni permintaan ada 100 ribu dah.
Dah setahun tiada kelas sangat. Takut setahun lagi. Ilmu sangat penting membangunkan jiwa pelajar. Adik-adik belajar rajin-rajin yer. Doakan yer cuba bantu sikit-sikit lagi.”
Mohon Doakan Dapat Bantu Lagi Pemberian Tablet
Sebelumnya pemberian tablet ini lagi Ustaz Ebit sudah berasa sebak. Mengenangkan permintaan anak-anak yang begitu memerlukan.
“Sayu rasa hati. Dalam separuh hari sahaja (sebaik Ustaz Ebit muat naik pemberian tablet 4 hari lalu) 43 ribu mesej atau 43 ribu orang perlu Tab untuk anak belajar. Ramai juga yang OKU, tiada pekerjaan, anak yatim piatu, kerja gaji kecil. Semua bangsa ada dari semua negeri.
Permintaan kerusi roda yang perlu lagi 8 ribu kerusi roda. Ambulans dan van jenazah setiap hari bergerak. Maafkan saya ye tidak dapat membantu ramai lagi. Maafkan saya. Semoga Allah ampunkan dosa saya. Ya Allah siapa sahaja yang benar-benar memerlukan permudahkanlah. Lapangkanlah buat saudaraku semua. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah.”
Ustaz Ebit Lew dengan rendah hati memaklumkan ketidak mampuannya. Bagaimanapun, ramai sedia maklum dan sedar betapa Ustaz sudah melakukan yang terbaik. Malah, usaha yang ustaz lakukan untuk menggembirakan anak-anak sekolah ini begitu murni memberi kesan di hati rakyat Malaysia.
Dibayar untuk tidur. Rupanya dengan tidur 8 jam sehari pun boleh dapat gaji. Bahagia betul kerja macam ni. Menarik jawatan kerja sebagai ‘Eksekutif Tidur’ yang diiklankan oleh syarikat tilam ini. Pastinya menjadi rebutan.
Eksekutif Tidur
Sebuah syarikat menjual tilam di Singapura, Sonno menawarkan jawatan khas iaitu Eksekutif Tidur untuk tidur selama lapan jam sehari selama 100 hari di atas tilam keluaran syarikat itu, lapor portal Mothership, semalam.
Syarikat tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar secara online yang mengiklankan jawatan Eksekutif Tidur untuk penduduk Singapura sebagai sebahagian daripada kempen awam iaitu ‘Dibayar Untuk Tidur’ dan bagi membantu kajian dalam mencari rahsia tidur lebih nyenyak.
Tidur Secara Profesional
Kempen itu bertujuan untuk menggunakan penemuan tersebut sebagai data bagi menambah baik produk tilam Sonno agar dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat Singapura dengan memberikan mereka tidur malam yang lebih nyenyak.
“Jawatan untuk tidur secara profesional akan memberitahu kami apa yang diperlukan untuk tidur lebih lena terutamanya sepanjang musim pandemik dan bagaimana untuk membantu mereka mencapai tujuan itu,” kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sonno, Fabio Miceli.
Aplikasi ‘Pengesan Tidur’
Jawatan itu turut ditawarkan dengan imbuhan sebanyak 1,500 dolar Singapura (RM3,088) sepanjang 100 hari tugasan, ganjaran tilam Sonno bersaiz Queen Original, dua biji bantal dan sehelai cadar percuma.
Calon yang terpilih perlu menggunakan aplikasi ‘Pengesan Tidur’ untuk mengesan pola tidur mereka selama 100 malam mengikut keselesaan bilik tidur mereka sendiri.
Mingguan Wanita : Menarik sungguh kerja ‘Eksekutif Tidur’ ni. Tidur dengan lena pun dibayar gaji. Boleh lah mohon bagi yang layak iya. Pastinya menjadi rebutan jawatan ini.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Sebelumnya, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew ada berkongsi tentang pembukaan pasaraya ElewsMart adalah sebahagian daripada usahanya untuk membantu orang susah.
Bagi melancarkan operasi pasaraya, Ustaz Ebit membuka peluang pekerjaan kepada 100 orang yang berminat untuk jawatan Branch Manager, Assistant Manager, Marketing Officer, Supervisor dan Retail Staff.
Yang mana, jawatan ini bakal mengisi kekosongan pekerja di 10 cawangan pasarayanya. Sebagaimana yang disenaraikan sebelum ini, iaitu di Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sg Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.
Anda yang berminat bolehlah hantarkan resume ke hrelewsmart@gmail.com
Buka Pasaraya ElewsMart, Niatkan Bantu Orang Susah
Kongsi Ustaz Ebit,
Pohon doakan yer sahabatku semua. Doa semua sangat penting dalam usaha ini. Syukur 10 ElewsMart dan DC kami sedang renovate.
Saya pergi mana semua tanya kenapa tiba-tiba nak buka 10 cawangan Elewsmart? Hari-hari saya kerja buat Training. 3 restoran Paramount Coffee House. Butik Elews. Kenapa tiba-tiba mart.
Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman mereka setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sebuah keluarga. Saya nak buat food bank. Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan.
Nak Jadi Asbab Kebaikan Buat Semua Manusia
Masa PKP. 3 lori besar beli makanan agihkan 3 hari jer dah habis. Di situ saya fikir nak bantu lebih ramai orang. Saya juga ada ambil tangungjawab untuk bayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya bahagia buat kerja ini.
Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Nak reda Allah. Nak lihat senyuman lebih ramai orang.
Dulu saya miskin susah. Alas tidur orang pernah bagi. Yuran pun begitu. Doakan ye semua. Terima kasih semua.
MW : Semoga usaha Ustaz Ebit Lew ini akan ‘terbang’ lebih tinggi lagi. Dan dapat memberi manfaat kepada orang lain yang memerlukan.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.