Kartel jenazah, kesian waris si mati, kena scam dengan NGO, terpaksa bayar beribu-ribu. Ramai tak tahu di sebalik kesedihan keluarga yang baru kehilangan insan tersayang, wujud satu kartel jenazah yang mengambil kesempatan.

Kartel Jenazah, Kesian Waris Si Mati, Kena Scam Dengan NGO, Terpaksa Bayar Beribu-ribu

Istilah “kartel jenazah” merujuk kepada sekumpulan individu atau organisasi yang memonopoli dan mengawal perkhidmatan pengurusan jenazah, terutamanya di hospital-hospital kerajaan.

Mereka menggunakan pengaruh atau hubungan dalaman untuk memastikan hanya syarikat atau individu tertentu yang diberi peluang menguruskan jenazah pesakit yang telah meninggal dunia.

Dalam kebanyakan kes yang dilaporkan, waris kepada jenazah dipaksa secara halus atau langsung untuk menggunakan perkhidmatan tertentu dengan bayaran yang tidak masuk akal, walaupun sebenarnya terdapat pilihan lain yang lebih murah atau percuma. Lebih membimbangkan, ada antara pengurus jenazah yang mengenakan bayaran tinggi tanpa memberikan penjelasan terperinci kepada keluarga si mati.

Apabila berlaku kematian, pihak tertentu akan mendekati waris dan menawarkan perkhidmatan pengurusan jenazah, kononnya atas dasar bantuan dan kemudahan. Namun, pada hakikatnya, mereka telah mengatur segala urusan tanpa memberi ruang kepada keluarga untuk membuat pilihan. Kadangkala, waris hanya dimaklumkan mengenai caj-caj tertentu selepas semua urusan selesai, menjadikan mereka terpaksa membayar kerana tiada pilihan lain.

Berikut perkongsian di laman Instagram Mr Wan Cai yang menyentuh tentang kartel jenazah.

KARTEL JENAZAH HKL

Siapa Ada Maklumat Pasal Waris Ni?

Saya Nak Tahu Ngo Mana Yang Scam Mereka.

Ads

Perkara Macam Ni Tak Boleh Di Biarkan Sahaja.

Perlu Ada Pendedahan Dan Pengajaran Kepada Sampah-sampah Yang Terlibat.

Menganiaya Jenazah Dan Waris Satu Perbuatan Yang Sangat Kejam.

Sebab Itu Saya Lawan Puak-puak Kartel Ni Dari Dulu Bermati Matian.

Mereka Lebih Jahat Dari Syaitan

Ads

Puak-puak Ni Bukan Kira Orang Malaysia Atau Warga Asing.

Asal Jenazah Dorang Hentak Kaw-kaw.

Dapat Yang Ic Merah Atau Warga Asing Ibarat Kena Jackport.

Dalam satu hantaran yang berasingan pula Mr Wan Cai memaklumkan tentang rentetan kes kartel jenazah di HKL seperti yang diceritakan oleh seorang individu. Difahamkan individu itu menjadi mangsa kartel jenazah.

Ads

Fenomena kartel jenazah menimbulkan persoalan besar tentang etika dan nilai kemanusiaan dalam kalangan mereka yang terlibat. Pengurusan jenazah sepatutnya dilakukan dengan penuh hormat, ikhlas, dan berdasarkan prinsip ihsan, terutamanya dalam konteks masyarakat Islam.

Mengeksploitasi kesedihan dan kesusahan waris demi keuntungan adalah satu bentuk penindasan yang tidak berperikemanusiaan. Ia juga bertentangan dengan prinsip Islam yang mementingkan keikhlasan dan pertolongan dalam urusan kematian.

Sumber: Instagram Mr Wan Cai 1 Mr Wan Cai 2

Kredit foto top image: Sinar Harian

Baca artikel lain juga: Bapa Pilu Peluk Jenazah Anak Perempuan, Kereta Dipandu Terjunam Masuk Gaung

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI