Lumrah dalam kehidupan ada pasang dan surutnya.Ada ketika diberi nikmat kesenangan dan keselesaan ada ketika diuji dengan kesusahan. Disinilah nilai keimanan dan kesabaran teruji dalam menghadapi setiap ujian dan dugaan yang menimpa untuk terus bangkit menempuh kehidupan.
“Ini sahabat saya, dulu bekerja sebagai seorang salesman di sebuah syarikat.Jualan yang beliau hasilkan ratus ribu setiap bulan. Bab sales memang bagus.Cuma, beliau ada satu masalah.Terkena tipu dengan customer.Customer tipu buat hutang sket sikit, then bila dah accumulate ratus ribu, customer blah.Dia dan manager dia dua dua orang ‘dibuang’ kerja atas kecuaian ini.Ini cerita 3 tahun lepas.
Then dia cuba buat bisnes, tapi… Masalah yang sama berulang. Kena tipu lagi. Kali ini dengan customer lain pulak.Customer ambil barang tapi tak bayar. End up, terpaksa bungkus.Lepas itu, dia cuba bertahan hidup dengan buat bisnes kecil kecilan tapi tak boleh survive.Sepanjang tempoh ini, banyak kali juga dia kesempitan wang.
Anak 4 Orang, Isteri Suri Rumah
Bila berjumpa saya, saya memang tak bagi pinjam duit. Sebab saya tahu kalau pinjam pun, bukan dia mampu nak bayar nanti.So, saya bagi zakat sahaja kat dia untuk dia belanja makan anak anak dia 4 orang.
Baru baru ni, dia datang ke rumah saya. Minta kerja. Saya cakap lah, kerja yang saya ada di Changlun. Jauh pulak katanya. Nak uruskan anaknya susah. Isteri suri rumah, tak bekerja.So, memang bergantung harap dengan pendapatan dia sajalah.Bila saya jumpa, saya bagi la apa yang saya boleh bagi.
Kesian ooo… Tengok kawan yang sama sama dengan kita dulu, satu ketika dulu bergaji RM4-5k sebulan, tetiba Allah uji macam ni.Semalam dia datang jumpa saya lagi, dengan suara rendah.
“Sekarang aku dah dapat kerja. Kerja dengan sorang kontraktor ni, kerja cuci longkang kawasan kita ni. Gaji RM800 sebulan…. Sebulan kerja 26 hari.”
Saya cakap, “What…. !!!”
“Kenapa sampai jadi macam nii?”
Ads
Dia cakaplah, “Firdaus, ini bukan soal malu. Ini bukan soal maruah. Ini bukan soal kotor. Ini soal hidup. Anak bini aku dah tak ada makan, aku terpaksa kerja. Kerja kotor pun aku kena buat. Mungkin Allah nak uji aku sekarang.”
“Hang nampak aku susah. Hang tau tak, masa aku kerja cuci longkang. Ada 8 orang geng, cerita depa.. Aiyo. Lagi aku nak menangis. Bila tengok depa lagi susah, aku tak boleh nak cerita kesusahan aku. Sebab depa lagi susah. Kalau tak susah, orang tak mau kerja cuci longkang ni Firdaus”
Wowww… Dalam hati, ku terasa nak menangis.
Then dia cakap, “Firdaus, boleh bakugi aapa apa, mesin rumput ke, buat ape ke… Asal ada kerja lah. Aku segan nak minta duit kat hang, aku nak minta kerja apa hang boleh tolong aku.” kerja buat
Then saya cakap, “Oklah, mesin rumput rumah aku.”
Padahal rumput baru ajer mesin dua minggu lepas. Tak per lah, tolong aja lah.
Then dia cakap, “Boleh tak hang tolong advance duit kat aku dulu. Aku nak beli beras dan barang dapur rumah aku ni. Duit dah tak ada.”
Nak menitik air mata saya.Saya bagi duit advance dulu kat dia.
Dan hari ini, seorang yang dulu kawan baik saya. Yang gaji besar, hang hidup boleh la dikatakan selesa untuk level hidup di kampung. Hari ini dia datang mesin rumput di rumah saya.
Pukul berapa dia datang?Jam 11:00 pagi. Ketika matahari dah panas. Tapi dia tekun memulakan kerja.
Saya tanya, kenapa datang lambat?
Ads
“Pagi tadi hantar barang kat customer sikit…. Hari ni tak kerja, bos bagi cuti.”
