“Kasihan Aqish. Semoga dia terus kuat. Usia baru 15 tahun” begitulah luahan daripada Peguambela dan Peguamcara dari Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co, Nor Zabetha tentang pelakon remaja adik Puteri Balqis Azizi atau lebih mesra dengan panggilan Aqish.
Terbaru, Aqish telah membuat pendedahan yang mendakwa melalui kehidupan jijik pada zaman kanak-kanak bersama bapa kandung.
Menerusi video yang tular di media sosial, Aqish mendakwa bapanya seorang lelaki yang tidak bekerja dan tidak bertanggungjawab kepada keluarganya. Malah Aqish dan ibunya juga terpaksa lalui perbuatan jijik yang dilakukan oleh bapanya antaranya serangan seksual.
Banyak yang didedahkan Aqish sehingga ramai yang terkejut dengan pendedahan tersebut.
“Kasihan Aqish. Semoga Dia Terus Kuat. Usia Baru 15 Tahun”
Puan Zabetha akui dirinya juga cukup tersentuh dengan apa yang dikongsi oleh Aqish. Malah peguam ini juga memberitahu jikada ada yang bertanya, masih bolehkah Balqis membuat laporan polis terhadap penderaan, penganiayaan dan pengabaian dari segi seksual? Jawapannya Boleh! ya.
Puan Nor Zabetha
“Mendengar kisah Aqish atau Puteri Balqis yang dikongsikan, tersentuh memikir prosesnya membesar. Kita tahu dan kenal dia sejak dia kecil lagi. Siapa sangka nasib dan kisah yang dialami.
“Waktu dia mula berlakon dahulu, saya betul-betul kagum dengan lakonannya. Memang berkesan. Malahan sehingga kini, ada ramai pelakon yang dewasa langsung tidak dapat bersaing dengan bakat semulajadi anak ini dahulu.
“Lakonannya hebat. Dia menangis dan kita juga turut rasa hendak menangis. Barangkali, yang hadir dalam lakonan itu dari jiwanya sendiri.
“Kalau ada yang mengikuti perkembangan Aqish, saya rasa kalian tahu pelbagai kisahnya tentang dia sakit, perjalanannya melalui alam remaja, ada sikap ‘rebel’, tiba-tiba dia menyendiri.
Ads
“Saya selalu baca juga perkembangannya. Entah kenapa, selalu timbul rasa ingin tahu dan belas kepada perkembangan diri remaja ini.
“Aqish seperti mencari-cari. ‘Lost Soul’. Kalau dari segi psikologinya dipanggil ‘dissociation’.
“Saya kongsi artikel simptomnya dalam ruang komen.
“Kadang-kadang saya membaca juga berkenaan psikologi kerana bila mengendalikan kes-kes mahkamah, penting untuk saya faham kesan kepada mangsa dan penerimaannya serta memahami reaksi mangsa dalam sesuatu perkara. Bila faham, baru jelas tentang mengapa dan bagaimana.
Semoga Dia Terus Kuat
“Kasihan Aqish. Semoga dia terus kuat. Usianya baru 15 tahun. Dalam berkongsi itu, pasti ada yang masih mengecam, menilai dan memberikan komen-komen terhadapnya. Semoga dia terus kuat. Kehidupan masih panjang buatnya.
“Kalau ada yang tanya, masih bolehkah Balqis membuat laporan polis terhadap penderaan, penganiayaan dan pengabaian dari segi seksual. Boleh. Secara asasnya kes jenayah tiada had masa. Misalnya walaupun selepas beberapa tahun baru menemui pembunuh atau perompak untuk kes lama. Siasatan dan dakwaan masih boleh diteruskan.
“Cuma yang menjadi hal adalah bukti-bukti yang telah hilang. Malahan dalam kes jenayah tertentu, kes lama sangat sukar dibuktikan. Misalnya seorang anak didera hari ini dengan kesan luka yang dilaporkan, buktinya masih ada dan dibuat pemeriksaan perubatan dan laporan dikeluarkan. Cukup pembuktian dan hasil siasatan mantap.
