‘Kasihan tengok mak ayah bekerja.’ Gadis cantik ini sanggup jadi buruh angkat simen. Bukan kaleng-kaleng gadis ini, lelaki pun tak ramai yang sanggup bekerja sebagai buruh.
Memang salute! Seorang wanita, cantik dan masih muda, sanggup korbankan waktu remajanya untuk membantu kedua ibu bapa dengan mengambil upah mengankat simen.
Artikel Berkaitan: ”Saya Bukan ‘Genius’, Perlu Bekerja Keras.” Pelajar Malaysia CGPA 4.0 Raih Tempat Pertama Di Virginia Tech
Seorang gadis bertudung di Jakarta, Indonesia menjadi sensasi internet kerana kesungguhannya bekerja sebagai buruh binaan sehingga sanggup memikul simen, lapor portal berita Wolipop kelmarin.
Berdasarkan video yang tular di laman TikTok, gadis bernama Nur Halisa itu dilihat sedang mengangkat guni berisi simen dari sebuah lori yang diletakkan di hadapan sebuah bangunan.
Baca Di Sini : Mampu Pikul Simen 50 Kilo, Gadis Cantik Ini Tak Kekok Lakukan Kerja Buruh
Dia juga memanjat ke atas lori lantas memikul simen tersebut.
“Belajarlah menikmati apa yang kamu miliki kerana ia akan membuatkan hidupmu lebih bernilai. Jangan lupa bersyukur kerana dapat membantu ibu bapa dan jangan sombong,” tulis gadis itu pada hantaran tersebut.
Hantaran itu menerima lebih 4.1 juta tontonan dengan ramai netizen memberikan kata-kata semangat kepadanya.
“Semoga dapat menjadi motivasi kepada saya untuk selalu bekerja dengan penuh rasa kesyukuran dan kesungguhan,” kata seorang netizen.
Artikel Berkaitan: Dulu Ikut Abah Niaga Pasar Malam, Kini Tersenarai Antara 10 Wanita Hebat ASEAN
Wolipop kemudian menghubungi Nur Halisa dan menurut pelajar sekolah menengah atas di Indonesia itu, dia membuat kerja tersebut kerana ingin membantu kedua-dua ibu bapanya.
“Jadi buruh angkat simen kerana kasihan melihat ibu bapa bekerja. Saya ingin membantu mereka dan bersusah senang bersama mereka.
“Semuanya memerlukan kerja keras dan jangan lupa bersyukur dapat membantu ibu bapa. Kerjanya memang berat, namun hasilnya lebih baik,” katanya. – AGENSI
Mingguan Wanita : Begitulah anak yang mengenang jasa, bukan habiskan masa melayan telefok sebaliknya sanggup bekerja keras demi membantu keluarga. Bagus sungguh didikan mak ayah gadis ini.
Sumber : Kosmo Online, Walipop
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita