Alangkah bahagianya hati seorang isteri apabila seorang suami begitu prihatin dengan susah payah dan penat lelah isteri. Sayangnya, ramai suami tak nampak semua itu.
Wajah kelat isteri, dikatanya ingkar dari arahan suami. Walhal wajah kelat itu sedang PENAT. Bukan mudah nak urus rumah. Lagi bila anak rapat-rapat, kecil-kecil pulak tu.
Hadam ingatan yang Ustaz Ebit Lew nukilkan untuk dirinya sendiri. Satu ingatan yang cukup baik untuk suami fahami.
Kerana, inilah yang sebenarnya seorang isteri amat-amat harapkan. Suami yang prihatin dan faham akan susah payahnya.
Kasihan Bidadariku Ini Penat, Tak Sempat Dating Berdua
Paling bahagia dapat kayuh basikal berdua dengan bidadari tercinta. Kasihan bidadariku ini penat dan tak sempat masa dating berdua. Miss u sayang.
Ada sekali bila sampai rumah tengah malam. Dah 1 pagi. Tengok bidadari dah tertidur di sofa di ruang tamu. Tunggu suami seperti selalu. Rasa sebak lak.
Ya Allah kasihan bidadariku. Ampunilah dirinya, berilah kesihatan padanya.
Ads
Ya Allah beri syurga firdaus buat dirinya.
Perlahan-lahan beri salam supaya dia tak terjaga dan tutup pintu perlahan-lahan. Saya paling nikmat dan seronok bila lihat bidadari saya boleh berehat sikit. Yerlah mana sempat seorang isteri itu untuk berehat.
Masuk Bilik.. Tengok Ada Dua Bakul Besar Belum Berlipat
Saya masuk bilik tengok ada 2 bakul baju besar belum lipat. Ada sikit-sikit dah lipat. Penatnya bidadari saya.
Saya berusaha lipat semuanya. Terasa sakit pinggang. Terasa jenguh juga menghabiskan semuanya Dan puas juga tengok masa baju anak.
Ads
Sedih sebab tak tahu sangat mana baju anak mana. Sebab semua almari lain-lain.
Anak dah 4 orang. Sebak fikir macam manalah ibu, isteri, seorang wanita buat semua ini seorang diri dalam keletihan. Setiap hari tanpa rehat dan tanpa henti.
Semakin Lama Lipat Baju, Semakin Sebak
Dekat 2 jam lipat baju. Makin sebak rasa. Ya Allah ganjarilah dengan sebesar-besar ganjaran buat bidadariku. Kemudian masukkan dalam almari. Susun ikut almari masing-masing. Maknanya ada 6 almari. Semuanya lain-lain.
Ada baju siang. Baju malam, baju berjalan, baju di rumah. Ada baju tidur. Musim panas musim sejuk. Sedih rasa. Ya Allah.. ada baju kena gantung. Ada baju kena lipat.
Ads
Bila tengok dalam almari. Semuanya cantik kemas.
Hebat seorang wanita. Rupanya nak lipat kain pun penuh kesenian. Penuh ketelitian. Penuh sistem.
Takut bidadari saya terjaga. Kerana saya tahu bidadari saya penat jaga dan urus anak-anak. Itupun saya takkan terbalas jasanya. Ya Allah. Bidadari saya menangis kejut saya. “Kenapa abang buat semua ini. Abang penat berdakwah.”
Sebab abang lelaki. Abang sayang bidadari abang kerana Allah. Abang sihat. Sayang banyak pahala khidmat. Bahagiakan hati sayang buat Allah sayang.Abang nak pegang tangan sayang pimpin masuk syurga.
I love u sayangku bidadariku.
MW : Wahai suami, kalau ustaz Ebit Lew yang jadualnya sangat padat itu pun boleh lupakan rasa penat, bantu isteri lipat baju sebaik balik rumah. Kenapa tidak anda. Tak jatuh maruah pun sebenarnya bantu isteri hilangkan rasa penatnya itu.
Kebanyakan mak-mak dan seorang isteri, memang tiada istilah ‘sakit’. Sakit macam mana pun,seorang isteri dan mak-mak selalunya tetap memastikan urusan anak-anak dan kerja-kerja rumahtangga siap sempurna. Tetap gagahkan diri, walaupun diri tak berapa sihat dan tak larat sangat-sangat.
