“Kasihan Perempuan Itu..” Kerana Lelaki Wanita Jadi Mangsa Tuding Jari

Share

Sukarnya ujian seorang wanita. Dari anak dara, sampailah sudah jadi emak orang, ujian hidupnya tak pernah habis. Ini kerana perempuan itu, sifatnya lemah. Dicipta dari tulang rusuk lelaki agar dirinya dilindungi dan disayangi.”

Sayangnya lelaki waima suami yang seharusnya menjadi pelindung, ada yang gagal melaksanakan amanah. Sayangnya cuma sementara. Dan luahan hati Cik Puan Ammy ini sebenarnya mewakili ramai wanita.

Ya.. wanita yang seharusnya dilindungi, sebaliknya selalu saja menjadi mangsa tuding jari mereka yang gagal memahami.

Kasihan Perempuan Itu

Kasihannya perempuan itu…

Sentiasa disalahkan dalam setiap perkara.

Anak jatuh? Dia yang salah

Anak sakit? Dia yang salah

Anak bising, menangis, menjerit? Dia yang salah

Rumah bersepah, kain baju bertimbun? Dia yang salah

Lambat masak? Dia yang salah

Suami curang, ada yang kedua.? Dia juga yang disalahkan. Sedangkan dia cuba jadi yang terbaik. Bantu lah dia. Ringankan bebannya.

 

Kasihannya perempuan itu…

Kerja 8 pagi hingga 5 petang,

Balik rumah, sambung lagi

Malam nak lena pun masih ada tugas wajib dilaksanakan, andai ditolak, akan dilaknat malaikat hingga ke pagi. Isteri derhaka, membuka ruang suami cari yang ke-dua. Maka relalah dia dalam terpaksa.

 

Kasihannya perempuan itu…

Jika tidak bekerja, lain pulak ceritanya

Hidup ibarat hamba, tangan ada dua umpama ada lapan, kalau boleh semua nak di ‘gapainya’. Bila minta tolong.

Ah! Penat lah. Awak buat lah. Awak bukan bekerja, goyang kaki jer di rumah.”

 

Kasihannya perempuan itu…

Masa ‘bersama’ semuanya manis. Bila dalam ‘labour room’ ditinggalnya sendiri tanpa teman. Menanggung kesakitan yang amat demi melahirkan zuriatnya.

 

Kasihannya perempuan itu…

Kahwin 5 tahun, tiada zuriat, dia dituduh mandul. Kahwin 5 tahun, anak nak masuk 4, disindirnya pula.

Beranak jer kerja kau kan. Tak ada kerja lain ke kau laki bini.”

Mereka tidak sedar, rezeki datangnya daripada Dia. Bukan kita sebagai manusia yang tentukan.

 

Kasihannya perempuan itu…

Mengadu sakit, si suami sibuk,

Nak ‘drive’ sendiri pergi klinik tidak diizinkan, masuk ‘ward’ nanti siapa nak jaga si anak. Maka bertahan la dia dengan mengambil ubat tahan sakit tanpa tahu penyakit dan risikonya.

 

Kasihannya perempuan itu…

Diberinya RM500 ibarat diberinya RM5000

Dua bulan ditanya lagi.

Nak belanja lagi? RM500 tu ke mana perginya, awak beli apa?”

Sedangkan si suami tahu, dapur sentiasa berasap, ‘peti ais’ sentiasa penuh.

 

Kasihannya perempuan itu…

Bila terlebih belanja, dikatakan boros, diherdiknya

Kau ingat aku hamba abdi kau cari duit, kau ingat harta bapak kau yang bagi.”

Ingin bekerja, cari belanja sendiri, si suami tidak izinkan, siapa nak jaga si anak,

Aku mampu tanggung lagi.”

Egonya suami…

 

Kasihannya perempuan itu…

Bila suami tidak berdaya, dia memikul

tanggungjawab, aku lah ibu, akulah ayah

Bila minta kebenaran untuk bercuti

Dihina oleh majikan, katanya, dia perempuan

tidak berguna

Sedangkan, kepada keluarga, dia lah segalanya.

 

Kasihannya perempuan itu…

Tiada suami lain pula kisahnya

Ada sahaja yang tidak kena

Masih dara dikatanya anak dara tua,

tidak laku dan tidak ada yang sudi menjadikan dia

isteri

Cantik berhias, dikata nak menggoda

Selekeh dan serabai, dikatanya pemalas

Bila beramah mesra dikatanya penyibuk

Bila diam menyendiri dikatanya sombong…

Apatah lagi yang telah menjanda

Mereka lupa jodoh, rezeki, ajal dan maut

ditentukan olehNya, bukan kita sebagai hamba

yang lemah.

 

Kasihannya perempuan itu….

Kita sebagai perempuan yang bernasib baik

hanya mampu memandang dan berdoa semoga

perempuan itu dijaga olehNya. Dilindungi

olehNya. Diberi kebaikkan olehNya dalam setiap

perbuatan. Dijaga oleh Dia kewarasannya.

 

Jangan ada lagi yang ingin membunuh diri.

Jangan ada lagi yang membunuh dan mendera anak sendiri.

Jangan ada lagi yang cuba membunuh suaminya sendiri.

Jangan ada lagi yang hidup dengan tekanan perasaan.

Kesiannya perempuan ituuuu…

 

Sumber/Foto : Cik Puan Ammy

Published by
Netty Ah Hiyer