“Berbeza dengan penderaan yang 10 tahun lalu, memang berlaku tetapi pembuktiannya misalnya mangsa cedera dan ada luka. Sukar dibuktikan. Bukan tidak boleh melalui keterangan saksi tetapi sukar.
“Apa-apa pun umur Balqis, 15 tahun masih sebagai kanak-kanak bawah definisi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mereka yang berusia 18 tahun ke bawah. Balqis masih perlukan perlindungan, perhatian dan penjagaan.
“Jadi jika berlaku penganiayaan, pengabaian dan mendedahkan kepada bahaya, mereka yang mempunyai pemeliharaan terhadap Balqis masih boleh didakwa bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
“Sewaktu Balqis berlakon waktu kanak-kanak dahulu, rasanya pendapatannya tinggi juga. Eloknya kalau hari itu berjaya diuruskan dengan baik oleh ibu dan bapanya. Sayangnya..
“Kehidupan yang popular bagi seorang kanak-kanak tetapi memasuki dunia ‘show business’ ini bukan mudah untuk dikendalikan atau dihadapi oleh seorang kanak-kanak.
“Begitulah kisahnya kepada selebriti kanak-kanak yang membesar dengan pelbagai kesan dalam kehidupan mereka seperti Macaulay Culkin, Lindsay Lohan, Britney Spears dll. Semoga Balqis sentiasa kuat,” kongsi Nor Zabetha.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
ROAD TO SILVER BUTTON YOUTUBE MINGGUAN WANITA
Tak kenal maka tak cinta. Nak kenal Mingguan Wanita terus setia bersama kami di YouTube Mingguan Wanita. Hampir 700 video menarik untuk anda tonton. Segalanya tentang dunia wanita dan keluarga. Klik https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
dan Subscribe kami di YOUTUBE MINGGUAN WANITA.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Georgetown: Jumlah mangsa banjir di lima daerah di Pulau Pinang hingga awal pagi ini terus meningkat kepada 5,845 berbanding 3,779 mangsa malam tadi yang di tempatkan di 62 pusat pemindahan.
Seberang Perai Utara Paling Ramai
Daerah Seberang Perai Utara mencatat jumlah mangsa paling ramai dengan 3,371 orang di 30 pusat pemindahan diikuti daerah Seberang Perai Tengah dengan 2,119 mangsa di 27 pusat pemindahan.
Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata bilangan mangsa banjir yang dipindahkan meningkat malam tadi berikutan hujan dan air pasang besar sehingga beberapa kawasan lagi turut dinaiki air.
Kawasan yang terlibat di Seberang Perai Utara ialah Sungai Dua, Nyior Sebatang, Lahar Yooi dan Desa Murni manakala di Seberang Perai Tengah ialah Kampung Tanjung Putus dan Permatang Tinggi.
Sejumlah 33 mangsa pula ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Seberang Perai Selatan manakala di Barat Daya 130 mangsa di dua pusat pemindahan dan 192 mangsa di dua pusat di daerahTimur Laut.
Ragut 7 Nyawa
Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa. – Bernama
Pergi ke sungai untuk mandi, dua beradik lemas ketika mahu selamatkan ibu. Keseronokan yang berakhir dengan tragedi. Pilu sungguh rasanya.
Apatah lagi dua lelaki ini mencuba untuk selamatnya nyawa ibu mereka yang hampir lemas, akhirya nyawa keduanya tergadai. Al-Fatihah.
Dua Beradik Lemas
Semoga keluarga ini tabah berdepan dengan ujian berat ini kerana kehilangan dua ahli keluarga serentak. Allahuakbar.
Dua lelaki lemas ketika menyelamatkan wanita kesayangan mereka yang lemas di Sungai Air Beruk, Kampung Padang Stang di sini pada Selasa.
Pergi Ke Sungai Untuk Mandi
Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, Abdul Rahman Ramli, 26, dan abang iparnya, Ahmad Asymuni Idris, 42, ditemukan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama ibu, adik-beradik dan anak saudara pergi ke sungai itu untuk mandi.