Namun, ini yang suami perlu faham, isteri takkan selamanya sihat. Sikap prihatin dan memahami daripada seorang suami sangatlah diperlukan ketika ini.
Ada masanya dia akan sakit, akan demam, akan terlantar di katil dan ketika itu, dengan keadaannya yang macam tu, adakah kita masih mengharapkan dia untuk melakukan tugas-tugas seorang isteri…?
“Ayang, bangun-bangun, tolong sidai baju jap…ayang, dah rasa sihat sikit? tolong lipat baju jap, baju dah penuh dalam bakul…ayang, abang lapar, boleh tolong masak tak?…ayang, tengok anak-anak tu…”
Ayang itu, ayang ini…
Tapi dia tak sihat kan, dia sakit kan…kenapa masih nak mengharapkan dia untuk buat keje-keje tu lagi…?
Sebab tu kadang-kadang apa yang kita boleh lihat dan perhatikan adalah isteri ni, ketika dia tengah demam ke, dia tengah sakit kepala ke, dia lemah satu badan ke, dia tengah senggugut teruk ke, dia tengah berpantang ke, dia masih berbakti untuk suaminya, masih lagi buat keje-keje rumah, masih lagi jaga anak-anak, masih buat keje yang selalu dia buat…
Kalau bukan dia yang buat semua tu, nak harap siapa lagi yang buat…?
Digagahkan jugak diri untuk buat walaupun tak larat sangat-sangat, dikuatkan jugak diri tu untuk bangun dari katil…sedih kalau dah sampai tahap kena buat macam ni…dah terlebih berkorban sebenarnya jika dia dah tak lagi mementingkan keadaan dirinya, kesihatan dan kemampuan dirinya…bila di suarakan,
“Abang, boleh teman ayang kat umh tak, jangan pi keje…”, kita balas ”Awak jangan manja sangat, jangan ikut sangat sakit tu, jangan mengada-ngada…orang lain bleh ja dok rumah sorang-sorang”
Ambil Cuti Jaga Isteri
Ambillah cuti, jagalah isteri dirumah jagalah anak-anak untuk dia…buatlah keje-keje rumah untuk dia…bungkuskan makanan untuk dia makan…bagi dia berehat dan jangan bagi dia buat apa-apa masa keadaan dia macam ni…dia perlukan “cuti” daripada semua pekerjaan yang dia selalu buat…dia manusia, dia bukan robot, bukan saka…dia juga takkan selamanya sihat untuk kita…
Tolak ansurlah dalam rumahtangga…nanti kita sakit, dia jugak yang akan jaga kita…takkan nak jaga dia pun, kita berkira? Dan kepada semua isteri diluar sana, awak semua kena kuat untuk keluarga awak, awak smua kena sihat untuk keluarga awak, jaga kesihatan, jaga pemakanan dan jaga keadaan diri awak sendiri..
Syurga ganjaran untuk awak semua.. InsyaAllah…
Tidur dengan lebih lena apabila persekitaran bersih, bebas bakteria mahupun kuman dengan memasang Primada UV Air Purifier MPA9 ini di rumah.
Khas buat pembaca Mingguan Wanita boleh dapatkan diskaun RM5 apabila masukkan kod berikut. MWGSP5
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. But para suami, hargailah pengorbanan isteri.Fahamilah, isteri bukan selamanya sihat.. Sampai satu ketika, dirinya juga tak kuat, perlukan cuti untuk berehat daripada melakukan kerja-kerja rumah dan uruskan anak-anak.
Tidak dinafikan ada lelaki berubah selepas mendirikan rumah tangga. Mungkin Ketika bujang dia banyak habiskan masa dengan aktiviti tidak berfaedah, merokok, melepak, namun setelah berkahwin dia mulai berubah.
Tetapi tidak semua lelaki sama, ada antaranya yang tidak berubah sampai sudah. Berkahwin dan miliki anak bukan jaminan suami berubah, oleh itu isteri jangan terlalu berharap kerana akhirnya anda yang makan hati.
Ikuti perkongsian Puan Intan Dzulkefli dan fahami mesej yang dirinya cuba sampaikan.
Berkahwin & Miliki Anak Bukan Jaminan Suami Berubah
Antara kesilapan sesetengah orang perempuan ialah dia rasa dia boleh mengubah sikap lelaki selepas mereka berkahwin. Dia rasa dengan pesona dirinya, cintanya kepada lelaki itu akan membuat lelaki itu berubah.