Gaji RM800 Sebulan
Huhu… Saya sangat sangat bersimpati. Apalah nak kita buat dengan RM800 sebulan.Nauzubillah kalau Allah uji macam ni. Boleh jammm ooo.Tak tahu iman jadi macam mana.Tapi… sahabat saya tetap bersabar.
“Bukan aku tak cuba cari kerja yang bagus sikit, tapi aku tak jumpa kerja yang boleh bagi gaji lebih sikit. Dah yang ini aku jumpa. aku kerja lah dulu sebulan dua ni.”
In case, ada di antara anda yang baca kisah ini, yang terasa nak bantu sahabat saya ini dengan memberi sedikit sumbangan sedekah atau zakat.Mungkin kita boleh sumbang seringgit dua. Insya Allah, sikit kita sumbang, ringan beban dia.
Mungkin RM10 kecil buat kita, tapi untuk masa sekarang. Duit RM10 pun tersangat besar nilainya buat dia.So, kita bantu dia. Mudah mudahan Allah tak uji kita macam Alllah uji dia.
Dalam berbisnes, Allah pernah uji saya juga. Saya pernah ada hanya RM50 sahaja duit dalam poket. Saya menangis waktu tu. Sebab saya pernah susah, saya tahu apa yang dia rasa waktu ini.
Pengajaran :
i. Ketika kita senang, berhati hati lah dengan kewangan kita. Belanja sebaik mungkin. Jangan terlalu boros. Ni pesan untuk diri saya. Sebab saya pun banyak juga belanja duit.
ii. Bila berniaga, elakkan bagi banyak sangat hutang dekat customer. Cuba cash. Biar untung sikit, tapi CASH.
Ads
iii. Bila ada kawan susah, kita bantu. Masa bantu tu, kita doakan, agar Allah tak uji kita macam tu.
iv. Doakan sahabat kita ini. Semoga Allah beri kelapangan pada dia.
Mohon SHARE Kisah Ini. Moga Lebih Ramai Dapat Pengajaran.
NOTA KAKI:
ENTRI INI, SAYA TULIS SENDIRI. SAYA BERTANGGUNG JAWAB ATAS APA YANG SAYA TULIS INI.
DIA TAK MINTA DUIT KAT SAYA PUN, CUMA SAYA TERASA DIA WAJAR DIBANTU DALAM KEADAAN DIA MACAM TU.
Semoga segala urusan dipermudahkan, jika ada yang boleh menawarkan pekerjaan yang bersesuaian untuk membantu lelaki ini boleh hubungi En Firdaus sendiri.
Tak siapa boleh baca selama mana Allah bagi ‘pinjam’ seseorang dalam hidup tetapi kalau pernah merasa ayah pergi waktu umur masih kecil, anda akan selami hati anak kecil ini. Sebak.
Tahu pula pemergiaan ayahnya selepas hantar dia menuntut ilmu. Allah… cukup besar ujian buat anak kecil ini, namun nak tak nak kena telan dan meneruskan hidup dengan tabah.
Apa yang dilaluinya mungkin tak mudah, jadi jika ada yang sudi membantu boleh ikuti perkongsian Puan Jamilah Hawa Sapai ini…
Ayah Sakit Jantung
Seorang Pelajar Darjah Dua SK Jalan 6 bandar baru bangi kehilangan bapanya awal pagi tadi.
Bapanya meninggal selepas serangan jantung semasa memandu selepas menghantar anak ini ke sekolah. Bapanya meninggal di tempat kejadian pada usia 37 tahun.
Apa yang buat saya sebak ialah ibunya baru 5 hari berpantang dan baru sahaja suaminya hantar pulang ke kampung di kelantan.
Ibunya Kurang Upaya
Isteri beliau seorang yang kurang upaya penglihatan (buta) dan bekerja di jabatan kebajikan masyarakat.
Anak ini sangat tabah. Mengalir air mata dan sangat sayu apabila melihat jenazah bapanya yang dia kasihi.
Dia cukup disiplin dan ini diakui oleh guru sekolah dan pihak transit di sini.
Jika ada yang ingin menyumbang, bolehlah dapatkan maklumat pelajar tersebut di SK Jalan Enam Bandar Baru Bangi.
Moga sumbangan Tuan-puan boleh meringankan dan membantu serba sedikit anak ini dan keluarga beliau.