Menurutnya, polis dimaklumkan semasa mandi, ibu mangsa hampir lemas menyebabkan mangsa cuba untuk menyelamatkan.
Ketika Mahu Selamatkan Ibu
“Wanita itu dapat diselamatkan, tetapi kedua-dua mangsa lemas dan disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Hospital Gerik di tempat kejadian.
“Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat,” katanya.
Beliau berkata, ibu mangsa juga dihantar ke hospital sama untuk rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut akibat lemas,” katanya.
Mingguan Wanita : Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul namun telah sampai ajalnya, tak akan terlambat walaupun sesaat. Beringatlah mak, ayah setiap kali berkelah atau beriadah di kawasan air terjun dan sungai, sentiasa berwaspada dan berhati-hati kerana malang tak berbau.
Komen “Ada suami tak nak jaga badan, tapi bila dah jadi macam ini baru nak kurus” Sera tak pernah ambil hati.
Begitulah yang diluahkan oleh isteri pelawak Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshafera apabila ada yang memberi komen terhadap dirinya yang kini semakin kurus.
Malah Sera juga akui dirinya bukanlah mahu membuktikan apa-apa dengan penampilan terbarunya namun dek kerana kini dia punya masa untuk diri sendiri.
Paling penting dirinya tidak pernah fikir perkara negatif.
Komen “Ada Suami Tak Nak Jaga Badan, Tapi Bila Dah Jadi Macam Ini Baru Nak Kurus”
Pemilik nama sebenar Rossalennah Natassyiah Asshafera seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro menyatakan kini berat badannya 49kg.
“Sebelum saya ambil produk Berryfull keluaran Inayah Beauty, berat saya 60kg. Kemudian selepas dua bulan berat saya turun 11kg.
“Jadi sekarang berat saya 49kg. Sekarang ini saya hanya mahu kekalkan berat ini saja.
“Saya nak jaga berat badan sebab sebelum bersalin berat saya 50kg, jadi masa itu badan rasa ringan. Bila turunkan berat badan ini saya rasa lagi bertenaga.
“Saya turunkan berat badan ini bukanlah sebab makan hati. Kalau nak kata makan hati, perkara itu dah lama jadi mesti saya dah kurus dari dulu lagi,” ujar ibu kepada dua orang anak itu.
“Senang saja nak turunkan berat badan sebab sebelum ini orang itu (Shuk Sahar) suka makan malam dan dia akan ajak saya sekali. Itu yang buatkan susah.
“Bila sekarang ini jadi mudah sebab saya pun tak makan banyak. Kalau makan tu, tak ada dah nak tunggu orang. Saya tak makan malam dan akan tidur terus.
“Saya buat ini juga untuk memberi semula keyakinan kepada diri tapi ia bukanlah untuk membalas dendam.
“Tipulah kalau saya cakap nak kurus ini bukan disebabkan apa yang terjadi sebelum ini, tapi saya juga nak tunjukkan apabila dia dah tak ada saya boleh sebenarnya untuk buat semua ini. Saya boleh saja nak menjadi macam dulu,” katanya.
Tidak Ambil Hati
Sera juga tidak ambil hati dengan komen netizen yang menganggap baru sekarang dia mahu menjaga penampilan selepas apa yang terjadi membabitkan perhubungannya dengan Shuk.
“Kadang-kadang ada ternampak juga komen yang orang kata masa ada suami tak nak jaga badan tapi bila dah jadi macam ini baru nak kurus. Tapi saya memang tak ambil hati pun.
“Bagi saya ia lebih kepada ketenangan. Bila kita tenang kita boleh kawal aktiviti seharian dan boleh atur hidup kita apa yang nak buat. Itu yang lebih penting.
“Sekarang ini, kalau saya pakai baju apa pun anak saya memang akan cakap saya cantik. Jadi dia tahu perubahan saya,” sambungnya yang kini menjadi wajah Inayah Beauty.