Silap besar yang lain juga ialah wanita merasakan lelaki akan berubah sekiranya dia melahirkan anak-anak untuk lelaki tersebut. Fikirnya dengan pengorbanan melahirkan anak itu, lelaki akan berubah menjadi seperti yang dia harapkan.
Sebab itu ada yang stay dalam ‘toxic marriage’ dengan anak-anak yang lahir saban tahun. Namun, sikap dan tabiat lelaki tetap juga begitu. Malah, kadang berubah semakin teruk kerana tak mampu menggalas tanggungjawab dan stres sebagai ketua keluarga dengan sebaiknya.
Isteri Jangan Terlalu Berharap
Ada yang waktu berkenalan dan bertunang sudah nampak ‘red flags’ tetapi masih meneruskan perkahwinan kerana dia yakin dirinya dan cintanya akan mampu membuat lelaki itu nanti berubah.
Big No. Inilah kesilapan besar yang perlu seorang wanita ingatkan kepada anak-anak perempuan mereka bahawa lelaki atau suami takkan berubah hanya kerana menyangka hidup selepas kahwin ada magis yang mampu mengubah sikap buruk atau kerana isteri amat mencintainya.
Kaki pukul, heavy smoker, tak solat, tak mengaji, kuat memaki dan mencarut, kaki porno, kaki dadah, kaki zina, pemalas cari nafkah, kaki games tak ingat dunia.
Semua sikap ‘toxic’ ini bukanlah semudah petik jari untuk mengubahnya. Apatah lagi jika sikap buruk yang sudah sebati dengan dirinya sejak dari remaja.
Tertipu Dengan Janji Manis Untuk Berubah
Kadang wanita rasa tertipu dengan janji manis bahawa lelaki tersebut akan berubah selepas kahwin, selepas ada anak, walhal untuk mengubah tabiat buruk amat memerlukan mujahadah yang tinggi. Tak kisahlah walau siapapun kita, betul?
Lebih memilukan, wanita itu sendiri yang memujuk hati, memberi harapan palsu kepada dirinya sendiri bahawa lelaki itu akan berubah. Namun, sampai ke sudah hajatnya tak kesampaian.
Bukan setakat tak mampu mengubah si suami, diri dan anak-anak pula menjadi mangsa perkahwinan yang terumbang ambing tanpa hala tuju. Nauzubillah min zalik.
Seseorang lelaki memang tak mustahil untuk berubah, tetapi keinginan kuat untuk berubah tersebut perlu hadir dalam dirinya sendiri.
Dia sendiri yang akan ambil inisiatif untuk muhasabah diri, merendahkan ego untuk mengakui kesilapan dan mahu bertaubat serta memperbaiki dirinya sendiri.
Wahai wanita. Wahai isteri.
Terimalah hakikat bahawasanya kita hanyalah manusia biasa yang tiada daya upaya melainkan hanya dengan pertolongan dan kekuasaan Allah.
Bukan kita sebagai isteri yang memberikan hidayah taufik, tetapi Allah. Hidayah taufik adalah hak mutlak Allah SWT. Hati kita dan suami, Allah-lah yang memegangnya, kita hanya boleh menasihatkan dan mendoakan sahaja.
Maka, berhentilah merasakan kita mampu mengubah seorang lelaki yang bertabiat buruk.
Pilih Lelaki Yang Terbaik
Seorang wanita tidak boleh memilih siapa ibu bapanya, tetapi insyallah dengan istikharah dan istisyarah, dia boleh memilih lelaki yang baik sebagai bakal suaminya, bakal bapa kepada anak-anaknya.
Bukalah mata seluasnya waktu berkenalan (taaruf) dan bertunang. Jauhilah maksiat selagi belum bernikah.
Telitilah, selidiklah dengan sebaiknya, kemudian tawakallah kepada Allah dengan sebesar-besar tawakal kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaikbuat kita, para hambaNya.
Wahai wanita, wahai isteri.
Suami yang Allah pinjamkan kepada kita, boleh menjadi nikmat dunia yang tak ternilai, tetapi juga boleh menjadi ujian yang amat menguji keimanan, kesabaran dan ketaqwaan. Dalam kedua-duanya pun kita tetap diuji.
أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya; “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Al-Baqarah ayat 214) Self reminder. . #intandzulkefli #randomthoughts Sekadar pendapat peribadi. Tak setuju tak apa..
MW: Sebelum terlambat, pilihlah lelaki yang terbaik untuk dijadikan suami. Jika tersurat kita dikurniakan suami yang cukup menyakitkan hati, anggaplah ianya ujian daripada Allah kepada hamba-Nya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Bila mak-mak datang stres dan tertekan dengan kerja yang dilakukan, dirasakan seluruh hari yang dilalui ada saja yang tidak kena. Mulalah rasa cepat marah dan lebih teruk anak-anak pun turut terbabit.
Tapi, bersyukur kalau jenis mak-mak yang mampu asingkan rasa cepat marah dengan keadaan sekeliling. Sebab ada sesetengahnya, bila rasa stres, boleh tengok pada riak wajah dan ada kalanya, nak bercakap pun malas.
Bila dah terbiasa dengan cara begini, kita tak mampu nak kawal diri dan semua perkara yang kita buat, mulalah rasa serba tak kena.
Jangan begitu, bila mak-mak rasa vepat marah, orang terdekat turut alaminya. Kena ubah fikiran supaya hati kita rasa tenang dan gembira. Inilah yang dikatakan ‘berdamai dengan hati’, seperti yang dikongsikan oleh Wawa Shauqi.
“Tahniah Wa. Kau berjaya tahan marah. Alhamdulillah.” “Banggalah dengan ko. Ko berjaya masak sarapan. Alhamdulillah. “ “Syukur Wa, ko berjaya selesaikan tugas! Lahaulawalaquwataillah billah.”
Ini dialog yang biasa saya guna setiap kali berjaya buat sesuatu. Saya akan cakap dalam hati dengan bersungguh. Seolah-olah macam cakap dengan sahabat yang paling saya sayang.
Tak sangka, dengan hanya buat benda ni, saya lebih tenang. Tak mudah marah-marah.
Sebab itu rupanya penting kita berdamai dengan diri sendiri. Bila saya usaha berdamai dengan diri sendiri, saya lebih mudah berdamai dengan anak-anak.
Bila suara hati saya lembut bercakap dengan diri sendiri, suara kat mulut pun akan jadi lembut bila bercakap dengan orang.
Kita ni, sejak dari kecil lagi, hati dah jenuh kena lenyek dengan kata-kata orang. Sampai rasa diri tak cukup baik, tak cukup bagus.
Sampai suara hati pun dah tak mampu cakap baik tentang diri. Asyik kondem diri. Hinggakan tak nampak potensi yang Allah dah bagi.
Apa kata, hadirkan rasa sayang pada diri.
Self love, care and respect.
Thats how you take your power back.
Hargai Diri
Kalau diri sendiri pun kita tak boleh sayang, macam mana kita nak sayang orang lain.
Tolong, hargai diri sendiri. Kalau tak berjaya buat sesuatu, tepuk bahu. Pujuk diri macam kita pujuk orang yang paling kita sayang.
“It’s ok babe. Cuba lagi ok. Kau pasti boleh.”
Jangan hukum diri seolah-olah tak ada hari esok. Seolah takde cara nak baiki silap.
Tolong ucap terima kasih pada diri. Pegang tangan, dan katakan,
“Wow…banyak dah kerja kau buat hari ni. Kuat kau ni. Akan bangga dengan kau. Esok kita buat benda yang sama ok! Terima kasih Allah bagi aku kekuatan.”
Tolong izinkan diri rehat kalau dia letih,
“Takpe, rehat dulu. Take time to recharge. Esok bangun dengan segar, ok!”
Sampai satu masa, kita harus hormat dengan diri sendiri. Cukuplah percayakan mulut yang tak reti hormat pada kita. Sisihkan mulut mereka yang tak memahami. Bukan sebab kita taknak hormatkan mereka. Tapi sebab kita lebih perlu hormatkan diri sendiri.
Salam sayang.
MW: Paling mudah, sematkan dalam hati dengan perkara yang positif dan baik-baik. Barulah hati pun rasa tenang.
Suka parking depan rumah jiran, tular video wanita gaduh. Akhirnya bertemu buku & ruas. Masalah jiran yang suka meletakkan kenderaan di hadapan rumah orang...