ayah

Kasih sayang seorang ayah tiada tandingannya.Menerusi perkongsian video pelakon Norman Hakim didalam instagram baru-baru ini, menyatakan ber’tan’ air mata beliau gugur saat melepaskan anak lelaki sulungnya, Mohamed Danish Hakim, 15, melanjutkan pengajian hafazan di Turki.

Menerusi posting instagram beliau sebelum ini,Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 41, berkata Danish ialah antara 10 pelajar yang terpilih melanjutkan pengajian di Mekke Kuran Kursu, Isparta,Turki bagi menyelesaikan baki hafazan lapan juzuk Al Quran dan telah bertolak ke negara Turki semalam. Namun perkara yang turut mencuit perasaan ramai ialah luahan hati Norman kepada anaknya, Danish di dalam posting instagram beliau;

Selama bertahun saya yg selalu pujuk dia.Dari saat dia masuk asrama utk mulakan pengajian hafazan,saat tiap kali hantar balik ke asrama bila dia sedih,bahu saya tempat dia bersandar utk luahkan rasa & air mata . . Tapi hari ni dlm sejarah,semuanya jadi terbalik.Saya yg longlai kat bahu dia.Ber’tan’ air mata jatuh sampai basah baju dia.Emosi saya berbolak balik terutama seminggu sebelum sampai ke hari ni.Hari jadi hening.Cuaca terik pun jadi bening . . Baru saya sedar dia lagi ‘kuat’ dari saya.Anak ini dah bersedia utk ‘menakluk akhirat’ di dunia yg sementara.Fizikal mungkin sama,tapi jiwa & mental dia lagi kental kuat berganda sebab kelebihan dia, AL-QURAN dah ada dalam dada.Dia dah tak takut apa kecuali yg Maha Esa . . Ampun maaf abg,rupanya papa tak ‘sekuat’ yg disangka.Semoga Allah s.w.t ampunkan khilaf papa ni . . Selamat berjuang anakku sayang Mohamed @danishhakim_243 .Doa papa hak abg utk menakluk akhirat didunia,sementara menunggu doa abg utk hak papa pula antara 3 perkara utk ‘bantu’ papa dibarzakh yg wallahualam tak tahu bila,tapi pasti akan tiba . . Selamat mengiringi ‘jihad’ Mohamed @danishhakim_243 ke Turki abah @jaiezzany ,mama @abby_abadi112 ,adik @marissadania_ & baby @mariadanishahakim_2008 .Semoga selamat perjalanan ketika ini dibawah lindungan Allah s.w.t & para malaikat yg bertugas dibawah kerajaanNya Aamiin Ya Rabb❤️ . . @Regrann from @abby_abadi112 – Papa Danish ❤️ Ingat Abang selalu dalam doa Papa ye.. . ikhlas, Mama ?

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

“Selama bertahun saya yang selalu pujuk dia.Dari saat dia masuk asrama untuk mulakan pengajian hafazan,saat tiap kali hantar balik ke asrama bila dia sedih,bahu saya tempat dia bersandar untuk luahkan rasa & air mata.

Tapi hari ni dalam sejarah,semuanya jadi terbalik.Saya yang longlai kat bahu dia.Ber’tan’ air mata jatuh sampai basah baju dia.Emosi saya berbolak balik terutama seminggu sebelum sampai ke hari ni.Hari jadi hening.Cuaca terik pun jadi bening.

Ads

Norman turut menyatakan  anaknya mempunyai lebih kekuatan jiwa dan mental berbanding beliau malah tiada apa yang menjadi kebimbangan beliau lagi apabila memiliki Alquran didalam dada.

Baru saya sedar dia lagi ‘kuat’ dari saya. Anak ini dah bersedia untuk ‘menakluk akhirat’ di dunia yang sementara.Fizikal mungkin sama,tapi jiwa & mental dia lagi kental kuat berganda sebab kelebihan dia, AL-QURAN dah ada dalam dada.Dia dah tak takut apa kecuali yg Maha Esa

Ampun maaf abang,rupanya papa tak ‘sekuat’ yang disangka.Semoga Allah s.w.t ampunkan khilaf papa ni.

Ads

Disamping itu, Norman turut mendoakan pemergian anak tersayang dan mengucapkan selamat jalan buat bekas isterinya Abby Abadi, suami abby dan anak-anak mereka iaitu Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10. yang mengiringi Danish ke Turki.Norman juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengikut akaun beliau yang mendoakan serta memberikan kata-kata semangat buat mereka sekeluarga.

Kasih Seorang Ayah, Ber’tan’ Air Mata Norman Jatuh Saat Lepaskan Anak Sambung Belajar Di Turki

Selamat berjuang anakku sayang Mohamed @danishhakim_243.Doa papa hak abang untuk menakluk akhirat didunia,sementara menunggu doa abang untuk hak papa pula antara 3 perkara untuk ‘bantu’ papa dibarzakh yang wallahualam tak tahu bila,tapi pasti akan tiba.

Ads

Selamat mengiringi ‘jihad’ Mohamed @danishhakim_243 ke Turki abah @jaiezzany ,mama @abby_abadi112 ,adik @marissadania_ & baby @mariadanishahakim_2008 . Semoga selamat perjalanan ketika ini dibawah lindungan Allah s.w.t & para malaikat yg bertugas dibawah kerajaanNya Aamiin Ya Rabb❤️

Terima kasih sangat-sangat untuk doa-doa kalian,kata-kata semangat & nasihat yang tak putus-putus.Mohon terus doakan para pewaris generasi Al-Quran ni.Semoga generasi kita seterusnya pun akan dapat tempiasnya juga nanti utk doa-doa itu Aamiin Ya Rabb.

Posting berkenaan membuatkan rata-rata pengikut akaun beliau mengucapkan tahniah dan gembira dengan perkongsian berita berkenaan. Malah, peminatnya mendoakan agar Danish dapat menghabiskan pengajian hafazan dengan lancar dan sempurna.

Sumber: Instagram Norman Hakim & Abby Abadi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI