Alangkah bahagianya hati seorang isteri apabila seorang suami begitu prihatin dengan susah payah dan penat lelah isteri. Sayangnya, ramai suami tak nampak semua itu.
Wajah kelat isteri, dikatanya ingkar dari arahan suami. Walhal wajah kelat itu sedang PENAT. Bukan mudah nak urus rumah. Lagi bila anak rapat-rapat, kecil-kecil pulak tu.
Hadam ingatan yang Ustaz Ebit Lew nukilkan untuk dirinya sendiri. Satu ingatan yang cukup baik untuk suami fahami.
Kerana, inilah yang sebenarnya seorang isteri amat-amat harapkan. Suami yang prihatin dan faham akan susah payahnya.
Kasihan Bidadariku Ini Penat, Tak Sempat Dating Berdua
Paling bahagia dapat kayuh basikal berdua dengan bidadari tercinta. Kasihan bidadariku ini penat dan tak sempat masa dating berdua. Miss u sayang.
Ada sekali bila sampai rumah tengah malam. Dah 1 pagi. Tengok bidadari dah tertidur di sofa di ruang tamu. Tunggu suami seperti selalu. Rasa sebak lak.
Ya Allah kasihan bidadariku. Ampunilah dirinya, berilah kesihatan padanya.
Ads
Ya Allah beri syurga firdaus buat dirinya.
Perlahan-lahan beri salam supaya dia tak terjaga dan tutup pintu perlahan-lahan. Saya paling nikmat dan seronok bila lihat bidadari saya boleh berehat sikit. Yerlah mana sempat seorang isteri itu untuk berehat.
Masuk Bilik.. Tengok Ada Dua Bakul Besar Belum Berlipat
Saya masuk bilik tengok ada 2 bakul baju besar belum lipat. Ada sikit-sikit dah lipat. Penatnya bidadari saya.
Saya berusaha lipat semuanya. Terasa sakit pinggang. Terasa jenguh juga menghabiskan semuanya Dan puas juga tengok masa baju anak.
Sedih sebab tak tahu sangat mana baju anak mana. Sebab semua almari lain-lain.
Ads
Anak dah 4 orang. Sebak fikir macam manalah ibu, isteri, seorang wanita buat semua ini seorang diri dalam keletihan. Setiap hari tanpa rehat dan tanpa henti.
Semakin Lama Lipat Baju, Semakin Sebak
Dekat 2 jam lipat baju. Makin sebak rasa. Ya Allah ganjarilah dengan sebesar-besar ganjaran buat bidadariku. Kemudian masukkan dalam almari. Susun ikut almari masing-masing. Maknanya ada 6 almari. Semuanya lain-lain.
Ada baju siang. Baju malam, baju berjalan, baju di rumah. Ada baju tidur. Musim panas musim sejuk. Sedih rasa. Ya Allah.. ada baju kena gantung. Ada baju kena lipat.
Bila tengok dalam almari. Semuanya cantik kemas.
Ads
Hebat seorang wanita. Rupanya nak lipat kain pun penuh kesenian. Penuh ketelitian. Penuh sistem.
Takut bidadari saya terjaga. Kerana saya tahu bidadari saya penat jaga dan urus anak-anak. Itupun saya takkan terbalas jasanya. Ya Allah. Bidadari saya menangis kejut saya. “Kenapa abang buat semua ini. Abang penat berdakwah.”
Sebab abang lelaki. Abang sayang bidadari abang kerana Allah. Abang sihat. Sayang banyak pahala khidmat. Bahagiakan hati sayang buat Allah sayang.Abang nak pegang tangan sayang pimpin masuk syurga.
I love u sayangku bidadariku.
MW : Wahai suami, kalau ustaz Ebit Lew yang jadualnya sangat padat itu pun boleh lupakan rasa penat, bantu isteri lipat baju sebaik balik rumah. Kenapa tidak anda. Tak jatuh maruah pun sebenarnya bantu isteri hilangkan rasa penatnya itu.
Jatuh cinta itu lumrah manusia. Malah jatuh cinta itu tak salah tetapi hormatilah hak orang lain dan jangan pentingkan perasaan sendiri sahaja. Jatuh cinta pada suami atau isteri orang sangat salah, cuba bayangkan jika mak,ayah berada di tempat pasangannya.
Sudah tentu kita akan sedih, bila dalam diam ada orang lain cuba mendekati dan menyayangi pasangan kita. Pada hal kita masih wujud, masih bergelar isteri atau suami. Sebaiknya janganlah meruntuhkan rumah tangga orang lain untuk kebahagian sendiri.
Setiap orang rezekinya tak sama. Ada orang mencari rezeki dengan bekerja di pejabat, ada yang perlu berniaga, dan tak kurang yang bekerja sendiri.
Cara mana pun mereka bekerja, tentunya pendapatan yang diperoleh adalah untuk survival kehidupan mereka pada bulan itu. Ingatlah dalam rezeki kita tentu ada juga rezeki untuk orang lain.
Bapa ini, Mohd Afizan Ghazali percaya kepada mencipta kebahagiaan melalui konsep berkongsi rezeki. Latih anak-anak agar sama-sama berkongsi rezeki dengan orang lain.
Agar bahagia sama dirasai.
