Selepas fenomena ‘Curang Tanpa Niat’, kini Astro mempersembahkan drama baharu ‘Dia Imamku’ yang pastinya bakal menggegarkan emosi penonton. Menampilkan Kamal Adli dan Siti Saleha sebagai teraju utama, drama ini menjadi pilihan istimewa sepanjang Ramadan 2025 dan akan menemui penonton menerusi Slot Megadrama di Astro Ria.

Diadaptasi daripada novel bestseller karya hebat Siti Rosmizah, ‘Dia Imamku’ menyajikan kisah cinta dua darjat yang penuh konflik dan pengorbanan. Cempaka Humairah, seorang gadis kaya yang angkuh, nekad mengahwini lelaki miskin yang dibencinya demi mempertahankan egonya. Namun, mampukah keikhlasan dan kasih sayang seorang suami meruntuhkan tembok ego seorang isteri? Adakah Amiruddin mampu menjadi imam terbaik buatnya?

Kisah penuh tragis dan menyayat hati ini pasti membuatkan peminat drama Melayu tidak senang duduk dan terus melekat di skrin hingga episod akhir!

Karya Terbaik Siti Rosmizah Kembali Dengan ‘Dia Imamku’

“Saya Kasihan Dengan Amiruddin” – Kamal Adli

Dalam Majlis Tayangan Perdana Ramadan Astro 2025, Kamal Adli mengakui bahawa watak Amiruddin benar-benar menguji emosinya.

Ads

“Amiruddin seorang yang sabar dan tabah. Dalam cerita ini, saya banyak dibuli oleh Cempaka Humairah lakonan Siti Saleha. Kadang-kadang, saya sendiri rasa kesian dengan Amir,” jelasnya.

Tambah Kamal, dia berasa selesa bekerja dengan barisan pelakon ‘Dia Imamku’, terutamanya Siti Saleha.

“Kami menjalani penggambaran selama enam bulan dan watak Amir ini benar-benar sebati dengan jiwa saya.”

Ads

Karya Terbaik Siti Rosmizah Kembali Dengan ‘Dia Imamku’

Karya Terbaik Siti Rosmizah Kembali Dengan ‘Dia Imamku’

Selesa dengan Karya Siti Rosmizah

Mengakui bahawa skrip Siti Rosmizah sering sarat dengan emosi, Kamal Adli tetap berasa seronok dapat bekerjasama lagi dengan penulis tersohor itu.

Ads

“Ini bukan kali pertama saya bekerja dengan Siti Rosmizah. Skripnya memang tak boleh diubah, tetapi saya suka cabaran itu. Dengan Siti Saleha pula, kami sudah biasa bekerjasama, jadi semuanya berjalan lancar,” katanya.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kisah cinta penuh air mata dan keinsafan ini!

‘DIA IMAMKU’ bermula 17 Februari, setiap Isnin-Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan melalui Astro One & #sooka!

Karya Terbaik Siti Rosmizah Kembali Dengan ‘Dia Imamku’

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI