Kuih karipap disukai ramai. Karipap itu sedap jika mempunyai inti kentang yang banyak serta kulit yang tidak terlalu tebal dan apabila digoreng, rasanya rangup apabila dimakan.
Setiap orang ada resipi dan cara membuat kuih ini. Jika kalian hendak membuat karipap yang boleh disejuk beku atau frozen, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh wanita ini.
Boleh Cuba Resipi Dan Cara Buat Karipap Perkongsian Intan Iman Di Dalam Grup Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM).
“Assalamualaikum semua. Hari ni saya share cara saya buat karipap dari inti hingga ke kulit karipap ye. Silakan semua share. Ilmu milik Allah”
2 kg kentang (Kupas, Hiris dan rebus dengan garam)
Segenggam Bilis (kisar)
10 biji cili (kisar)
3 sudu kerisik (kisar) – optional
5 biji bawang putih (kisar)
2 biji bawang merah (hiris)
1 senduk rata serbuk kari
2 tangkai daun kari (optional)
Daun sup (hiris)
1- Kupas kentang, hiris dan cuci bersih sebelum direbus. Anggaran kentang 2.5kg hingga 3kg.Rebus bersama garam sehingga empuk dan toskan.
2-Tumis semua bahan-bahan kisar termasuklah bawang merah dan serbuk kari. Masukkan juga daun kari, garam, gula dan perasa.
3-Setelah bahan tumisan wangi dan kari sudah masak masukkan kentang yang siap direbus tadi. Gaul sebati. Tambah air jika perlu. Setelah siap, anggaran inti setelah masak seberat 3kg.
4-Inti yang telah siap dimasak.
Artikel Berkaitan:
Kuih Tepung Gomok Inti Kelapa, Makan Sekali, Nak Lagi! Cubalah Buat
Resipi Kuih Lapis Ubi Kayu 3 Warna, Masak Guna Pengukus Sahaja!
1kg tepung gandum
1 biji telur
4 sudu susu pekat
1 sudu kecil Garam
100g minyak masak
100g margerin
400g air /secukupnya
1-Campur semua bahan kecuali air. Gaul sebati.
2-Tambahkan air sedikit demi sedikit hingga adunan tidak lekat di tangan. Uli sehingga sebati. Anggaran doh setelah siap diuli seberat 2kg.
3- Bulatkan kecil-kecil dan dapat lebih kurang 80 biji.
4- Leperkan sedikit dan gelek doh tadi. Gelek kulit jangan tebal untuk dapatkan kulit karipap yang rangup dan masak sekata. Kelim karipap ikut saiz yang kita nak.
6- Untuk yang belum mahir boleh tekan saja keliling guna garfu. Boleh sapukan air sebelum tekan doh guna garfu. Tekan kuat untuk elak terbuka.
7-Karipap sudah siap.
8- Siap goreng separuh masak untuk frozen atau sejuk beku.
9- Hasil siap goreng sepenuhnya. Karipap sedap dimakan panas panas.
Sumber/ Foto: Intan Iman