Moga Anak ini menjadi anak yang soleh dan cemerlang.
Tabahlah wahai anak muda, kamu bakal menjadi manusia yang berbakti. Aamiin.
Bagi Anda Yang Nak Beri Sumbangan
Jika ada yang berminat untuk membuat sumbangan. Boleh bank in ke akaun isteri arwah.
MAS SUNI MAT HUSIN
CIMB:7617029176
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Paling terkesan dalam satu-satu keretakan rumah tangga sebenarnya bukanlah pada diri orang tua, tetapi anak-anak yang tanggung derita. Apabila suami tak lagi cinta, mencari kasih lain dari syurga yang sebenarnya ada di rumah sendiri, makin terseksalah hidup isteri malah anak-anak.
Ini kisah benar yang terjadi pada sebuah keluarga yang menyewa rumah sewa Azlina Hazmi. Dan inilah yang disaksikan sendiri olehnya di depan matanya. Pilu kisah anak-anak ini. Kerana suami yang berkahwin dengan gadis 16 tahun, isterinya turun naik mahkamah untuk proses penceraian dan anak-anak terabai sampai kelaparan.
Isteri Hamil Anak Ke-4, Suami Kahwini Gadis 16 Tahun
Kisah ini benar terjadi di depan mata saya. Pasangan berpisah anak 3 orang dengan isteri mengandung. Anak yang sulung umurnya 5 tahun, kedua 4 tahun dan ke tiga 2 tahun. Suaminya dah berkahwin dengan budak umur 16 tahun.
Si isteri ke sana sini uruskan diri sorang-sorang. Ada sekali dia datang minta tolong tengok-tengokkan anaknya sebab dia nak ke mahkamah uruskan penceraian. Masa dia hantar tu, anak sulungnya demam. Bila saya tanya dah makan ke belum.
Dia cuma jawab, “Dalam peti ais tak ada makanan. Mama dah bagi makan telur rebus.”
Saya suruh dia makan nasi, dia tak nak. Tapi dia minta makan roti. Saya beri dia 2 keping dan makan sampai habis. Dalam setengah jam, anak tadi cuit saya sebab dia ini macam ada masalah bercakap. Bila bercakap guna bahasa dia saja. Orang lain tak faham.
Masa dia cuit itu nak beritahu yang dia nak muntah. Air mata saya tak boleh tahan bila tengok budak sekecil itu tanggung sakit.
Dua orang adik-adiknya masa itu bekas suaminya dah ambil. Saya tak sampai hati Jadi saya suruh suami cari ayah budak itu. Dan tunjuk gambar anak dia yang tak sihat. Sekali ayahnya tanya suami saya balik, “Ibunya pergi mana?”
“Allahu.. rasa macam nak suruh laki saya tumbuk muka dia masa itu.” Saya cakap kalau sayang anak tolong datang ambil dan bawa pergi klinik.
Dia datang rumah saya dengan bini mudanya. Malam itu juga dia terus hantar anak dia balik kampung. Lega hati bila mama dia tunjuk gambar anak-anak dia dalam jagaan bekas mentua dan sihat walafiat.
Saya tahu ibunya tak kuat masa itu. Tengah mengandung lagi, tak kerja, tak ada tempat tinggal. Itu yang saya usahakan supaya bekas suami dia ambil anak dia. Tapi si bekas isteri ini sangat baik dengan bekas mentua. Selalu pergi ke kampung melawat anak-anak.
Bekas Suami Tak Nak Ambil Tahu Kandungan Isteri Sebab Bayi Itu Lelaki
Sebelum ini pasangan ini menyewa di rumah saya. Tapi mereka bercerai selepas berpindah ke rumah sewa lain. Rumah baru itu tak jauh pun dari kawasan rumah sewa saya. Cuma sekarang dah hilang jejak sebab mereka dah berpindah tempat lain selepas bekas suami dikecam jiran-jiran.
Masa itu suaminya mengabaikan anak-anak yang masih kecil. Masa dia ambil anak-anak untuk duduk sama-sama dengan isteri baru, anak-anak 3 orang tu ditinggalkan dalam rumah sendirian dalam gelap. Ayahnya pergi kerja, mak tiri pula keluar jumpa kawan.
Jiran ternampak dan ajak anak dia tapi anaknya tak nak pergi. Duduk kat tangga sambil tunggu ayahnya balik. Masa jiran nak pergi pujuk anak tu, masa itulah mak tirinya balik. Tanpa ucap sepatah lata pun tapi dimarahnya anak-anak tu.
Saya mesej dekat ibu kandung mereka. Masa itu ibunya tengah sarat mengandung dan berulang alik ke hospital Ampang seorang diri. Anak nombor empat yang dikandung ini bekas suami langsung tak nak ambil peduli.
Tak belikan kelengkapan bayi. Katanya bekas suami tak nak baby tu. Masa scan doktor kata bayi lelaki. Dia dah ada 3 orang anak lelaki jadi kalau boleh nak anak perempuan. Dengan izin Allah Yang Maha Kuasa, masa bersalin keluar bayi perempuan.
Satu Lagi Kejadian Menyayat Hati
Ini kejadian sebelum ayahnya hantar anak-anak ke kampung. Suatu hari ibunya tumpangkan anak-anak 3 orang itu di rumah saya. Sebab dia pergi kerja dan tak ada orang yang jaga. Saya setujulah sebab anak-anak dia dah biasa dengan saya.
Masa hantar anak dalam pukul 10 pagi macam itu, daya terus masak sebab tengok diaorang lesu ke. Dah siap masak saya cedukkan nasi nak suap diaorang. Anak yang no 2 yang umur 4 tahun datang dari belakang dan tarik baju saya. Lepas itu saya pusing dia tengah gosok perut dia sambil sebelang tangan lagi angkat baju tunjuk isyarat lapar.
“Ya Allah, sedih sangat-sangat. Saya pusingkan muka sambil menangis sebab tak tahan tengok muka anak tu masa itu.”
Yang terakhir kali saya dapat berhubung dengan ibu anak empat ini. Bekas suaminya dah ambil yang bayi perempuan dan hantar ke kampung. Maknya yang jaga semua anak-anak dia. Tengok pada gambar yang dikirimkan anak-anak ini makin sihat dan bersih. Tapi emosi anak-anak ini saya tak tahulah macam mana.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang tidak dapat dinafikan penghidap penyakit ekzema memerlukan penjagaan rapi sepanjang hayat. Ada yang mendapat penyakit ini berpunca daripada penyakit keturunan yang dihidapi oleh mak ayah. Perbuatan menyalahkan mak ayah sendiri sehingga sanggup membunuh mereka kerana penyakit ini adalah amat tidak wajar.
Hidap Ekzema Sejak Kecil
Seorang bekas pelajar kejururawatan di Hong Kong tergamak menikam kedua ibu bapanya hingga mati sebelum membunuh diri gara-gara penyakit ekzema yang dihidapinya sejak kecil.
Dalam nota yang ditinggalkannya, CNN melaporkan Pang Ching-yu, 23, menyalahkan ibu bapanya kerana ‘menurunkan’ penyakit ekzema yang teruk kepadanya dan menganggap lebih baik mati daripada terus hidup dengan penyakit itu.
“Penghidap ekzema yang melahirkan anak lebih teruk daripada orang miskin yang beranak. Kalau miskin kita boleh ubah kehidupan dengan bekerja keras. Tapi jika ekzema, memang terpaksa menanggung seksa sepanjang hayat,”tulis Ching-yu dalam sebuah blog.
Anggap Lebih Baik Mati
Ching-yu juga tidak sanggup melihat dirinya dalam cermin seterusnya menganggap lebih baik mati daripada hidup dengan penyakit itu. Mayat Ching-yu ditemui dengan kepalanya ditutup beg plastik yang dihubungkan paip disalurkan pada kanister gas helium, manakala mayat ibu bapanya, masing-masing berusia 56 serta 60 tahun, ditemui dengan pelbagai kesan tikaman.
“Kami menemui nota ditinggalkan wanita itu dalam bilik tidurnya, manakala pisau berukuran 30 sentimeter yang berlumuran darah ditemui di dapur.
“Memang dia menganggap lebih baik mati daripada menderita penyakit itu,” kata Penolong Komander Polis Daerah Tuen Mun, Yan Fong-wai kepada South China Morning Post.
Mohon tiada lagi kes begini berlaku, apabila anak-anak menyalahkan mak ayah masing-masing apabila menghidap penyakit keturunan. Perlu ingat, tiada seorang mak ayah pun yang inginkan anaknya sakit, malah sentiasa mengharapkan anaknya sentiasa sihat walafiat, cergas dan membesar dengan baik.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...