Walaupun cuma memberi kebenaran pada anak-anak bergambar dengan Spider-Man yang sedang mencari rezeki. Dan dengan sumbangan yang anak-anak berikan dapat memberi kesedaran pada mereka.
Melatih sifat memberi dalam diri anak-anak.
Terjumpa Spider-Man Mencari Rezeki
Apabila berjumpa dengan insan yang mencari rezeki seperti ini.
Maka, galakkanlah anak-anak mengambil gambar dan minta anak-anak bagi sumbangan sendiri.
Nampak simple tapi banyak manfaat.
1. Spider Man ini sedang berjuang mencari rezeki. Kita tidak tahu apa yang diharasai di sebalik topeng dan uniform ini. Mungkin masa dapat duit, dia tersenyum kerana dapat membeli makanan selepas ini. Boleh membayar bil elektrik untuk bulan ini.
Beri keluarga makan di rumah. Pengorbanan di sebalik topeng ini banyak makna. Kita hanya dapat memahami makna disebalik topeng ini dengan menghulurkan sumbangan selepas bergambar.
2. Anak-anak sudah pasti teruja apabila ada ikon hebat yang bergambar dengan mereka. peluk mereka dan buat gaya spider sama-sama mereka.
Anak-anak tidak nampak siapa disebalik topeng ini, mereka hanya nampak Spider yang berkawan dengan mereka. dan mereka ingin menjadi hebat serta seronok seperti spider ini.
3. Anak-anak memberi sendiri sumbangan selepas bergambar. Anak-anak diberi peluang untuk merasai sendiri, selepas dilayan, selepas berkawan, diberikan tanda terima kasih melalui sumbangan.
Biar tidak banyak, asal ada sifat memberi. Anak-anak bangga dapat memberi, SPIDER senyum dalam menerima.
Kebahagiaan itu perlu dicipta. Jangan asyik menunggu untuk disapa.
Mingguan Wanita :Kadangkala perkara sesimple ini pun boleh menggembirakan hati.
Ada benarnya dalam pergaulan kena ada batasannya. Selalulah luangkan masa dengan pasangan berbanding orang luar mahupun kawan-kawan, apatah lagi berlainan jantina. Kerana masa yang ada, sering diluangkan bersama-sama selalunya akan menghadirkan perasaan sayang dan rasa cinta. Itulah bahaya!
Baca perkongsian daripada Pendakwah Bebas Ustaz Ebit Lew ini sebagai panduan;
Sedih bila dengar luahan ramai wanita yang ditipu dan dikecewakan suami di saat mengandung atau sedang penat mengurus keluarga anak-anak bahkan tolong suami cari rezeki semua siang malam. Semoga Allah beri jalan terbaik buat mereka.
Sebenarnya semuanya berpunca dari iman yang lemah dan lupa tujuan hidup yang sebenarnya. Bila kita niat cinta sayang kerana Allah. Tanggungjawab untuk alang-alang nikah biar sampai syurga. Bukan cinta sampai mati. Tapi cinta sampai syurga. Cinta selama-lamanya.
Semoga Allah selamatkan rumahtangga kita semua dari fitnah dan beri bahagia sampai syurga Firdaus. Ya Allah selamatkanlah rumahtangga kami ini biarlah kami layari sehingga syurga FirdausMu. Hanya RedhaMu yang kami harapkan.
Rumahtangga ini diasaskan cinta, tanggungjawab dan belas kasihan kasih sayang. Apa kita ingin untuk kita. Itu juga kita ingin untuk pasangan kita. Kita ingin bahagia, bina bersama pasangan halal kita. Ingin dimanja, kita dulu manjakan pasangan. Ingin layanan yang baik. Beri layanan yang baik. Ingin apapun minta dari pasangan yang Allah takdirkan untuk kita. Tiada yang sempurna didunia, Allah sempurnakan dalam syurga. Sempurna itu pada hati bermula dari rasa syukur pada Allah.
Penting Beri Masa Bersama
Kerana itu penting beri masa bersama. Makan bersama. Berjalan bersama. Walau adik beradik ipar ada batasan dalam pergaulan. Walau adik beradik kita asingkan tempat tidur yang berlainan jantina. Inikan pula orang lain yang bukan mahram.
Makan bersama boleh buat jatuh cinta. Berjalan bersama. Time = Love. Dengan siapa kita beri masa selalu akan datang rasa sayang dan cinta. Kerana itu jangan makan berdua dengan isteri orang atau suami orang. Nanti jatuh cinta. Pentingnya batasan dalam pergaulan. Walau berniaga. Walau outstation. Walau kemana pun. Jagalah batasan pergaulan kerana Allah untuk Allah sayang.
Sedihkan rumahtangga mahligai bahagia yang dibina dengan air mata darah pengorbanan anak isteri. Asalnya rumahtangga dilayari dengan cinta. Anak-anak berlari bahagia. Allahuakbar. Benarlah jodoh ajal maut sudah menjadi ketetapan Allah. Tetapi siapa aniaya sesiapa atau zalimi sesiapa terutama pasangan yang halal yang baik sekian lama pasti kita bertanggungjawab di akhirat nanti.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita manfaatkan dalam rumahtangga. Selalulah luangkan masa dengan pasangan kerana dengan siapa kita beri masa selalu akan datang rasa sayang dan cinta. Malah, penting batasan dalam pergaulan.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...